Tiga bulan kemudian..
Kedengaran riuh rendah suara daripada para pelajar yang datang untuk mendaftar.Fatiha Sumayyah mendapat tawaran melanjutkan pelajarannya di peringkat ijazah di universiti yang sangat dikenali di kalangan masyarakat kerana kedudukannya yang terbaik.
"University Of Malaya".Ucapnya lembut dengan sebaris senyuman.
Fatiha melanjutkan pelajarannya di bandar besar Kuala Lumpur.Pada awalnya,proses untuk dia melanjutkan pelajaran sangat sukar selepas ketiadaan Ummi.Abah melarangnya melanjutkan pelajaran dengan alasan perlu menjaga adik-adik.Abang-abangnya juga tidak setuju dan meminta Fatiha untuk berkahwin dengan pilihan keluarga.
"Tidak sama sekali.Kakak nak jadi dokter.Ummi nak kakak sambung belajar.Jangan buat keputusan macam ni.Adik-adik sudah besar.Masing-masing sudah bekerja selepas habis SPM,jadi kenapa kakak kena jaga mereka sehingga terpaksa korbankan impian sendiri?".Terang Fatiha dengan nada tinggi.
Setitis air mata tidak dikeluarkan.Walhal dulu dia seorang anak yang manja.Luka sedikit pun akan diadukan kepada Ummi.Kini tidak lagi.Selepas beberapa hari Ummi meninggal,Fatiha Sumayyah mengalami demam yang agak teruk.Dia bahkan tidak mampu bangun dari tempat tidur.Tetapi tiada yang sudi menjaganya.Bahkan untuk mengisi perut pun dia terpaksa makan biskut dan milo panas yang dibancuh sendiri.Kemarahannya semakin memuncak.
"Kakak sakit.Kakak rindu Ummi.Tiada siapa nak jaga kakak".Tangisnya sendiri sambil berbaring lemah.
Dia hanya mengharapkan pertolongan Sofie ketika itu.Sofie telah berjanji untuk datang melawatnya semula selepas beberapa hari.Ketibaan Sofie membuatkan Fatiha berasa lega.Sofie masuk ke rumah selepas dijemput oleh Along.Sofie bergegas ke bilik Fatiha untuk melihat keadaan sahabatnya.
Berderai airmatanya melihat sahabat yang paling disayanginya semakin cengkung dan kurus.Badannya begitu panas sehingga menyebabkan nafasnya kedengaran sangat kuat.
"Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah".Hanya itu yang mampu Sofie ungkapkan.
Dia segera membantu Fatiha untuk berdiri dan membawanya membersihkan diri.Selesai mandi dan bersiap ala kadar,Sofie membawa Fatiha ke klinik.Dokter sahkan Fatiha demam panas dan terkena jangkitan kuman.Dokter memberikan antibiotik dan banyak ubat lain untuk Fatiha.
Sofie membawa sahabatnya ke restoran untuk makan.Pada awalnya Fatiha menolak kerana tidak berselera,tetapi kalah dengan paksaan Sofie.
"Nak order apa?".Tanya makcik yang mengambil order mereka.
"Nasi putih dua.Sup daging untuk dua orang makan dan telur dadar ya.Saya nak milo ais".Order Sofie.
"Milo panas ya makcik,tapi nak manis sikit ya".Ujar Fatiha lemah dengan kepalanya yang terbaring di atas meja.
Sofie memegang tangan Fatiha dan memaksanya untuk menceritakan apa yang terjadi.
"Entah lah.Lepas Ummi meninggal semua berubah.Angah dah pergi bekerja kat tempat lain.Along tak bekerja.Abah pula bekerja macam biasa tapi selalu bawa perempuan datang dan selalu suruh kami layan baik-baik.Adik-adik saya pun dah taknak sambung belajar,masing-masing bekerja sebab tak tahan tiada duit belanja.Sekarang dengar-dengar masing-masing nak kahwin.Hmm".Cerita Fatiha dalam keadaan suara yang sayu.
"Takpela.Itu kan keputusan mereka.Kalau Abah izinkan,biar lah.Mungkin itu yang terbaik.Abah pula,mungkin dia kesunyian lepas Ummi tiada,tak salahkan Abah cari pasangan hidup dia sendiri.Nanti ada orang jaga makan dan minum dia.Betul tak?".Sofie cuba menenangkan sahabatnya.
"Aduh!".Jerit Fatiha.
"Maaf,maaf.Saya tidak sengaja"Ujar lelaki yang tidak dikenali itu.
Lamunan Fatiha terhenti selepas bahunya dilanggar oleh seorang lelaki.Mungkin pelajar yang mahu berdaftar fikirnya tetapi melihatkan gaya santainya pula lebih seperti seorang senior di sini.Fatiha mengalihkan pandangan dan menumpukan perhatiannya kepada kaunter pendaftaran.Dia bergegas ke sana apabila melihat tiada pelajar lain yang menunggu giliran.Selesai mendaftar,Fatiha dan pelajar-pelajar lain diminta untuk ke dewan besar untuk taklimat dan sesi suai kenal yang akan dijalankan selama seminggu.
Setibanya di dewan,Fatiha duduk di barisan kedua dari hadapan.Matanya melilau melihat konsep hiasan yang digunakan di dewan tersebut.Warna yang lembut digandingkan dengan bunga-bunga yang bewarna terang menyebabkan dia tertarik untuk memerhatikannya dengan lebih lama.Tidak lama kemudian,matanya tertangkap oleh susuk tubuh yang dia pernah lihat.
"Oh,senior rupanya.Patutlah masa langgar aku tadi dia macam tak beria sangat minta maaf".Gumam Fatiha dalam hati.
Sesi taklimat dimulakan selepas beberapa minit.Tanpa sedar,Faiq Aydan,lelaki yang melanggar bahunya tadi memerhatikannya tanpa berkelip.
"Kalau ya pun berkenan jangan lah tatap macam nak telan budak tu".Sakat Maleq kepada Faiq.
"Hahahahaha.Dia cantik.Aku sengaja langgar bahu dia tadi,dia pandang aku tu dengan muka innocent tu.Dari dekat,lagi lawa wei.Hahahahah".Jelas Faiq dengan kosa kata yang semakin berterabur.
Faiq dan Maleq senior Jurusan Sains Bioperubatan yang merupakan jurusan sama yang diambil oleh Fatiha.Mereka merupakan Pengerusi dan Naib Pengerusi bagi Majlis Perwakilan Pelajar.Hal ini menyebabkan mereka sentiasa ada di sesi suai kenal ini sepanjang aktiviti ini dijalankan.
_______________________________________
Seperti selalu,usai kelas,Fatiha akan menghabiskan waktu lapangnya di perpustakaan bersama sahabat barunya Aini dan Nabiha.Sofie tidak lagi bersama-sama Fatiha kerana telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia.Walaupun begitu,mereka masih lagi menghubungi antara satu sama lain setiap hari.Persahabatan mereka berdua ibarat air yang dicincang tidak akan putus.Kasih sayang antara mereka cukup akrab.
"Sumayyah,lepas study,jom kita pergi cafe.I lapar."Rengek Nabiha.
"Haah,jom korang.Aku pun lapar,lepas makan kita balik lah hostel."Sampuk Aini.
"Aku pun nak join.Takpe aku belanja korang".Sampuk satu suara yang sudah tidak asing lagi bagi mereka.Faiq.
Minggu kedua mereka sebagai pelajar baru di sini,tetapi Fatiha sudah berasa rimas dengan kehadiran Faiq.Setiap program dan di mana-mana sahaja pasti mereka akan berjumpa.Fatiha cuba berlagak tenang,tetapi reaksi wajahnya yang mencuka menjadikan Faiq lebih galak untuk mengenalinya.
"Takpe korang.Saya......."Ucapan Fatiha terhenti di situ.
Matanya berkaca setelah melihat sekujur tubuh yang sangat dia kenali.Orang yang sangat dia berharap untuk bertemu lagi.Takdir Allah membawanya ke situ.Bibirnya tiba-tiba senyum tanda bahagia.
"Aniq..."Ujarnya perlahan.
Aniq yang sedang berselindung di belakang Faiq sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya mendongak setelah mendengar namanya disebut.Hatinya bergetar hebat.
"Fatiha Sumayyah.Ya Allah".Panggil Aniq lembut.
Aini,Nabiha dan Faiq saling berpandangan.Mungkin terkejut kerana mereka sudah saling mengenali.Melihat senyuman Fatiha,Faiq terguris.
"Korang dah kenal ke?Macam mana boleh kenal?".Tanya Faiq.
"Bang,inilah orang yang saya selalu ceritakan.Inilah orang yang saya selalu berusaha cari nombor telefonnya,Facnya dan media sosial lain.Tetapi semuanya tiada.Kemana awak menghilang?"Tanya Aniq kepada Fatiha selepas menerangkannya kepada Faiq.
"Emm saya emm.Takpe nanti saya cerita.Kita masih boleh berjumpa kan?Tanya Fatiha segan.
"Ya.Semestinya.Saya juga pelajar di sini.Faiq adalah abang sepupu saya.Saya di sini tinggal dengan keluarga Abang Faiq.Cuma kita berbeza aliran."Terang Aniq seronok.
Fatiha meminta diri setelah bersapa dengan Aniq.Ajakan mereka untuk sama-sama minum petang di cafe juga ditolak kerana hatinya yang sedikit menganggu.Sebelum pergi,Aniq sempat meminta nombor telefon bimbitnya untuk dihubungi.Fatiha memberikannya dengan perasaan yang ragu kerana bimbang jika Aniq sudah mempunyai buah hati.
Perasaannya ditepis.Dia segera melangkah pulang ke asrama dengan seribu tanda tanya dan kesyukuran.
"Kenapa aku rasa berdebar saat melihat dia Ya Allah?Rindu ke?Atau aku gembira kerana sudah lama tak bertemu?Dia dah ada buah hati ke Ya Allah?Astarfirullahaladzim!!Apa ni?".Dia cuba menepis segala persoalan yang bermain di benak fikiran.
"Aniq Mikhail...."Nama itu diungkap lembut dari bibirnya.
_____________________________________
Sofie mendengarkan cerita daripada Fatiha dengan sorakkan yang bahagia.
"Kuatnya jodoh korang.Dia sahabat awak dari sekolah.Tak sangka akan bertemu semula.Indah takdir Allah kan".Ulas Sofie di hujung talian.
Sofie terbayang ketika mereka sedang masih di Tingkatan Enam.Ketika itu ada perjumpaan kokurikulum.Aniq dan Sofie adalah satu team dalam sukan memanah,manakala Fatiha pula aktif dalam sukan bola jaring.Ketika perjumpaan,Sofie dan Aniq tiba awal dan masih ramai pelajar lain belum sampai.Segalanya diluahkan kepada Sofie yang sehingga kini masih menjadi rahsia antara mereka.
Sedang asyik mereka berborak tentang teknik memanah,tiba-tiba Aniq bertanyakan soalan yang berbeza kepada Sofie.
"Sofie..Fatiha tu..dah berpunya ke?"Tanya Aniq gagap.
Sofie diam seketika dan menghadiahkan sebuah senyuman manis kepadanya.
"Kau pernah tengok ke dia dating dengan mana-mana lelaki dekat sekolah ni?Fayyad yang selalu bagi dia coklat pun dia elak untuk berjumpa.Hahahaha.Selama aku berkawan dengannya,tidak pernah aku melihat nombor telefon lelaki di telefon bimbitnya selain daripada rakan-rakan kita.Kenapa?Kau suka dia ke?"Tanya Sofie dengan pandangan yang bersinar.
"Ini rahsia kita sahaja ya.Aku tidak ingin bercinta jika kelak dia bukan jodohku.Andainya dia Allah telah takdirkan buatku,maka suatu hari nanti pasti kami akan bertemu kembali".Ujar Aniq yakin.
Lamunan Sofie terhenti selepas namanya dipanggil berulang kali.
"Sofie..Sofie..Sofieeee!"Jerit Fatiha.
Sofie yang mendengarnya ketawa terbahak-bahak.
"Saya rindu awak".Ungkap Sofie sayu.
Setelah berbual lama,mereka bersetuju untuk mematikan talian.Sebelum itu,mereka juga berjanji,cuti semester nanti,mereka akan berjumpa lagi.Perbualan mereka diakhiri dengan kata-kata semangat dan salam.
Fatiha bergegas bangun untuk mengambil wudhuk ketika melihat jam sudah hampir pukul 10 malam.Dia segera menunaikan solat hajat empat rakaat dan solat sunat taubat sebelum tidur.Begitulah rutinnya setiap malam sebelum tidur yang sering diajar oleh Ummi.
"Ya Allah Ya Rahman,aku rindu Ummi.Tempatkan Ummi di sisi Mu Ya Rabb.Ya Tawwab,terimalah taubatku,ampuni ayah dan seluruh ahli keluargaku,izinkan kami bersatu kembali dengan redhaMu.Kurniakan kejayaan kepadaku,dan jadikan usahaku itu pahala buatku.Ya Fattah,aku telah bertemu dengannya lagi,semoga persahabatan kami berkekalan hingga ke syurga.Aamin Ya Mujib".Doanya sayu.
Fatiha berbaring untuk tidur.Jiwanya yang sudah hilang ketika Ummi meninggal masih tidak mampu terubati walaupun dia cuba.
Bismillahirohmanirohhim..Ucapnya perlahan.
Malam berlalu dengan tenang..
_______________________________________
Share this novel