Rate

Bab 2

Short Story Series 3837

Usai solat subuh, Lisa terus keluar mencari pekerjaan. Semalam rezeki dia membantu Makcik Asnah menjual nasi lemak. Dia harapkan hari ini, Makcik Asnah bagi dia peluang lagi. Basikal buruknya dikeluar dari garaj. Sebelum mula mengayuh dia ternampak ada satu surat terselit dibalik kayu rumah mereka. Langsung dicapai, dibuka dan dibaca isi kandungannya.

"Allahuakhbar!"laungan illahi terus kedengaran.

"Ini berita baik! Syukur ya Allah. Dapat jugak aku sambung belajar."ujarnya bersungguh-sungguh. Bersama dengan harapan baru. Dia menyorok surat tawaran tersebut. Dia mahu membuat kejutan buat mak dan kakaknya nanti! Pasti mereka gembira.

**
Ternyata rezeki berpihak kepada Lisa lagi hari ini. Dia tidak pulang dengan tangan kosong. Selepas menghulurkan wang hasil membantu makcik Asnah tadi terus dia memberitahu tentang tawaran yang diterima

"Biar aku tengok surat tu!"kata Liana sambil merampas surat tawaran di tangan Lisa. Dia mengamati bacaannya dengan teliti.

"Kau dapat biasiswa Rm2000? Banyaknya!"Liana terkejut melihat isi kandungan tersebut.

"Sebab itulah. Lisa dah cakap mesti ada peluang untuk Lisa dengan keputusan exam Lisa yang macam tu."Lisa berkata sedikit bangga. sekurangnya dia mampu membuktikan kepada kakaknya bahawa apa yang ditegaskan itu adalah benar

"Bolehlah sedekah sikit kat kami nanti incase terdesak nak pakai duit. Kan mak?"tambah Liana lagi. Senyum Lisa sudah semakin pudar. Emaknya pula sekadar menjeling kosong akan kata2 anak sulungnya

"Duit tu biar dia guna untuk belajar! Duit mak ni cukup lagi setakat nak tampung kita anak beranak."kata emaknya membela nasib Lisa. Syukur alhamdulillah. Lega sedikit selepas emaknya berkata begitu.

"Terima kasih mak."ucapnya perlahan. Emaknya sekadar mengangguk dan tersenyum. Bahagia! Ya dia nampak emaknya sedang bahagia. Terima kasih tuhan kerana kau telah mengabulkan doaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience