Rate

Bab 3

Short Story Series 3837

Hari yang ditunggu semakin tiba. Segala perkakas penting dan pakaian yang dibawa tidaklah terlalu banyak. Kerana dia hanya pergi menaiki bas. Satu beg roda besar bersama sebuah beg galas. Itu sudah memadai. Besederhanalah dalam semua aspek. Itu pesan emaknya sebelum mereka berpisah. Sedihnya hidup terpaksa pergi seorang diri. Tak apalah, demi kelangsungan hidup dia dan keluarga. Dia nekad.

Keadaan begitu berserabut setelah sampai disana. semak penglihatannya dengan ribuan orang pelajar yang datang mendaftar. Hiba rasa hati melihat semua yang datang membawa keluarga. Sedangkan dia? Hanya membawa diri.

Sehingga satu masa detik perpisahan antara mereka, masing2 menitiskan airmata. Lisa hanya menyaksikan episod itu berlaku didepan matanya

"Mak!"laung Lisa teresak-esak sendiri. Maknya jauh dikampung. Dia pula dibandar. Dia belum sedia berada jauh dengan keluarganya sendiri. Masih terbayang raut wajah syurga dipandangan mata. Hingga datang seseorang menegur dia dari belakang.

"Awak. Awak tak apa2 ke?"soal seorang gadis prihatin. Airmata dikesat pantas.Dia melihat gadis itu dari atas sampai bawah. Moden nya pakaian dia jika nak dibandingkan dia yang hanya berbaju kurung.

"Saya okey. Terima kasih."

"Awak datang dengan siapa?"soal gadis itu lagi.

"Seorang."jawabnya masih menyembunyikan sendu.

"Oh.. I see. Saya Aira."

"Lisa. Ariana Melissa."dia memperkenal nama penuh.

"Awak dah daftar?" Lisa hanya menggeleng

"Daftar kat sana. Parents saya baru lepas balik. And yeah, i am alone. Saya takde kawan kat sini. Mind to be my friend?"pelawa Aira, ramah. Beruntung rasa diri dapat berkenalan dengan aira. Fikirnya orang seperti Aira tidak layak berkawan dengan dia. Lisa bersetuju dan Aira menemani dia untuk mendaftar. Setelah itu mereka naik ke kolej masing2.

"Saya duduk banggunan Melati. Awak?"soal Aira.

"Banggunan Sinar."

"Nampaknya sebelah2 jelah kita."kata Aira lagi.

*.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience