BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN...
"Tolong siapkan jadual dan rangka aktiviti-aktiviti yang kita perlukan di sana.Minta juga bantuan daripada ahli-ahli jawatankuasa MPP yang lain terutama Biro Sukan".Arah Cikgu Maleq.
"Baik Cikgu.Nanti saya akan minta bantuan daripada mereka dan serahkan kertas kerja ini hari Rabu."
Aku sekarang tahun akhir sebagai pelajar Pra-Universiti di sebuah sekolah asrama penuh.Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia aku sangat cemerlang,tetapi aku lebih cenderung untuk meneruskan pelajaran di peringkat STPM.
Aku mengambil jurusan Sains Biologi.Oleh kerana,aku sering menjadi pelajar terbaik setiap semester,aku juga telah diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai Penolong Pengerusi dalam Majlis Perwakilan Pelajar.Pengerusi pulak adalah Aniq Mikhail yang juga merupakan seorang pelajar pintar di sekolah ini.Dia juga merupakan sahabat baik aku di sini yang sering bersama sehingga menjadi buah mulut pelajar lain.Belum lagi bila ada gadis-gadis yang turut cemburu kerana tidak mendapat perhatian daripada Aniq Mikhail.
"Saya rasa lepasni kita kena kurangkan sikit habiskan masa bersama.Tak seronok lah bila ada mata-mata yang menjeling.Awak tu sombong sangat.Why not just say hi or whatever to them?"Omel Fatiha.
"Eh apa pula.Ingat aku ni senang-senang ke nak say hi dekat semua perempuan yang ada dekat sekolah ni.Aku berkawan dengan kau sebab kau berbeza.Kau tak over-acting dan control ayu.Kau tak hipokrit.Aku rapat dengan kau pun sebab kita sekelas dan selalu uruskan hal-hal berkaitan Tingkatan Enam ni.Kalau tak,kau bukan nak layan aku pun".
"Hahahahaha.Jangan buat drama.Ingat nanti tolong bagitau Izzat dan Sofie untuk idea pasal aktiviti untuk kita lakukan di Janda Baik.Saya nak kena hantar kertas kerja ni hari Rabu tau".Fatiha berpesan kepada Aniq sebelum dia berangkat pulang ke aspuri.
___________________________________________
Hari rombongan bagi pelajar-pelajar akhir Tingkatan Enam di sekolah ini akan diadakan di Janda Baik selama dua hari satu malam.
Masing-masing gembira apabila tiba di resort yang telah ditempah khas buat kami.Setiap resort akan dihuni oleh 6 orang pelajar.Aku tinggal bersama-sama dengan Sofie,Aina,Fiey,Mei Lin dan Usra.Disebabkan sebuah resort mempunyai 3 buah bilik,jadi setiap bilik akan dihuni oleh dua orang pelajar.
Pandangan mata Fiey dan Usra kepada aku sangat menjengkelkan.Ini terjadi kerana Fiey sukakan Aniq Mikhail tetapi sering ditolak menyebabkan dia benci kepada aku.
"Aku taktau kenapa kena sebilik dengan kau.Perosak pandangan dengan muka kononnya tak bersalah kau ni",Ejek Fiey.
Aku diam seribu bahasa.Malas nak bertengkar dengan manusia berakal cetek.Aku dan sofi bergerak masuk ke bilik kami.Hal ini menyebabkan Fiey dan Usra semakin meluat.
Melihatkan bilik yang sangat kemas dan indah dihiasi dengan katil bersaiz queen,bilik air persendirian,almari baju yang besar dan balkoni yang menghadap ke luar itu membuat perasaan marah aku bertukar gembira.
"Wah,tak sia-sia kita masuk bilik ni dulu.Cantiknya.Yang penting ada bathroom."Kata Sofie.
Sofi seorang gadis tinggi berkulit cerah menjadikan dia lebih cantik apabila mengenakan baju T-shirt labuh merah dan seluar slack.Bertudung maroon menyerlahkan lagi keayuan yang ada pada wajah dia.Sofie adalah anak kepada Ustaz Marzuki di sekolah kami.Tetapi dia tidak pernah sama sekali menggunakan kelebihannya untuk mendapatkan perhatian di sekolah.Bahkan apa yang dia perolehi adalah kerana usahanya sendiri.Selain bijak,dia juga sangat aktif dalam sukan yang sekolah anjurkan.Wajahnya yang ayu sering menarik minat pelajar lelaki lain.
Selesai solat zohor,aku mengambil telefon untuk menghubungi Ummi.
"Assalamualaikum Ummi.Kakak dah sampai.Alhamdulillah.Nanti akak hantar gambar banyak-banyak ya.Rindu Ummi".
"Waalaikumussalam.Alhamdulillah.Kakak jaga diri,jangan main air sangat,nanti demam.Awak tak boleh main air sejuk nanti habis tangan,muka bengkak.Ummi pun rindu anak Ummi.Nanti habis je semua ni,Ummi ambil ya."
"Okay Ummi.Jangan sedih-sedih ya.Kakak letak telefon dulu.Assalamualaikum."Sebak Fatiha Sumayyah.
Mendengarkan perbualan itu membuatkan Sofie tergelak kecil.
"Comel je awak dan Ummi.Manja.Jangan sedih,nanti habis semua ni,balik jumpa keluarga ya".Kata Sofie lembut
Aku kembali tersenyum.Mengenangkan wajah redup Ummi membuatkan hati sangat rindu.Ummi sudah beberapa hari tidak sihat,tetapi disebabkan aku tidak boleh pulang kerana semester akhir ini hanya ada dua minggu lagi menjadikan aku berasa sangat sedih.
"Haihh tak sabar nak balik,nak peluk semua.Nak peluk Ummi".Rintih hati Fatiha Summayah.
_________________________________________
Jam menunjukkan tepat 2.30 petang.
Fatiha mengenakan baju T-shirt bewarna biru gelap,seluar slack hitam,bertudung hitam menyerlahkan lagi wajah mulusnya.Hanya sedikit sapuan bedak dan sedikit lipbalm menjadikan wajahnya cukup sempurna untuk ditatap.
Fatiha dan Sofie bergandingan keluar dari bilik untuk bertemu dengan guru dan AJK-AJK yang lain di luar resort.Kelihatan Fiey,Usra,Mei Lin dan Aina masih sedang bersiap-siap untuk aktiviti petang nanti.
"Kami pergi dulu ya".Ujar Sofie.
"Okay".Kata mereka serentak.
Tibanya di sana,ahli jawatankuasa yang lain sudah siap menunggu.Aniq Mikhail kacak dengan pakaian serba hitam menjadikan pandangan mata Fatiha kepadanya tidak berkedip.
Begitu juga dengan pelajar lelaki lain,tidak berkedip melihat kearah Fatiha dan Sofie yang dianggap gadis paling cantik di sekolah.Melihatkan ini,wajah Aniq Mikhail berubah muram.
"Ehem ehem".Aniq terbatuk kecil.
"Jom mulakan penerangan".Kata Aniq mendatar.
"Okay".Jawab kami serentak.
Perbincangan berakhir tepat jam 2.50 petang.Ketika itu pelajar-pelajar lain sudah menunggu untuk menjalankan aktiviti yang disediakan.
Antaranya permainan tarik tali,bola air,galah panjang dan mencari barang tersembunyi.Aktiviti ditamatkan pada pukul 6 petang.Usai aktiviti,para pelajar dan guru dihidangkan dengan minum petang yang telah ditempah oleh guru bertugas.
Setelah itu,masing-masing kembali ke bilik untuk berehat dan bersiap untuk makan malam pada pukul 8.30 malam.
_______________________________________
Makan malam di kafe resort sangat menyenangkan.Hidangan yang banyak dan menyelerakan telah menjadi bualan hangat antara guru dan pelajar.
Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk merasa segala juadah yang disediakan.
Selesai majlis makan malam,kami semua telah dijamukan dengan sedikit makanan jiwa iaitu motivasi dari penceramah bebas yang membawa tajuk "Cinta Allah".
Masing-masing mendengar dengan penuh khusyuk dan fokus.
Tanpa sedar,Fatiha Sumayyah sering dicuri pandang oleh Aniq Mikhail.
"Ya Allah,cantiknya dia,eloknya budi pekerti dia.Aku telah jatuh hati kepada sahabat baik ku sendiri.Adakah aku salah,Ya Allah?".Kata Aniq dalam hati.
Kejadian ini diperhatikan oleh Fiey dengan penuh kebencian.Dia nekad untuk membalas dendam kepada Fatiha kerana telah merampas buah hati dia.Pelbagai niat jahat sedang dia bayangkan.
"Kau tunggu ya.Kau tunggu"Omel Fiey perlahan.
Motivasi berakhir pada jam 11 malam.Semua pelajar dan guru mengorak langkah pulang ke resort masing-masing.
"Fatiha !!" Jerit Fayyad.
"Nah,saya ada beli coklat lebih,ambil lah.Boleh makan sebelum tidur".Hulur Fayyad sambil tersenyum lebar.
Fayyad adalah rakan dari kelas perniagaan.Wajahnya yang sawo matang,berkaca mata,dan merupakan anak orang kaya itu membuatkan dia menjadi kegilaan ramai.
"Terima kasih".Ujar Fatiha lalu pergi.
Aniq memerhatikan ini dari jauh dan menyebabkan dia berasa sedih.Dia bergerak ke bilik untuk berehat dengan rasa kecewa dan berharap agar hari esok lebih baik.
Setibanya di resort,Fatiha dan Sofie terkejut apabila melihat Fiey dan Usra sedang menunggu mereka di depan pintu.Wajah Fiey yang penuh dengan kebencian menyebabkan Fatiha berasa kurang senang.
Fiey,seorang gadis cantik,berlesum pipit,dan sedikit seksi tetapi sombong menyebabkan dia tidak disukai oleh pelajar lain.Dia juga seorang pelajar pintar dari kelas Geografi dan terkenal kerana suaranya yang merdu serta sering menceburkan diri dalam aktiviti nyanyian di sekolah.Manakala sahabatnya Usra hanyalah gadis biasa yang sedikit berisi tubuhnya dan pandai berpidato.
"Ke tepi lah.Kami penat,nak berehat.Kenapa berdiri dekat pintu macamni?".Marah Sofie.
Usra menarik tangan Sofie lalu menolaknya jatuh ke lantai.
"Diam.Urusan ni takde kena mengena dengan kau".Jerkah Usra kepada Sofie.
Aina dan Mei Lin hanya memerhati dengan muka yang cuak.
"Apa hubungan kau dengan Mikhail?".Tanya Fiey.
"Kami kawan baik,kami berurusan kerana jawatan kami,dan kami tiada hubungan.Jangan jadi tak matang,nak bergaduh disebabkan seorang lelaki yang sedikit pun tak pandang kita".Tutur Fatiha dengan selamba dan mendatar.
Hal ini menjadikan kemarahan Fiey lagi membuak-buak.
"Kau tidak pernah kena tampar ya?"Jerit Fiey.
"Aku penat.Jangan cari masalah.Kita sekarang bukan dekat rumah.Kita ada kawan-kawan lain dan cikgu di sini.".Ujar Fatiha dengan matang.
Tanpa berfikir,satu tumbukan dari Fiey melayang untuk melekap di perut Fatiha.Bagaikan kerja yang sia-sia.Tumbukan Fiey dengan mudah ditepis oleh Fatiha,menyebabkan dia jatuh tersungkur di lantai resort.
Fatiha memegang leher baju Fiey dan menariknya untuk berdiri.
"Aku dah pesan jangan cari masalah.Aku bukan selembut yang kau sangka.Aku di sini untuk belajar dan berseronok.Bukan untuk mengejar cinta sesiapa."Fatiha melepaskan leher baju tersebut dan mengajak Sofie untuk berehat.
Kerana malu,Fiey bergegas masuk ke bilik,dan berbakul makian yang dilepaskan.
Selesai solat Isyak,Fatiha dan Sofie tertidur lena kerana kepenatan.
__________________________________________________
Pagi yang tenang,dijamu dengan bunyi deruan air terjun yang lembut mengalir ditambah dengan bisikan angin yang sejuk menjadikan Fatiha sangat rindukan kampung halaman nya.
"Nanti dah habis sekolah,nak ajak Ummi dan semua balik kampung.Rindu".Omel Fatiha sendirian.
Sofie keluar dari bilik mandi dan menyapa Fatiha.
"Awak.How can you be so strong yesterday?You know,I think you will be attacking by that witch,but I'm totally wrong.You just make that "flying hand" on her and she keboommm.Hahahahaha amazing."Ketawa Sofie terbahak-bahak.
Fatiha hanya membalas pertanyaan itu dengan kenyitan mata yang begitu comel bagi pandangan Sofie.Dia bergegas bersiap-siap untuk aktiviti santai hari ini.
Aktiviti harini hanyalah berkelah di tepi air terjun,membuat bbq dan bermandi manda.Fatiha mengenakan seluar track bewarna hitam,baju t-shirt bewarna ungu dan tudung bawal hitam.
Setibanya di luar resort,rakan-rakan sekelasnya yang lain sudah memanggil-manggil Sofie dan Fatiha untuk menyertai mereka.Kelihatan Aniq,Fayyad dan pelajar-pelajar lelaki lain sedang sibuk membakar ayam dan makanan lain.Guru-guru pula sedang bersantai sambil menjamu makanan yang telah disediakan.Sempurna.
Aniq datang mendekat lalu menghulurkan pinggan berisi makanan kepada Fatiha.
"Nah,aku buatkan untuk kau."Hulur Aniq.
Fatiha mengambil pinggan itu dengan senyuman menjadikan dada Aniq berdebar hebat.
"Eii thankyou.Jomlah makan sekali".Pelawa Fatiha.
Fayyad menghampiri lalu menarik tangan Aniq untuk bermain air.Sebelum berlalu Fayyad sempat memandang Fatiha dan menegurnya.
"Cantik".Kata Fayyad sambil mengenyit mata.
Hal ini menjadikan rakan-rakannya di situ bersorak riang.Fatiha semakin tidak selesa kerana melihat pandangan Fiey dari jauh yang semakin galak dengan kemarahan.
Akhirnya masing-masing membiarkan kejadian itu berlalu tanpa kata dan menikmati hari-hari terakhir mereka di situ.
Mereka bergerak pulang ke sekolah pada pukul 5 petang.Tibanya di sekolah,pelajar-pelajar sudah mula membicarakan tentang kenangan-kenangan semasa rombongan itu.Mendengarkan itu membuat Fatiha tersenyum nipis.
Ibu bapa juga sudah siap menunggu untuk mengambil anak-anak mereka yang tidak menetap di asrama.Manakala pelajar-pelajar asrama bergegas pulang ke asrama untuk berehat kerana esok adalah hari persekolahan.
"Rindu Ummi.Rindu Abah.Rindu Along,Angah dan adik-adik.Hmm"Omel Fatiha dalam hati.
Dua minggu berlalu dengan pantas.Masing-masing sudah berpelukan dan berjanji akan terus menghubungi antara satu sama lain walaupun sudah berjauhan.Ada juga pelajar yang memberikan hadiah antara satu sama lain.
Tidak terkecuali.Fatiha dan Sofie mendapat banyak hadiah daripada orang yang mereka kenal dan juga tidak kenal.
Fatiha menunggu kedatangan Ummi dan Abah untuk menjemputnya.Sedang asyik menunggu.
Fatiha di sapa oleh Aniq.
"Aku mesti rindu kau nanti".Ujar Aniq perlahan.
Mendengarkan itu,membuat wajah Fatiha kemerahan.
Dia memandang Aniq dengan seribu persoalan.
"Kalau aku mesej kau nanti,kau jangan tak balas pula.Aku nak jadi kawan kau dunia akhirat."Senyum Aniq hambar.
"InshaAllah.Saya akan berkawan dengan awak sampai bila-bila.Jemputlah ke rumah bila kelapangan.Nanti boleh kenal Ummi dan Abah".Ujar Fatiha manis menjadikan Aniq berasa lebih pilu.
Kedatangan Ummi dan Abah menyebabkan mereka terpisah di situ.Fatiha melambai kepada Aniq dengan senyuman indah.
Dia memeluk Ummi dan Abah dengan gembira.
'Berakhir sudah sekolah hari ini".Ujar Aniq sendirian.
________________________________________________
Share this novel