Jodoh Dari Tuhan
JOSEPHINE keluar dari perut kereta. Dia menutup pintu kereta. Selepas mengunci kereta, dia mula melangkah masuk menuju ke supermarket. Troli dicapai lalu disorong menuju ke tempat barangan basah. Dia koyakkan satu plastik, lalu mula memeriksa seekor demi seekor ayam sebelum dimasukkan kedalam plastik.
Sedang rait memeriksa ayam, terasa bahunya disentuh. Josephine menoleh, terpampan wajah Rafael Adnan, bekas kekasih yang sukar untuk dilupai.
"Hey! Sorang je ke?" Tanya Rafael sambil menatap lama wajah Josephine. Semakin cantik dan berseri. Penampilan dan gaya yang cukup mengoda.
"Eh tak, saya dengan kawan. Tak nampak ke? Kalau awak tak nampak maksudnya panjang umur." Balas Josephine lalu menjeling wajah Rafael. Dia kembali membelek-belek ayam.
"Awak ni comellah. Sama je macam dulu. Selalu buat saya senyum. Rindu awak." Cepat-cepat Josephine memasukkan seekor ayam didalam plastik. Dia mencuci tangan lalu menolak troli pergi meninggalkan Rafael yang masih berdiri situ.
"Eh, awak tunggulah saya!" Rafael kembali mengejar langkah Josephine yang kian jauh daripadanya. Hilang sudah hasrat ingin membeli ayam disebabkan pertemuan tidak dijangka.
"Awak, awak tahu tak saya dah lama sangat cari awak. Merata tempat saya cari awak tapi tak jumpa. Awak pergi mana? Bila saya rindu awakkan, saya akan pergi kat taman yang selalu kita jumpa tu." Ujar Rafael panjang lebar. Josephine menjulingkan matanya keatas. Dia memandang barangan yang hendak dibelinya tanpa menghiraukan Rafael yang sedang bercakap dibelakang.
Selepas membayar semua bayaran yang dibelinya, Josephine mula menolak troli menuju ke kereta. Terhinjut bahunya apabila tangan kekar milik Rafael turun menolak trolinya. Haih, tak balik lagi mamat ni. Aku ingat dah balik dah! Menyusahkan aku jelah!
Sesampai belakang kereta myvi berwarna biru, Josephine dengan segera membuka bonet kereta lalu memasukkan kesemua beg plastik yang berisikan barangan tadi. Dia tidak menghiraukan larangan Rafael untuk memasukkan kesemua beg plastik itu.
"Phine, saya rindu awak. Saya betul-betul rindukan awak. Saya tak boleh move on dengan awak. Can we continue our rela-"
"Enough!" Jerkah Josephine tiba-tiba. Terhinjut kedua bahu Rafael mendengar jerkahan itu. Seumur hidupnya atau lebih tepat sekali semasa menjalinkan hubungan bersama, tidak pernah sekali Zelfina bersikap kasar dengannya.
"Kenapa awak marah ni? Bila masa awak pandai jerkah saya? Kenapa awak tiba-tiba berubah? Mana Josephine yang dulu yang saya kenal? Yang lemah lembut, senyuman tidak pernah lekang dibibir, mana?"
"Josephine yang dulu dah mampos, sekarang Josephine yang kasar dan tiada lagi lemah lembut. Disebabkan lemah lembut saya, maruah saya dipijak oleh laki tak guna macam awak. Depan tunjuk baik, tapi belakang perangai mengalahkan setan iblis. Huh! Bodoh jugakkan saya dulu, percaya seratus peratus dengan lelaki tak guna macam awak. Curang dan bercinta dengan Hawa merangkap kawan baik saya dan sudah jadi musuh ketat saya sendiri. Hey, awak dengar sini baik-baik. Sekali saya ludah saya tidak akan jilat balik. Tisu satu kali pakai buang dalam tong sampah. Orang yang bodoh saja ambil balik sampah yang saya buang." Hambur Josephine dengan renungan tajam. Dia membuka pintu pemandu lalu memboloskan dirinya kedalam perut kereta itu. Selepas menghidupkan enjin, keretanya meluncur pergi meninggalkan pekarang supermarket itu.
Terkelu, tergamam, terbungkam Rafael disitu. Dia mulai mengaku kesalahnya. Benarlah orang kata, buat sesuatu perkara haruskan difikirkan dahulu. Dia mengutuk dirinya sendiri atas semua perbuatan yang dilakukan pada Josephinw. Sekarang, gadis itu sudah membencinya.
***
TING TONG!
Helencia yang duduk termenung di dalam bilik tersentak mendengar bunyi loceng rumahnya. Dengan langkah yang lemah dia bangun dan menuju ke pintu utama. Dia seorang saja dirumah tika ini, Josephine keluar, Datin Zila keluar juga bersama Lucas dan orang gaji.
"Sabarlah, kalau rosak loceng rumah aku. Aku bersumpah kau tak akan hidup lama. Menyusahkan jelah." Rungut Helencia lalu mula membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia apabila wajah yang dirindui berada dihadapannya sekarang. Dengan rambut yang serambai serta mata yang bengkak menandakan lelaki itu menghabiskan airmata tetapi tetap menyerlah kekacakan.
"Baby!" Rintih Ethan lalu memeluk tubuh gadis dihadapannya. Wajahnya disembabkan dileher gadis itu. Dia melepaskan tangisan didalam pelukan.
"Hey, kenapa ni. Kenapa nangis ni? Hmm?" Ujar Helencia lalu meleraikan pelukan. Dia melekapkan tangannya pada pipi lelaki itu.
"Bb rindu baby! Bb tak boleh kalau baby takde. Bb, bb just!"
"Shh okey dah. Takmo sedih-sedih tau. Baby minta maaf tau. Baby tak patut pun buat macam tu. Sorry tau." Helencia mengelus lembut pipi Ethan sebelum dikucup lembut.
"Ehem, where's Josephine?" Sampuk Ivander dibelakang. Meluat dia dengan drama dihadapan. Tidak habis-habis drama.
"Phine pergi beli barang. Nanti baliklah tu." Ivander hanya mengangguk. Dia mula melangkah memasuki ruang tamu tanpa dipelawa. Dia menghenyakkan punggungnya pada sofa, kaki kanannya disilangkan diatas lutut kiri.
***
BERKERUT dahi Josephine melihat kereta mewah bersusun teratur parking dipekarang rumahnya. Siapa pulak yang datang ni? Bawa rombongan ke apa? Macam orang kayo je?
Josephine menjinjit plastik barangan yang dibelinya tadi. Dia melangkah menuju ke rumah banglo itu. Bertambah berkerut dahinya melihat kesemua badan sasa, muka bengis sedang beratur diluar. Tanpa membuang masa, Josephine mula menanggalkan selipar.
Terbuntang matanya melihat Ivander sedang mengendong Lucas sambil tersenyum kearahnya.
"NO!" Jerit Josephine lalu berlari mendapatkan lucas. Barangan yang dijinjitnya tadi terjatuh diatas lantai tidak dihiraukan.
Notification utk Jodoh Dari Tuhan ni ada naik tak kt phone korang?
Share this novel