BAB 9

Romance Completed 8019

Vila Jojo menjadi sunyi.

“Korang dengar tak apa yang aku dengar” Hisham memecah kesunyian.

Melihat seisi vila menganggu membuatkan dia yakin dia tidak salah dengar.

“Bunyi pistol” Aida bersuara.

“Semua duduk dalam kumpulan” arah Tuah. Hatinya sudah tidak enak. Hazwan

bangn dari kerusi secara mendadak sebelum belari kearah pintu.

“Wan!” jeritan Ikram menahan Hazwan dari bertindak terburu-buru.

“Aien, Ikram. Aien… aku risaukan Aien dia ada dekat luar.” Lauh Hazwan.

“Sabar-sabar Wan faham. Tapi kau jangan pandang rendah dekat Aien. Aku

yakin dia selamat.” Pujuk Ikram . Walaupun hatinya sendiri tidak enak.

Bilik tidur mereka dituju. Semua sudah berkumpul di ruang tamu vila jojo.

“Pistol Aien tak ada” Hazwan bersuara.

“Aku yakin Aien selamat” bunyi tembakan masih kedengaran. Walaupun samar

tapi dapat ditangkap oleh mereka kerana bunyi tersebut bagaikan

ringtone hidup mereka.

“Bagi kepada dua kumpulan. Satu periksa dekat luar satu kumpulan periksa

belakang rumah. Hati-hati” arah Tuah. Dia merupakan ketua squad sudah

biasa mnghadapi perkara ini.

“Aku pasti Aien selamat” Hisham memberi semangat. Mudah-mudahan semua

selamat.

Belum pun sempat mereke menyerbu pintu luar. Pintu tersebut dikuak.

Masing-masing sudah bersembunyi. Tuah memberi arahan berhati-hati. Belum

pun sempat mereka bertindak. Hazwan berlari menuju pintu.

“Wan!” jerit Ikram.

“Aien! Mana awak pergi. Saya risau” jerit Hazwan. Tubuh Aien dipeluk

kemas. Sebaik mendengar nama Aien meniti dibibir.

“Aien okey. Tak pernah se-okey ni” pelukan masih tidak dilepaskan.

“Aien muka kau pucat” tegur Aida. Mereka sudah pun mengelilingi Aien.

Tuah dan Hisham masih dalam keadaan berwaspada.

“Aien sayang Wan. Sayang sangat-sangat. Aien tak pernah menyesal pilih wan”

“Kenapa Aien cakap mcm tu?” Hazwan cuba merugkai pelukan tapi Aien

mengukuhkan pelukan tersebut.

Hazwan hanya membiarkan. Lama kelamanan pelukan Aien terasa longgar

sebelum badannya hilang kekuatan untuk berdiri.

“Aien..Aien” Hazwan terkejut.pelukan dilepaskan. Dia terkaku apabila

melihat ada darah ditapak tangannya.

“AIEN!!” Hazwan menjerit kuat.

Jika ini pengakhiran perjalanan cinta kita Aku redha. Tapi kasih sayang dan doaku takkan pernah terhenti. Semoga kau tenang di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience