BAB 7

Romance Completed 8019

Click! Click! Dari tadi Hazwan tidak lekang mengambil gambar Aien dari

jauh. Ambik curi-curi. Nak ambik depan-depan tak boleh nanti Aien tahu

dia ikutnya. Melihat Aien ketawa dan tersenyum membuatkan dia rasa

bahagia. Kalau la Aien tahu pasti dia kena ketawakan. Maklum la dia mana

boleh merajuk lama-lama dengan Aien.

Click!

Gambar Aien bersama seorang pelancong diambil. Selamat la Aien bukan

model. Kalau tak putus jari aku kena gigit tiap hari.

“Mana Aien?” soal Tuah sebaik sahaja Hazwan masuk menghempaskan badannya

di sofa. Semua sahabatnya berada disitu. Tuah, Ikram, Dila, Hisham, Aida

dan Mimi. Sambil menikmati cheese kek yang dibuat Mimi.

“Kenapa sayang?” soal Aida. Dia yang lentokkan kepala dibahu Tuah menyoal.

“Wan mogok dengan Aien” akhirnya terluah jugak ayat tersebut dari mulut

Tuah.

“Oh patut la” serentak Mimi, Aida dan Dila bersuara.

“Kenapa baby tak bagi tahu sayang pula” Dila menarik telinga Hisham. Hal

punya la serius sikit pun suaminya tidak memberitahunya. Adakah patut.

“La baby ingatkan sayang dah tahu” Hisham mengosok telinganya. Perit

akibat ditarik Dila. Hisham ni nampak je garang tapi bila dengan dila

menikus. Takut bukan main. Ops bukan takut sayang bini la katakan.

“Kenapa Wan?” soal Mimi.

“Ish awak ni tak payah la masuk campur. Ni hal mereka” Ikram menyiku

tangan Mimi. Mimi yang sedang menyuap kek ke dalam mulut terkedu

apabila kek tersebut mengena pipinya.

“Awak! Tengok tak pasal pipi saya kena cheese kek” Mimi menarik muka.

“Alolo meh saya lapkan” cheese kek dipipi Mimi disapu dengan jarinya

sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

“Yum…yum…makin manis pulak” Ikram mengenyit mata pada Mimi. Terkedu Mimi

dengan sikap romantic Ikram tiba-tiba.

“Oit nak romantic masik bilik la” Hazwan membaling bantal kecil ke arah

Ikram. Tepat mengena muka Ikram.

“Jealous la tu. Tulah mogok lagi siapa yang rugi diri sendiri jugak”

sindir Ikram.

“Kau ni memang taw. Bukan nak tolong aku”

“Sendiri cari pasal sendiri tanggung” giliran Tuah pulak mengenakan Hazwan.

“Abang dah la tu. Sian wan” tegur Aida.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience