Rate

Bab 4

Short Story Series 3837

Hampir dua bulan dia melanjutkan di Universiti awam itu. Hubungan dia dan aira juga makin akrab. Walaupun berlainan kamar tetapi mereka berkongsi kelas yang sama. Sebaik masuk ke kolej ini, segala rutinnya berubah. Jika dulu dia bebas mahu buat apa saja dirumah, kalau disini dia terikat dengan jadual kelas. Adakalanya pagi, petang dan tak kurang juga malam.

"Kau tak ada kelas hari ni Lisa?"soal Juwita, rommatenya yang jarang sekali berada didalam bilik. Dia lebih gemar belajar bersama2 kumpulannya diluar kolej.

"Ada. Pukul 2. Kenapa?"soalnya sedikit aneh. Bukan apa, Juwita seorang yang jarang mengambil tahu perihal Lisa. Semestinya dia merasa aneh disitu.

"Hmm. Kau free lah sekarang ya?"

Lisa mengangguk.

"Kau nak tak teman aku ke library? Aku nak kenalkan kau dekat kawan2 aku. Tak adalah kau terperuk saja dalam billik ni kan?"sempat dia menyindir. Lisa merasa kurang enak dengan ajakan itu. Tetapi kenapa tiba2 sangat?

"Lagipun aku sorang je akhir2 ni. Kamala dengan Zul asyik dating je. Jomlah, aku takde la sunyi sangat."Juwita tak habis memujuk. Akhirnya Lisa akur. Lagipun jarang sekali dia dan Juwita meluangkan masa sekali. Bahkan makan sekalipun jarang benar. adalah rasanya itupun semasa bulan puasa.

Dan untuk pertama kalinya, Lisa merasa naik kereta BMW roomatenya itu. Rasanya macam aduh. sukar digambarkan.

"Hai guys, so seperti yang dijanjikan. Lisa, ni Zana, Haikal, yang ni Faris, yang kacak tu Emir dan yang ni Ika."Juwita memperkenalkan pada kawannya sorang demi sorang.

Mata Lisa tidak bergerak sebaik perasan akan kehadiran Emir disitu. Jadi dia rapat dengan geng Juwita? Bukan ke dia... Hmm, ntahlah. Dia membuang fikiran merepek dia kelain. Dia disuruh duduk. Entah untuk buat kali pertamanya, sumpah dia tak selesa. Dengan jelingan manja Faris yang menggoda, kenyitan mata Zul yang mengharapkan balasan dan Haikal yang tak henti asyik meratah isi tubuhnya dari atas kebawah.

Dia perasan Emir hanya memandangnya sekali lalu. Ya dia hanya menjadi diri dia ketika mereka sekumpulan sekali dalam group perbentangan tempoh hari. Macam mana dia boleh tersesat masuk kesini?

Segala buku yang dibawa langsung tidak bersentuh. Dirinya diulit rasa tidak senang. Rasanya seperti mahu menjerit! Ya dia menyesal menerima ajakan Juwita. Macam mana Juwita bisa betah bertahan dengan mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience