''Hahahahahaha jangan!Ini adik punya.Jangan!''
Terdengar suara manja bergelak tawa daripada adikku Fatin dan Husna yang sedang bermain-main di beranda rumah yang hampir bergoyang.
Suasana di kampung sungguh berbeza.Deruan bunyi laut yang tenang dan sering juga bergelora ketika badai melanda menjadikan acuannya lebih indah dan nyaman.Setiap pagi aku akan dihidangkan dengan riuh-rendah orang kampungku berlari anak ke pantai untuk mencari rezeki yang terbentang luas kerana kuasa Allah.
Jika cuti sekolah,aku juga turut ke pantai untuk bermandi-manda dan bermain air.Kadang berjalan di gigi-gigi pantai mencari tin-tin kosong untuk dijual.Along tidak gemar dengan aktiviti seperti ini kerana sikapnya yang lebih suka di rumah mendengar radio.Berbeza dengan Angah.Dia lebih suka menghabiskan waktunya dengan mencari tin bersama kami atau mencari ikan laga untuk koleksinya.
Sebagai anak kampung,inilah yang menjadikan kami lebih akrab dan sangat menyayangi sebagai sebuah keluarga.Untuk berkelahi itu jarang sekali,tetapi jika bermula,pasti akan diakhiri dengan dirotan oleh Ummi.Bila dewasa kelak,pasti ini yang menjadikan kami saling merindui.
Ummi dan Abah tidak pernah pilih kasih dalam membahagi kasih sayang.Sehinggakan hendak membeli tas untuk peperiksaan aku pun,mereka akan dapatkan untuk semua adik beradik yang lain.Sikap Ummi dan Abah juga sangat disenangi oleh atuk dan nenek.Sehingga menyebabkan ipar-ipar lain berasa dingin.Tetapi tidak pernah diambil peduli oleh kedua orang tuaku.
Begitulah setiap hari sehingga masing-masing sudah lali dan terbiasa dengan semua perkara.
_________________________________________
"Tahniah,Fatiha Summayah.Awak dapat nombor satu lagi kalini.Markah Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam awak sangat cemerlang."Kata Cikgu Hashimah.
Mendengarkan ini sahaja sudah membuatkan aku sangat bahagia.Tidak sabar untuk pulang,menunjukkan keputusan kepada semua.
Siapa tidak kenal Fatiha Summayah di sekolah,seorang gadis rendah,bertubuh kecil,berkulit mulus,sopan tetapi nakal tingkahnya namun sangat bijak.Pernah juga memenangi pertandingan silat sehingga menjadikan dirinya digeruni oleh pelajar-pelajar nakal yang lain.
Namun,kebolehan yang dia ada tidak pernah digunakan untuk mendapatkan perhatian.Walhal kebijaksanaan yang dia punya turut dikongsi bersama rakan-rakan lain sehingga menjadikan dia seorang mentor kepada rakan-rakan kelas bawah.
Setiap pulang dari sekolah,Fatiha Summayah akan dijemput oleh Ummi.Belum sempat pulang lagi,keputusan sudah diajukan kepada bonda tersayang.
"Ummi,kakak dapat nombor 1.4A untuk kalini."Luah Fatiha Summayah dengan girang.
"Waa,alhamdulillah.Pandai kakak.Belajar rajin-rajin ya."Balas Ummi dengan sebaris senyuman yang sangat indah.
Begitulah setiap masa sehingga aku meningkat remaja.
__________________________________________
"Abah dapat kerja dekat tempat lain,jadi kita semua kena pindah".Kata abah.
Satu rumah riuh rendah kerana seronok untuk berpindah ke daerah lain.Begitu juga aku.Gadis yang tidak pernah sekali keluar dari tempat lahir,tiba-tiba akan berpindah ke tempat baru.Gembira tidak terkata.Walhal tiada yang lebih indah dari kampung kami.
Bermula lah sesi pengurusan pindah sekolah dan pindah rumah.Segalanya berjalan lancar.Adik-adikku yang masih kecil kelihatan begitu seronok sehingga tidak berhenti bermain sepanjang dua jam perjalanan kami.
Tiba di rumah sewa baru kami.Masing-masing tersenyum lebar.Ya sangat besar rumahnya.Masih suasana kampung,dikelilingi dengan pokok-pokok sawit yang pertama kali kami melihatnya dengan jarak yang dekat.Rumah bewarna biru laut,yang menjadikan ia lebih tenang.Keadaan rumah yang sangat luas dan selesa menjadikan kami lebih bersemangat.
Tetapi tidak menjadikan kami orang yang mewah bahkan lebih susah kerana baru hendak bermula.
Keluargaku tetap bahagia seperti biasa.Tiada yang mengubah rutin harian kami.
Ummi tidak lagi bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.Abah pula bekerja sebagai kontraktor dan Along hanya bekerja di sebuah restoran berhampiran sebagai pembancuh air dek kerana dia telah menamatkan zaman sekolahnya.
Kesederhanaan ini tidak menjadi penghalang untuk kami terus hidup dalam keadaan yang baik,bahkan dari hari ke hari,keluarga kami lebih stabil.
Pembelajaranku masih sama.Masih tetap menjadi yang terbaik di sekolah dan makin ramai kawan.Juga turut disenangi oleh guru-guru walhal masih pelajar baru.
Keadaan ini menjadikan aku berasa lebih selesa dan seronok untuk terus belajar.
Masa berlalu begitu pantas.Beberapa bulan setelah berpindah,kami dikhabarkan dengan berita kematian nenek.Ummi bergegas pulang ke kampung halaman untuk memberi penghormatan terakhir.Kerana keadaan kami yang serba kekurangan dan tidak mempunyai kenderaan,kami tidak dapat menziarahi arwah nenek untuk kali terakhir.Hanya doa yang diiringi dengan air mata untuk nenek.
_________________________________________
Share this novel