Jodoh Dari Tuhan
JAM di dinding dikerling, pukul 2 pagi. Semua penghuni didalam rumah agam ini sudah tidur lena. Dia menjinjit beg bagasinya lalu keluar dari bilik itu. Sempat dia mengerling bilik Ivander yang berada disebelah biliknya. Zelfina mengeluh perlahan, dia meneruskan langkah menuju pintu utama. Helencia sudah lama menunggu kehadirannya.
"Jomlah!" Ujar Josephine separa berbisik. Helencia hanya mengangguk lemah, sempat lagi matanya memandang bilik Ethan.
"I'm sorry bb!"
Mereka berjalan beriringan keluar dari rumah agam itu. Awal-awal lagi mereka sudah menempah teksi untuk ke airport dan pulang ke tanah air.
Selang beberapa minit dalam perjalanan, kini mereka sudah tiba diluar kawasan lapangan terbang antarabangsa negara Sepanyol. Josephine mengusap lembut bahu sahabatnya. Dapat digambarkan wajah muram Helencia. Berat ingin meninggalkan Ethan. Masalah dirinya dengan Ethan belum lagi selesai.
"Babe, kau okey? Kau masih nak stay kat sini?" Tanya Josephine perlahan. Helencia hanya mengeleng. Tiada sebutir kata pun yang keluar dari bibir itu.
"Takpelah babe, kau lupakan jelah Ethan tu, kau kan playgirl terhadal kat Malaysia. Alah, setakat Ethan petik jari bukan sepuluh berjuta yang datang. Kau masih lagi ada Akil dengan mamat CEO tu. Sudah jangan sedih lagi."
"Takkan sama seperti dia." Sahut Helencia lemah.
***
lVANDER melangkah menuju ke ruangan dapur, senyuman serta-merta pudar apabila sosok gadis yang dicarinya tiada diruangan dapur. Dia mengerling jam di tangannya. Pukul 6:50 pagi! Namun kelibatan gadis itu tiada. Tanpa membuang masa dia berlari menuju kebilik gadis itu. Kosong! Almari ditujui, satu pakaian pun tiada yang digantung. Dia berdecit lalu menghempas tombol pintu dengan kasar.
"Bro! My girl hilang!" Jeritan Ethan bergema di rumah agam tersebut.
"Kau pahal sial! Kau boleh tak tolong sabar, takyah kalut sangat boleh tak!" Jerkah Ivander lalu mengusutkan rambutnya.
"Joe!" Laung Ivander memanggil salah satu anak buahnya.
"So how?"
"Dorang dekat KLIA, semua anak buah Alvin masih lagi pantau pergerakan mereka. Lagi satu boss, terima kasih pasal semalam, kitorang enjoy sangat boss." Ujar Joe dengan nada puas hati. Ivander mengangkat thumbs up.
Semasa Josephine dan Helencia keluar dari rumah agam itu, tiada siapa yang mengawal sekeliling kawasan itu. Semuanya memuaskan nafsu masing-masing, tidak termasuk Ivander dan juga Ethan. Mereka waktu itu dibuai mimpi.
"Bro, macam mana ni? Aku nak jumpa my girl. Aku bersalah sangat, aku nak minta maaf." Airmata jantan mula membasahi pipi. Hingus yang mula mengalir dicelah hidungnya disedut kasar.
"Woi-woi! Agak-agaklah. Sabar boleh tak! Dorang dekat Malaysia bukan girl kau tu mampos setan!"
"Hiks, baby i miss you!"
"Joe, sediakan jet. Aku nak pergi Malaysia malam ni." Joe hanya mengangguk lalu berlalu pergi meninggalkan boosnya itu.
***
"Alolo...anak mummy ni kenapa nangis. Mummy dah balik dah ni." Josephine mengucup seluruh wajah anak kecil itu. Tersenyum dia melihat wajah yang seakan mirip dengan wajah Ivander. Patutkah dia memberitahu tentang kehadiran dan kewujudan anak kecil ini?
"Amboi happylah tu dapat jumpa mummy dia." Sampuk Puan Zila yang baru saja keluar dari dapur dengan membawa dulang.
"Terima kasih mama sebab dah jaga Lucas bila Phine dekat sana."
"Eh apa pulak berterima kasih, Lucas ni sudah macam cucu mama. Kalau nak harapkan Helen ni memang sampai bila-bila mama takkan dapat cucu." Balas Datin Zila lalu menjeling Helencia yang dari tadi temenung jauh.
KRING KRING!
"Hello bb-" Sepantas kilat Helencia menjawab panggilan itu. Senyuman ceria kian pudar apabila mendengar suara Akil dihujung talian.
"-Oh okey. You nak break up? Okey, bye!" Helencia melemparkan iphonenya lalu berlalu meninggalkan Datin Zila dan Josephine yang masih terkebil-kebil itu.
"Kenapa Helen tu, Phine? Tak pernah-pernah murung macam tu. Ada masalah ke dekat sana?" Tanya Datin Zila lalu menyuakan roti jala kedalam mulut.
"Dia gaduh dengan boyfriend dia." Balas Josephine ringkas. Datin Zila hanya mengangguk faham.
Josephine kembali merenung wajah polos Lucas yang sedang enak menyusu didalam dakapannya. Otaknya ligat berfikir bagaimana jika Ivander tahu akan kehadiran Lucas ini. Gembira atau sedih? Haih!
Share this novel