Bab 4

Romance Series 18569

Jodoh Dari Tuhan

SUDAH seminggu Ivander cuba mendekati dan memujuk Josephine agar menerimanya tetapi itu semua sia-sia belaka. Ivander lembutkan hati agar tidak terasa dan menahan baran yang bakal melentus. Pelbagai makian yang dia terima.

Ivander melangkah masuk menuju ke ruangan dapur lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Terpana Josephine melihat penampilan lelaki itu. Seluar slack, baju kemeja berserta kot hitam, dua butang teratas dibiarkan terbuka, rantai serta jam tangan mahal juga menyerlahkan lagi kekacakan lelaki itu.

"Ehem, cayang, biy tahulah biy handsome. Janganlah tenung macam tu. Malulah." Ujar Ivander tersipu malu sambil menutup wajahnya dengan tangan. Josephine tersentak lalu menjulingkan matanya keatas.

"Jangan nak perasanlah encik king. Saya tak berminat langsung!" Dalih Josephine walhal hatinya sudah terpersona dengan penampilan dan gaya lelaki itu. Argh! Boleh bikin gila!

Ivander kembali membengiskan wajahnya sebaik saja Helencia dan juga Ethan melangkah masuk ke ruangan makan itu. Berkerut dahinya memandang pasangan dihadapannya tengah bergaduh mulut.

"Baby dah cakap laki tu kawan je, tak lebih pun." Ujar Helencia dengan wajah yang masam. Dia menatap tepat kearah mata milik Ethan.

"Bb tak percaya! Kalau kawan perlu ke nak berpeluk sakan. Laki itu cium pipi baby tahu tak. All of your body is mine. Only mine!"

"Baby cakap kawan je! Oh come on lah bb, ni sepanyol kot. Semua dalam negara ni bebas even dah ada boyfriend. Bukan macam kat Malaysia." Helencia menyilangkan tangannya didada. Naik turun nafasnya memarahi Ethan. Pulang saja dari kelab malam mereka tidak sudah bertengkar tentang kejadian seorang mamat sepanyol memeluk dan mencium pipi gadis itu.

"Bb tak suka! Bb tak suka! Bb tak suka!" Jerit Ethan sambil menghentak kedua belah kakinya tanpa protes.

Josephine hanya mampu melihat drama tidak berbayar dihadapannya. Sesekali dia mengeleng kecil. Dia menoleh memandang Ivander yang sedang enak menikmati sarapan pagi itu. Lelaki itu langsung tidak berminat melihat serta masuk campur.

"Sudahlah bb, kalau bb tak suka cara baby. Kita break up. Jom Zel kita keluar cari jantan lain." Ujar Helencia lalu menarik lengan Josephine tetapi sempat ditempis oleh Ivander.

"Okey, bb pun nak break up. From now, you're not my baby anymore!" Balas Ethan lalu ingin melangkah berlalu menaiki tangga tetapi patah balik mengambil sepotong roti bakar. Sempat dia menjeling kearah Helencia.

Kedua-duanya berlalu pergi meninggalkan ruang dapur itu dengan serentak. Satu pergi kebilik, satu lagi pergi keluar. Kalau setiap hari bergini, boleh sakit gila woo!

Baru saja Josephine ingin mengangkat punggungnya, satu suara garau menyapanya. "Cayang nak pergi mana tu. Biy tak suruh cayang bangun. Cayang kena teman biy."

"Encik Ivander Carles 'de Felix, saya bukan isteri awak, bukan jugak girlfriend awak. So, janganlah kongkong saya macam saya ni awak punya."

"Cayang, please, bagi biy peluang. Kenapa cayang susah sangat nak faham biy? Biy dah berubah cayang. Biy dah tak buat dah benda-benda macam tu. Cayang nak biy buktikan macam mana lagi. Biy cuma nak cayang je bukan orang lain. 2 tahun biy tunggu cayang, biy upah orang untuk sentiasa perhati dan jaga keselamatan cayang. Dahlah cayang, biy dah penat." Terkelu, tergamam, terbungkam seribu bahasa Josephine mendengar kata-kata dari bibir lelaki itu. Jadi betullah selama ni ada orang mengekorinya. Ya Tuhan, apa yang aku buat ni.

***

JOSEPHINE mengerling jam di dinding. Tepat pukul 11 malam tetapi kelibatan Ivander tidak nampak dari tadi. Dia memandang jamuan makan malam yang dihidangnya 4 jam yang lalu. Sesekali dia mengeluh kasar. Salah dia juga tidak memberi lelaki itu sedikit peluang, sekarang menyesal, menangis air mata darah pun sudah tiada guna.

PIN!

Terdengar bunyi seseorang tengah memasuki kod pin untuk memasuki rumah agam tersebut. Josephine mula gementar, kelima-lima jarinya menyentuh dahi turun kedada dan seterusnya jari tadi menyentuh bahu kiri dan diakhir dibahu kanan dan menyatukan kedua belah tangannya meng'amenkan doa. Kata-kata maaf sudah diafal untuk diucap pada lelaki itu.

Perasaan yang gemuruh dan nervous hilang serta-merta apabila mendengar bunyi perempuan merengek. Berkerut dahinya. Kalau Helencia, suara dia tidak bergitu. Lagi pun Helencia sudah tidur dikamar. Mungkin broken sebab baru putus. Tidak mungkin Ethan?

Berdetak kuat jantungnya apabila memandang Ivander sedang memeluk seorang perempuan. Selamba Ivander mencium pipi pelacur itu. Tidak berkelip mata Josephine melihat pasangan itu.

"Wow..." Itu saja yang mampu diungkapkan oleh Josephine tika ini. Hilang sudah ayat yang diafalnya tadi. Entah mengapa melihat kemesraan pasangan itu membuatkan hati Josephine dihiris-hiris.

Ivander tersenyum sinis melihat wajah muram Josephine. Dengan selambanya dia mengucup sekilas bibir perempuan itu lalu mengempung tubuh gadis itu dan dibawa ke bilik. Josephine menghantar pemergian pasangan itu lalu dengan perlahan dia jatuh kelompok diatas lantai. Dalam hatinya dia menyumpah, memaki diri sendiri atas perbuatanya. Sekarang putih matanya melihat Ivander sudah ada penganti. Pengantikah? Perlahan air matanya senitis membasahi pipinya. Entah airmata bahagia ataupun kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience