Bab 8

Romance Series 18564

Jodoh Dari Tuhan

   Josephine membuka sedikit kelompok matanya. Matanya terarah pada wajah Ivander disebelah. Tangannya melingkar memeluk tubuh kecil Lucas. Tanpa sedar dia tersenyum kecil. Dia bingkas bangun lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Usai membersihkan diri dan berpakaian lengkap, Josephine mengikat rambutnya lalu memulas tombol pintu dan menuju ke dapur. Dia memandang anak buah Ivander masih lagi tidur lena. Josephine membuka peti ais dan mengeluarkan barangan basah dan mulalah sesi peperangan diantara dirinya, kuali dan senduk.

Sejam berperang didapur, akhirnya siap juga nasi ayam, roti canai buatan sendiri berserta kuah kari ayam. Josephine memandang anak buah Ivander yang sedang menjamah sarapan pagi. Pandai ke tidak makan roti canai malaysia, macam terkial-kial je makan. 

"Boss!" Sapa Anak buah Ivander serentak apabila melihat Ivander mula menuruni anak tangga sambil mengendong Lucas. Lelaki itu siap berpakian kemeja tanpa tie. Macam biasa dua butang teratas dibiarkan terbuka. 

"Morning cayang!" Sapa Ivander lalu mengucup pipi Zelfina sekilas. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Lucas dibiarkan dipangkuannya. 

"Erghhh! Morning guys! Emm, sedapnya bau!" Laung Ethan dari atas. Tergeleng kepala Zelfina dengan perangai beruk lepas seperti Ethan. Bagaimana Helencia boleh tahan dengan beruk lepas itu. 

"Aww adeh baby! Okey, i'm sorry!" Pekik Ethan lagi. 

"Apa nak jadi dengan bb ni hah?! Pekik telolong kat rumah orang! Ini Malaysia bukan Sepanyol, jaga adap sikit!" Marah Ethan dengan menarik telinga Ethan lebih kuat. 

Terkumat kamit bibir Ethan mengutuk Helencia. Dia menghempas kasar punggungnya diatas kerusi sambil mengosok telingannya yang merah kemerahan dan terasa pijar. 

"Kutuk baby, kutuk lagi. Nak kena tendang pulak ke?" Ethan menjeling Helencia lalu selamba mencedok nasi ayam serta paha ayam. 

"Bb!" Baru saja ingin memasukkan nasi kedalam mulut, namanya sudah dipanggil Helencia. 

"Apa lagi baby? Bb nak makan ni, lapar!" 

"Pray first!" Kelima jari jemarinya menyentuh dahi, dada dan kedua bahunya dan menyatukan kedua tapak tangan. 

Mereka mula menjamah sarapan pagi tanpa sebutir kata. Hanya sudu dan garfu saja yang berlaga antara satu sama lain. Makan roti canai pun pakai garfu dengan sudu. 

Ivander bangkit dari duduk dan menuju ke singki, dia mencuci tangannya serta tangan Lucas. Dia mengelap bibirnya, tidak dilupa juga untuk mengelap mulut anak kecil itu. Terpegun Josephine melihat tindakan lelaki itu. 

"Cayang, biy nak melawat office kejap. Biy bawak Lucas please!" Ujar Ivander lalu mengucup dahi lucas dengan lama. 

"Hm, boleh. Tapi jaga baik-baik. Bawak susu Lucas sekali. Nanti saya sediakan beg dia." 

"Thankyou cayang!" 

Josephine mengambil beg kecil Lucas dan dimasukkan botol susu, pepet, pampes, baju serta seluar dan tuala. Tidak dilupa juga dengan tisu basah, tisu kering, minyak panas dan bedak sejuk. Semuanya lengkap. Dia mula menuruni anak tangga dan menuju kearah Ivander yang sedang memasukkan kasut pada kaki kecil Lucas. Perlahan Josephine menghampiri mereka. 

"Ethan! Dah ke belum! Cepatlah setan!" Laung Ivander. Zelfina menampar perlahan mulut Ivander.

"Depan anak tu!" 

"Hehe, sorry. Biy pergi dulu cayang. Bye, i love you!" Ivander mengucup bibir Zelfina sekilas, tangan sebelahkan menutup mata Lucas. Bahagianya dirasai tika ini. Seperti sebuah keluarga kecil.

***

   SEMUA mata para staff dan pekerja di Maga H.A Holding terarah pada boss besar mereka yang sedang berjalan menuju ke bilik Tuan Alvin sambil mendukung seorang anak kecil. Mereka hanya mampu melihat saja, tiada siapa yang mampu bertanya dan membuka mulut. Lihat saja wajah yang dingin itu membuatkan semua staff gerun. 

Pejabat Alvin ditunjui dan dirempuh tanpa mengetuk pintu. Well, dia pun ada share dalam syarikat ini juga. 

"Weh bro, bila sampai? Asal tak bagitau aku sial." Ujar Alvin lalu berjabat tangan dengan cara lelaki. 

"Asal? Perlu ke aku bagitau kau?" Balas Ivander lalu melabuhkan punggungnya pada kerusi roda bertentangan dengan Alvin. Dia menyuakan pepet pada mulut Lucas lalu menepuk perlahan paha anaknya itu. Ethan, seperti biasa bergayat dengan handphone.

"Ni ke anak kau yang kau cakap haritu? So cute buddy." Alvin berura ingin mendukung Lucas ditempis kasar oleh Ivander. Mencerung matanya menikam mata Alvin.

"Kuman. Tangan kau tak bersih! Kalau nak sangat dukung anak, buat ah!" Alvin mencebik lalu kembali melabuhkan punggungnya pada kerusi roda. Dia memandang Ethan yang sedang bergayut dengan handphone.

KLAK!

Pintu pejabat Alvin dibuka dari luar. Terpampan wajah Sofea Elsie, tunang Alvin. Sama padan, bagai pinang dibelah dua tetapi bila sudah bersatu, pelbagai ragam. 

"Bro Ivan! Oh my God! Bila you balik?" Jerit Elsie lalu berlari menuju ke arah Ivander.

"Ayer." (Yesterday) Balas Ivander ringkas.

"Hey Lucas, this is aunty Elsie..." Ujar Elsie sambil menepuk paha Lucas didalam dakapan Ivander.

"Daddy, i want baby!" 

"Mommy...kita baru je tunang takkan nak buat baby terus. Tunggulah lepas kahwin."

"Daddy ni nyayok ke? Kita dah lima bulan bertunanglah daddy."

Ivander mengeleng mamandang pasangan dihadapannya bergaduh mulut. Gaduh tentang anak, ini perkara gila!

"Enough both of you!" Serta merta pergaduhan kecil itu reda. Iphone milik Ethan terhempas diatas lantai akibat terkejut dengan jerkahan Ivander. Bukan Ethan saja yang terkejut malah Lucas didalam dakapannya lelaki itu juga menangis. 

"Shh, sorry baby." Pujuk Ivander lembut. Dia mengeserkan hidungnya pada pipi Lucas. 

"Macam mana projek? Semua okey?" 

"Semua okey je. Ha ni, nanti datanglah kita dinner rumah mama. Dah lama kau tak balik sana. Ni kalau mama tahu kau balik tak balik tahu dia, memang berdarah telinga kau dengar." Bebel Alvin. Ivander hanya beriak biasa sambil menatap anaknya. Comel macam Josephine.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience