Rate

Bab 5

Short Story Series 3837

Sesampainya dikolej , Lisa langsung menceritakan perihal yg berlaku siang tadi bersama Juwita. Dia ada menceritakan kehadiran Emir didalam kumpulan itu.

"Emir memang asalnya geng kita. Tapi, sejak akhir2 ni aku nampak dia lebih tertarik untuk melepak sekali dengan geng2 tu. Tak pastilah pulak sama ada dipaksa atau sukarela."beritahu Aira.

"Kalau aku tahu, aku tak ikut pelawaan dia tadi."ujar lisa menyesal. Sia2 saja waktunya terluang disitu. Dia terkenal dengan sikapnya yang jarang sekali membuang waktu. Jika ada kelapangan masa, dia lebih suka menyiapkan esaimen yang diberi ataupun mengulangkaji setiap apa yang diajar pensyarah.

"Hmmm. Tapi, Emir tak macam tu kan?"soal Aira. Menanti jawapan penuh tanda tanya. Lisa sekadar menggeleng.

"Aku tahu dia tak macam tu. Asalnya dia dengan geng2 Dzul." Dzul, terkenal dikalangan pelajar yang agak warak.

"Kenapa sekarang berpecah?"soal Lisa. Mula mengorek cerita.

"Bukan berpecah. Tapi Emir ni jenis berkawan dengan semua orang."kata Aira pula. Lisa sekadar mengangguk faham.

Cerita mereka terhenti setelah sampai di bilik kuliah. Tepat jam 1.50 minit petang. Mereka memilih meja yang sebaris untuk tiga orang. Bermakna ada satu lagi meja kosong disebelah Lisa.

Dan tanpa diduga, kekosongan tempat itu diisi dengan jejaka bernama Emir.

"Hai."ucapnya. Lisa yang masih kaget hanya mampu tersenyum kelat.

"Hai."balas Lisa kembali.
Pembelajaran hampir setengah jam itu berlalu dengan penuh khusyuk. Apabila waktu rehat, Lisa kelihatan tidak senang duduk bagai ada sesuatu yang menganggu .
"Emir, erm.. Pen yang awak guna tu, pen saya tau."Lisa bersuara kecil. Takut menganggu kelas.

"Eh, ni saya punya. baru beli. Ni nampak ada tanda."

"Tanda tu saya yang buat!"tegas Lisa. Haduh, kalau tahu tadi selepas dia ambil Lisa perlu bersuara.

"Hmmm. Saya punyala."

"No, it's mine! Cuba awak tengok tanda pen kat tangan saya ni. Sama kan?"Lisa bersungguh2 membuktikan yang pen itu miliknya.

Dan untuk beberapa detik, bahu Emir terhenjut-henjut menahan tawa.

"Hahaha."

"Kenapa gelak?"soal Lisa, serius. Ni pasal hak orang. Ingat main2 ke?

"Saya gurau je. Saya tahu pen ni awak punya. Saya cuma uji awak dengan sebatang pen kecik ni. Pen yang cuma berharga seringgit dua puluh sen ni je! Kedekut jugak awak ni eh."jelas Emir sambil tersenyum. Sempat dia mengusik. Dia suka melihat Lisa diusik begitu

Lisa yang mula sedar dipermainkan terasa malu yang teramat.

"Ya, memang saya berkira untuk sebatang pen berharga seringgit dua puluh sen ni! Sebab saya bukan orang senang. Saya datang sini nak belajar, bukan nak bersuka ria."balas Lisa sebelum mengemas peralatannya lalu berpindah ke meja lain. Emir tercenggang dengan sikap Lisa. Lisa yang lembut, yang ayu, yang susah nak marah orang ni bila sekali marah. Memang buat dia terkejut!

"Er, aw...erm."bicaranya mati setelah pensyarah mula mengajar dihadapan. Dengan perasaan serba salah yang teramat, dia malu dengan dirinya sendiri.

Aira mengangkat kening dengan segala yang berlaku. Memohon penjelasan dari Emir. Dia hanya memegang kepala tanda kusut.

'Hmm.. Mesti ada yang tak kena.' Getus hati Aira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience