Jodoh Dari Tuhan
IVANDER menjongketkan keningnya melihat kelibatan Ethan, sepupunya sedang tersengih berbalas chat sambil berjalan menuju ke ruang makan di mension miliknya. Tak pernah-pernah sepupunya merangkap orang kanannya bangun awal pagi. Selalunya bangun waktu tengahari. Mimpi agaknya.
"Eh bro, morning. Mulakan harimu dengan indah." Sapa Ethan lalu melabuhkan punggungnya pada kerusi. Dia kembali menatap scrin telefon pintarnya. Ada kadang lelaki itu tersenyum, ketawa dan menepuk pehanya. Mengeleng Ivander melihat sepupunya itu.
Mereka fasih berbahasa melayu kerna ibu Ivander merupakan orang Malaysia dan berkahwin dengan bapa Ivander yang original sepanyol. Ivander juga mempunyai syarikat di Malaysia dan diuruskan oleh sepupu belah ibunya, Alvin Carlos.
Sebut tentang Malaysia, dia teringat gadis 2 tahun yang lalu. Mengikut maklumat yang dihantar oleh anak buah Alvin, gadis itu jarang keluar rumah kecuali membeli barangan dapur dan keluar ke gereja pada hari minggu. Gadis itu juga tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki. Itu yang membuatkan Ivander ingin berjumpa dengan gadis itu tetapi masa dan waktu tidak mengizinkan.
"Aku rasa korang ni memang boleh dihantar ke hospital sakit mental. Yang kat depan aku ni dah kemaruk bercinta sampai tak ingat nak makan. Yang kat tepi aku ni lagi teruk tenung makanan itu sambil tersenyum-senyum. Pahal? Makanan tu ada awek cun ke? Sah! Mafia ni gila. Boleh lari girl kalau dapat tahu yang king dorang ni gila." Tajam anak mata Ivander merenung Adrian disebelahnya.
"Hahaha, i will baby!" Terhinjut bahu Adrian mendengar katawa Ethan. Hampir tersembur air tea panas didalam mulutnya.
"Kau pahal setan?"
"Girl aku nak datang sini. Oh God! I'm so excited!" Ujar Ethan teruja lalu tanpa sengaja kakinya tersepak alat sulit milik Adrian dihadapannya. Berkerut dahi Adrian menahan rasa yang dihadapi.
"Kau nak aku jadi mantul ke apa bodoh?!" Tengking Adrian sambil anak matanya tajam menikam mata Ethan.
"Hehe, aku tak sengaja sial. Aku excited sangat sampai tertendang 'anu' kau. Tapi apa salahnya kau mandul, nanti kau kahwin bini kau tu bagi aku. Biar aku tolong mengandungkan bini kau tu."
"Kau-!"
Suficiente!" (Enough) Serta merta pergaduhan mulut itu diam mendengar jerkahan maut Ivander. Ethan menjelir lidah manakala Adrian menjeling lalu kembali menjamah sarapan pagi.
"Kau Ethan, kau dah siasat latar belakang girl kau tu?"
"Oh come on lah bro. Girl aku tu kawan baik girl kau tu. Kau tak tahu? Alah girl kau kat Malaysia tu laa siapa lagi. Apa bodoh sangat kau ni." Selamba Ethan memaki sepupunya itu.
BAM!
Tersembur air tea itu dari mulut Adrian. Terbatuk-batuk dia sambil memukul dadanya yang terasa senak.
"Bila girl kau tu nak datang sini? Dengan siapa? Girl aku ikut tak? Dorang naik apa?" Bertubi-tubi soalan daripada Ivander. Terlopong Ethan buat seketika lalu menepuk dahinya.
"Okey aku jawab satu-satu. Girl kau tu mestilah ikut. Takde dengan siapa-siapa pun. Dorang dua je. Dorang tu naik kapal terbanglah apa lagi, takkan nak jalan kaki kot. Otak tu mana bro. First time king bengap." Merengus Ivander mendengar makian sepupunya itu.
"Suruh Alvin sediakan privacy jet untuk dorang. Pastikan anak buah Alvin pantau setiap gerak-geri dorang. Suruh girl kau tu berangkat petang ni. Pastikan esok dorang dah sampai kat sini." Arah Ivander lalu bangkit dari duduk.
"Asyik aku je kena." Bantah Ethan lalu mencebik.
"Buat jelah kalau kau masih sayang kepala kau tu."
***
JOSEPHINE menatap sayu wajah Lucas dipangkunya. Sayang dia ingin meninggalkan Lucas bersama dengan ibu Helencia. Semalaman dia memeluk anaknya sampai ke tandas pun mahu dibawa.
"Bawa jelah Lucas tu, phine. Kalau dah tak mahu berenggang." Ujar Datin Zila sambil mengusap kepala Josephine. Sayangnya pada Josephine seperti anak sendiri. Selepas saja, gadis itu dibuang keluarga, Datin Zila lah yang mengambil Josephine menjadi anaknya.
"Takpelah ma, phine taknak ada orang cam Lucas ni kat sana tu nanti. Biarlah ditinggalkan dengan mama dulu." Josephine mengucup lembut dahi anaknya. Berat rasanya ingin meninggalkan anak kecil itu.
"Phine, jomlah. Nanti lambat pulak nak sampai kat sana."
Semakin berat rasanya ingin melangkah pergi. Dia tidak mahu apa-apa berlaku pada Lucas jika dibawa ke sana. Bukan dia tidak tahu lelaki itu akan memburu anaknya jika dia tahu Lucas telah selamat dilahirkan.
"Mama tolong jaga Lucas untuk phine tau. Lucas, jangan nakal-nakal tau dengan Tokwan. Bye sayang." Tubuh kecil itu diberi pada Datin Zila. Dia mengucup lembut dahi dan kedua-dua pipi Lucas.
Dia melangkah menuju ke kereta Villfire berwarna hitam. Terdapat beberapa lelaki berbadan tegap menunggu kehadirannya. Helencia sudah pun masuk kedalam perut kereta. Dia juga kadang-kadang binggung dengan sahabatnya itu. Pernah sekali bukan sekali banyak kali, bila dia ingin keluar, terdapat beberapa lelaki bertubuh tegap akan menghantar dan menemaninya. Tidak kira ke pasaraya mahupun ke gereja.
"Ma'am." Sapa kesemua lelaki itu sambil menunduk. Tergamam Josephine dengan sapaan serta tundukkan mereka itu. Sudah macam pengantin sehari.
Tanpa membuang masa Josephine melangkah masuk kedalam kereta tersebut. Tidak tunggu lama, kereta tersebut meluncur menuju ke airport. Dikerlingnya wajah sahabatnya yang enak berbalas mesej. Sesekali dia mengeluh. Belum sampai sejam, dia sudah merindui anaknya. Bagaimana kalau sebulan? Mahu meroyan dia merindui anaknya itu.
Setengah jam dari rumah menuju ke airport, kini kereta Villfire telah pun tiba di luar kawasan airport tersebut.
"Miss and ma'am, Tuan Ethan minta miss dan ma'am naik dengan privacy jet yang telah disediakan khas untuk miss dan ma'am untuk kesana." Ujar salah seorang lelaki yang berbadan tegap itu.
"Er...takpelah. Kami guna airasia sajalah." Tolak Josephine lembut.
"Ini arahan daripada Kin...Tuan Ethan sendiri. Mari kami tunjukkan."
Josephine hanya tundukkan kepalanya apabila semua mata yang berada di airport itu semua tertara pada mereka. Manakah tidak, dia dan Helencia dikelilingi beberapa orang lelaki yang berbadan sasa, tegap. Kacak? Jangan dicakap memang kacak. Tapi sayang, mukanya tiada senyuman. Hampeh!
Masa yang diambil dari Malaysia ke Spain kira-kira 16jam 55minit saja. Sesampai saja dilapangan vvip di spain, Josephine terus saja meregangkan badannya yang terasa lengguh. Penat duduk berjam-jam didalam jet tersebut. Dia juga bosan tiada teman berborak. Helencia? 24jam bersama handphone.
"Baby!" Terhinjut kedua bahunya mendengar satu suara yang nyaring dibelakang. Matanya terarah pada pemilik suara tersebut. Satu wajah yang merindui tuan punya kekasih berlari menuju ke Helencia. Menjuling matanya melihat pasangan itu berpeluk.
"I miss you so much, baby." Ungkap Ethan sambil mengusap lembut pipi Helencia. Perlahan wajahnya didekatkan pada wajah Helencia. Dipaut lembut bibir mungkil itu.
"Holy God, sudah-sudahlah tu gais. Lenguh kaki ni ha, kalau ye pun rindu, simpanlah ciuman tu. Tunggu kat rumah nanti nak bercium ke buat anak ke? Tak kisah. Haih, penat den melihat drama tak berbayar ni." Bebel Josephine lalu perlahan melangkah mara ke hadapan. Terbuntang matanya melihat satu wajah yang amat dibencinya diberada dihadapannya sekarang.
"Awak...?!"
Untuk yg pernah baca novel ni sebelum" ni , watak Zelfina ditukar kepada Josephine . Jdi klu korang ada terbaca nama Zelfina tu mohon maaf ya . Nama Zelfina ditukar ke novel satu lagi . So itu saja , happy reading korang ! Goodnight !
Share this novel