Tiga bulan sudah berlalu.....
Ting!Ting!Ting!
Jam berteriak menunjukkan sudah masuk waktu subuh.
Fatiha Sumayyah dengan perlahan mematikan bunyi jam tersebut dan bingkas bangun untuk bersiap-siap.
"Hmm,malasnya nak kerja harini.Tengahari panas,kulit aku pun dah makin gelap".Ujar Fatiha kemalasan.
Setelah habis kuliah sebagai pelajar Pra-Universiti,Fatiha sekeluarga telah berpindah ke daerah kelahirannya kembali.Hal ini kerana,Ummi dalam diam-diam telah membeli sebuah rumah baru di sana.Walaupun jauh di bandar,tidak menjadi sebab untuk mereka sekeluarga tidak sering berkunjung ke rumah saudara-mara di kampung halaman.Justeru,apabila merindukan suasana laut yang membiru,mereka sekeluarga akan turut berkunjung ke sana.Jarak dari rumah mereka ke rumah lama dahulu tidak lah memakan masa yang lama.Hanya lebih kurang 20 minit perjalanan dan pasti akan tiba pada waktunya.
"Good morning everybody".Sapa Fatiha selamba.
"Good morning Sumayyah".Balas mereka serentak.
Fatiha merupakan seorang leader di sebuah syarikat marketing yang tidaklah begitu terkenal dalam kalangan masyarakat.Tugasnya yang setiap hari harus turun ke padang untuk bertemu dengan orang-orang di setiap bandar mahupun kampung demi mempromosi barang jualan mereka menyebab kan kerjanya berasa amat sukar.
Hujan mahupun panas terpaksa dia tempuhi semata-mata untuk mengumpul duit untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tidak lama lagi.Tidak hairan lah jika wajahnya yang dulu mulus kini sudah semakin gelap kerana terik matahari
"Hai encik,maaf mengganggu.Saya Sumayyah dari Centre Group.Tidak minta masa encik yang lama,hanya ingin mengedarkan flyers ini kepada encik sahaja.Jika berminat,encik boleh hubungi nombor di situ ya.Thankyou".Terang Fatiha perlahan.
"Baik,terima kasih".Ujar lelaki muda itu.
Begitu lah setiap hari tugasnya.Jika tiada pelanggan yang berminat,dia terpaksa menghadap pelbagai soalan daripada boss nya.Tapi untung badan,setiap hari sales Fatiha tidak pernah sedikit dan sering menjadi contoh kepada pekerja lain.
Jam 6 petang,baru lah dia boleh melangkah pulang ke rumah dengan tenang walaupun seharian penat bekerja.Tetapi semakin hari Fatiha dapat merasakan kedinginan layanan daripada keluarganya.
Tidak tahu mengapa,tetapi pernah juga Fatiha dipalau tanpa sebab apabila berada di rumah.Ini menyebabkan Fatiha lebih mudah terasa dan berfikiran negatif.Jiwanya selalu meronta mengharapkan ada penjelasan.
Tidak lama kemudian,Fatiha membuat keputusan untuk berhenti kerja dan berhijrah ke tempat lain untuk peluang kerja yang lebih bagus.Pada awalnya Ummi dan Abah tidak mengizinkan,tetapi Fatiha berkeras untuk pergi kerana tidak tahan dilayan seperti orang luar tanpa sebab.
Segala penderitaanya bermula di sini.....
__________________________________________
Fatiha menaiki bas express untuk pergi ke Johor.Kebetulan kawannya,Sofie juga ada di sana.Selepas beberapa bulan kami menduduki peperiksaan akhir,ayah Sofie yang merupakan ustaz di sekolah kami telah dipindahkan ke sekolah baru di Johor menyebabkan mereka sekeluarga berpindah kesana. Jadi ini memudahkan urusan Fatiha untuk mendapatkan tempat tinggal.Airmatanya deras mengalir di dalam hening malam.Keadaan bas yang gelap kerana tiada cahaya lampu,menjadikan Fatiha lebih seronok untuk mengalirkan airmata.Dia terimbas kembali pelukan Ummi sebelum dia berangkat pergi petang tadi.
"Nak pergi juga?"Soal Ummi sebak.
"Haah tiket dah beli".Balas Fatiha perlahan sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Wajah redup Ummi membuatkan hatinya berat untuk pergi.Tetapi dek kerana kerasnya hati akibat layanan dari ahli keluarga yang lain,dia teruskan jua langkahnya.
Satu pesanan ringkas masuk menyebabkan kebisuan Fatiha diakhiri dengan airmata.
"Ummi minta maaf tak didik anak-anak Ummi dengan baik.Ummi sayang kakak.Tapi Kakak pergi juga.Ummi minta maaf sebab buat akak keluar dari rumah".Luah Ummi.
"Ya Allah.Apa aku buat ni?Kenapa aku tinggalkan Ummi.Ampunkan aku Ya Allah.Ampunkan aku".Ucap Fatiha dengan airmata yang sudah membasahi pipinya.
Untung penumpang dalam bas sudah tidur.Jadi tidaklah ada mata yang memandang keadaan Fatiha yang sedang teresak-esak dalam tangisan.
"Ummi tak salah.Walhal Ummi mendidik kami adik-beradik sangat sempurna.Akak minta maaf.Akak sayang Ummi.Akak janji akak balik melawat Ummi."Balas Fatiha dengan perlahan.
Selang beberapa saat telefonnya berdering dan nama Abah Sayang tertera di kaca telefon.Fatiha segera mengangkatnya sambil menahan sebak di dada.
"Kenapa lari rumah?Kenapa buat macamni?".Tanya Abah dalam nada suara yang Fatiha sendiri tidak mengerti.
"Tak.kakak cuma nak pergi bekerja.Kakak tak lari rumah.Nanti kakak balik".Jawab Fatiha gagap kerana tidak mampu menahan airmatanya lagi.
Perbualan terhenti di situ.
Fatiha tiba di terminal bas Johor.Sofie sudah bersiap menunggu di situ.
"Assalamualaikum Sofie.Maaf lama menunggu".Sapa Fatiha dalam senyum yang dibuat-buat.
"Waalaikumussalam si cantik manis.Masuk lah".Pelawa Sofie yang sedang menunggunya di dalam kereta Myvi miliknya.
Perjalan meraka tiada perbualan.Hanya lagu yang kedengaran di piring radio.Menyebabkan Fatiha termenung mengenangkan Ummi yang dia tinggalkan.
"Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang bergulir disampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila 'ku bisa memilih
Berat hatiku tinggalkan mu
Menepis bayangmu (dan demi waktu)
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya"-Demi Waktu oleh Ungu.
Tanpa sedar,airmata Fatiha mengalir kembali.Tangisan kecilnya didengar oleh Sofie.
"Awak okay?"Sofie memegang tangannya sambil bertanya.
Fatiha mengangguk lemah.
Dia berasa seperti separuh jiwanya mati kerana telah melukai hati Ummi.
Dia berjanji akan bekerja dengan rajin,dan menghantar perbelanjaan setiap bulan kepada Ummi.Dia juga berhasrat akan sentiasa pulang ke rumah jika ada cuti yang panjang.
"Doakan kakak.Doakan kakak".Bisik hati kecilnya.
________________________________________
"Alhamdulillah dapat juga kerja tu.Gaji RM1200 sebulan.Okaylah.Boleh bagi Ummi duit belanja bulan-bulan".Luah Fatiha dengan penuh kesyukuran.
Kerana keputusan peperiksaan yang bagus,Fatiha Sumayyah diterima bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat guaman kecil di bandar Johor.Sesuai dengan kepandaiannya dan fasih tutur bicaranya membuatkan peguam yang bernama Puan Azila mengambilnya bekerja.Walaupun pada awalnya beliau ragu-ragu tetapi melihatkan kesungguhan Fatiha,beliau setuju.
Senyum bangga terukir lebar di bibir nipis Fatiha.
Telefon bimbit di dalam beg tangannya yang berjenama Polo itu diambil dan ditekan-tekan mencari nama untuk di panggil.
"Assalamualaikum Ummi.Kakak dapat kerja dekat syarikat guaman.Syarikat kecil tapi alhamdulillah boleh bagi Ummi duit belanja setiap bulan".Cerita Fatiha gembira.
"Uhuk uhuk uhuk !"Bunyi batuk Ummi di hujung talian.
"Waalaikumussalam.Alhamdulillah.Rezeki anak Ummi.Kerjalah baik-baik.Duit nanti simpan sahaja untuk universiti.Ummi tak nak".Balas Ummi lemah.
Airmata Fatiha mengalir perlahan.
"Ya Allah,Kau angkatlah sakit Ummi ku.Aku belum membahagiakan Ummi lagi.Ampunkan aku Ya Allah.Ampunkan aku yang zalim".Bisik hati kecilnya.
"Ummi tak sihat?Dah pergi klinik?Kenapa tiada sesiapa bagitau pada kakak?"Tanya Fatiha sebak.
"Ummi taknak kakak risau.Ummi demam biasa saja.Nanti sembuh lah.Jangan risau ya".Balas Ummi perlahan.
Fatiha meletakkan panggilannya setelah beberapa minit berborak dengan bonda tercinta.Nekadnya untuk membahagiakan Ummi semakin besar.
Semoga berjaya.
________________________________________
Harini sudah masuk bulan ketiga Fatiha bekerja di syarikat itu.Belanja bulanan tidak pernah dia lupa untuk berikan kepada Ummi dan Abah.
Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk dia masuk ke universiti.Walaupun simpanan Fatiha masih tidak cukup,tetapi semangatnya untuk terus belajar sehingga ke menara gading tidak pernah luntur.Cita-citanya untuk menjadi seorang dokter akan dia capai kelak.
Namun berita tentang kesihatan Ummi yang semakin merosot menjadikan Fatiha berasa sangat bimbang.Bulan ini sahaja sudah berapa kali Ummi demam,batuk sehingga berat badan nya susut dengan banyak.
Gambar yang dikirim oleh adik-adik nya ditatap dengan penuh kesayuan.
"Ya Allah,kurusnya Ummi.Aku nak balik.Aku nak jaga Ummi.Permudahkan urusan ku Ya Allah untuk membahagiakan Ummi".Gumam Fatiha sendirian.
Sofie mengetuk pintu biliknya untuk makan malam.
Fatiha keluar dengan senyuman tenang yang dibuat-buatnya.Semakin dewasa,Fatiha semakin hebat dalam menyembunyikan perasaannya.Bahkan masalah keluarganya pun tidak pernah sekali dia ceritakan kepada Sofie.
Fatiha tinggal bersama Sofie dan ibu ayahnya.Memandangkan Sofie hanya ada tiga orang adik beradik dan abang,kakaknya sudah berkahwin,jadi tidak keberatan bagi ibu dan ayahnya untuk menerima Fatiha sebagai tetamu mereka.Ini menjadikan rindu Fatiha kepada orang tuanya juga terubat.
Selesai makan malam,Sofie mengajaknya untuk keluar mencari angin malam.Fatiha bersetuju kerana dia juga sudah lama tidak memanjakan diri setelah sibuk bekerja pada waktu siang.
Fatiha mengenakan abaya bewarna merah jambu,bertudung hitam menampilkan lagi karisma yang semakin terselah kerana keayuan dan kelembutan kulitnya.Sofie yang seorang gadis juga boleh tersenyum lebar melihat kecantikkan Fatiha,inikan pula jika lelaki yang memandangnya.Pasti akan jatuh cinta.
Tetapi,mampukan Fatiha menerima cinta disaat hatinya gelisah dengan keadaan Ummi yang sedang sakit?
Sesungguhnya cinta itu datang dari Allah,jadi tidak mustahil segalanya mampu mengubah hidup gadis molek Fatiha Sumayyah.
___________________________________________
Satu panggilan telefon diterima Fatiha pada awal pagi.
Terlihat nama adiknya pada skrin telefon membuatkan hatinya sangat gundah dan takut.
"Kakak".Terdengar kesenduan suara dari adiknya Fatin.
"Baliklah.Ummi dah tenat".Ucap Fatin lalu menangis teresak-esak.
Fatiha meletakkan telefon dan bergegas menyiapkan diri sekadar yang mampu kerana tidak dapat menahan rasa penyesalan.Sofie yang mendengar khabar ini turut meminta izin kedua orang tuanya untuk menghantar Fatiha ke Pantai Timur.
Airmata Fatiha sudah tidak dapat dibendung.Tangannya terketar-ketar memegang telefon bimbitnya mengharapkan ada keajaiban berlaku.Separuh jiwanya hilang ketika kali pertama dia tinggalkan Ummi.Tidak mungkin dia mahu kehilangan seluruh jiwa raganya.
Dalam perjalanan,Fatiha teringat kenangan dia semasa menjaga Ummi di hospital.Ya,sebelum ini Ummi sudah dimasukkan beberapa kali ke hospital.Dan setiap kali dimasukkan,Fatiha lah yang akan menemaninya walaupun sehingga subuh.Dia juga akan menjaga Ummi di wad sehingga dia sendiri tidak dapat melelapkan mata.
Setiap malam Fatiha akan mengaji di sebelahnya.Setiap malam dia mengalirkan airmata melihat keadaan Ummi yang semakin cengkung dan kurus.
Ummi menghidap penyakit paru-paru.Berita ini membuatkan Fatiha diam terduduk.Belum lagi dengan keadaan Abah yang semakin lama semakin tidak mengambil tahu urusan keluarga.Bahkan ketika Fatiha mengajaknya untuk menghantar Ummi ke rumah sakit pun,Abah tega mengeluarkan kata-kata yang kesat sehingga Ummi sendiri diam seribu bahasa.
Peristiwa itu sedikit sebanyak mengumpul dendam di hati Fatiha.Selepas Ummi dikeluarkan dari hospital,Fatiha terpaksa pulang ke Johor untuk bekerja walaupun dengan berat hati.Nasib tidak menyebelahinya.Baru sehari pulang,dia sudah mendapat berita Ummi sudah tenat.
Tersedar dari lamunan kerana disapa oleh Sofie.
"Fatiha,banyakkan berdoa.Semoga Allah menyembuhkan Ummi".Pujuk Sofie lembut.
Airmatanya semakin deras mengalir.Bagaikan tiada penghujungnya.
Satu pesanan teks diterima membuatkan Fatiha Sumayyah berasa takut untuk membacanya.
Namun,dia kuatkan hati,perlahan membuka dan membacanya.
Tangisannya sudah tidak dapat ditahan.Tangan semakin menggigil dengan zikir Ya Allah tidak berhenti terucap.
"Ummi dah takde kak.Awak dekat mana?Nanti pergi ke masjid hijau ya.Jenazah Ummi dimandikan di sana".Pesan Fatin.
Sofie meluncur keretanya dengan laju.Setibanya di masjid,Fatiha berlari keluar dari kereta tanpa menegur saudara-saudara yang ada di situ.
Kakinya melangkah laju tetapi lemah lalu masuk ke dalam bilik yang sedia digunakan untuk memandikan jenazah jika ada kematian.
Mata nya tertangkap oleh sekujur tubuh yang terbaring kaku dikelilingi oleh ustazah yang menguruskan,adik-adik perempuannya dan sepupu-sepupu perempuannya.
Lembut Fatiha mengusap kain basahannya.Lalu menggosok tapak kakinya dengan perlahan supaya Ummi selesa.
Airmatanya ditahan namun tetap mengalir.Sofie yang melihatkan keadaan sahabat baiknya keluar dari situ kerana tidak sanggup.
Fatiha memandikan jenazah Ummi dengan berhati-hati.Wajah tenang Ummi,kulit yang bersih dan wangi menyebabkan Fatiha berasa sangat rindu.Bahkan sedikit najis pun tiada ketika menguruskan jenazah.Selesai memandikan,mereka mengangkat Ummi untuk dikafan.
Ya.Ringan.Tubuhnya sangat ringan,sehingga Ustazah yang berada di situ juga menyedarinya.
"SubhanaAllah,mudahnya urusan jenazah ini.Segalanya mudah,ringan tubuhnya,wangi baunya."Kata salah seorang daripada mereka dan dipersetujui oleh ustazah-ustazah lain.
Selesai dikafan,Fatiha mengucup Ummi buat kali terakhir.
Wangi.
Airmatanya kembali mengalir deras sehingga membuat sepupu-sepupunya datang memeluknya.
"Ya Allah,aku tak sempat membahagiakan syurga aku.Ampun kan aku Ya Allah.Ampuni Ummi Ya Allah.Tempatkan Ummi di syurga Mu Ya Allah."Bisik hati Fatiha.
Jenazah Ummi dikebumikan di kampung halaman Ummi.Ramai orang yang berkunjung memberi penghormatan terakhir.Sehinggakan yang tidak dikenali juga ada yang berkunjung.Mungkin asbab kerana Ummi tidak pernah sombong,suka bersedekah kepada budak-budak dan suka membantu.Di dunia Allah sudah memberkatinya.Semoga di akhirat juga sama.
Selesai pengebumian,semua ahli keluarga pulang ke rumah Fatiha Sumayyah untuk mengadakan tahlil.Ramai yang datang dan majlis berjalan dengan tenang.
Fatiha hanya berdiam diri tanpa berbicara seperti selalu.
"Jiwaku kosong Ya Allah.Seluruh jiwaku telah tiada.Aku menyesal kerana mementingkan kerja.Aku menyesal kerana Ummi tidak dapat melihatku buat kali terakhir.Aku menyesal menjadi anak derhaka Ya Allah".Gumam Fatiha perlahan.
Airmata terus membasahi pipinya.Sofie yang melihatnya menjadi semakin sebak dan tidak mampu menahan airmata.
"Semoga awak kuat sahabat".Bisik Sofie dalam hati.
__________________________________________
Share this novel