Rate

Bab 1

Short Story Series 3837

Lisa tercungap-cungap mencari nafas dalam pergelutan. Setibanya diperhentian langsung dia masuk kedalam perut bas. Itulah yang terjadi setiap kali dia keluar mencari pekerjaan. Sering dikejar pemabuk jalanan. Penggusti jalanan. Apa lagi yang dia belum kena hampir semuanya dah kena.

"Kalau kau sambung belajar takdelah hidup kita ni susah sangat Leez."keluh maknya yang sedang menggentel kuih cucur badak.

"Ya mak. Lisa pun nak sangat belajar tapi tak ada rezeki lagi."balas Lisa sayu. Tahu harapan emaknya tinggi benar mahu lihat dia sambung belajar.

"kalau kau nak tunggu biasiswa turun jatuh dari langit alamatnya sampai mati pun kau kat sini Lisa!"tempelak kakaknya, Liana. Sedang elok menyusukan si anak. Sentap betul kata2 si kakaknya. Lisa pendamkan saja segala rasa perih dihati. Dia tahu, tak ada gunanya nak bersedih. Bukannya boleh bertukar jadi kekayaan kalau dengan menangisi nasib diri.

Dia segera ke kamar. Malas mahu melayan kerenah kakak sulungnya itu. Liana hanya berdengus geram.

"Macam tulah dia, orang cakap sikit merajuk. Anak mak lah tu!"bidas Liana lagi. Emaknya hanya menggeleng kepala.

"Jangan kau asyik bagi dia tekanan je Liana. Laki kau tu pun sama, dah 3 hari tak balik. Mana dia pergi?"giliran si emak menyedarkan si anak

"Mak jangan nak babitkan suami orang pulak eh! Mak buat jelah kuih cucur badak tu."Liana sudah naik berang. Tak pasal2 dengan emaknya sekali jadi mangsa amarahnya yang tiba2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience