"Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,kita akan meneruskan majlis harini dengan penyampaian anugerah dekan bagi tahun 2021 kepada pelajar-pelajar yang telah berusaha selama beberapa tahun ini dan juga telah menjalani sesi amali dengan baik dan cemerlang.Tanpa membuang masa,dengan ini sekalung penghargaan saya menjemput pelajar daripada Program Ijazah Sains Bioperubatan dengan CGPA 4.0,Fatiha Sumayyah binti Khairul Azhar".Ucap Profesor Dr.Zulkarnain Mahmud.
Tepukan gemuruh dan suara sorakan riuh kedengaran di dalam dewan yang begitu luas itu.Abah tersenyum lebar melihat anak yang dahulu sangat manja dan pernah dilukai oleh perbuatan dirinya sendiri telah berjaya mengharumkan nama keluarga.Airmata kebanggaan menitis tanpa sedar.Perasaannya cukup gembira melihat kejayaan anak gadisnya yang disayangi.
"Alhamdulillah.Mesti kamu gembira melihat anak kita sekarang.Dia berjaya.Abang minta maaf Sue,Abang minta maaf.Abang janji akan menjaga anak-anak kita."Bisik Abah di dalam hati.
Hatinya kini sangat merindui si isteri yang sudah empat tahun bertemu sang pencipta.Al-Fatihah.
Setelah penyampaian sijil,Fatiha berjalan menuju ke arah Abah dan ibu tirinya yang mereka gelar Ibu tetapi bukan oleh Fatiha.Dia hanya menggelar ibu tirinya sebagai CikMa.Walaupun demikian,hubungan mereka agak baik persis adik beradik yang lain.Fatiha bersyukur kerana CikMa boleh menjaga adik-adiknya dengan baik dan adil.Sedang asyik mereka berbual dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan,satu suara telah menyapa mereka.
"Assalamualaikum Pakcik,Makcik,Fatiha".Sapa Aniq.
"Waalaikumussalam".Jawab mereka serentak.
"Abah,CikMa,ini Aniq.Kawan kakak sejak dari bangku sekolah."Ucap Fatiha lembut.
Aniq menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Abah dan disambut mesra.Sejak kejadian yang hampir meragut nyawa Fatiha Sumayyah,hubungan Fatiha dengan sahabat-sahabatnya semakin baik dan akrab.Begitu juga dengan Faiq.Walaupun Faiq kini sudah tamat pengajian dan sudah bekerja sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur,namun mereka masih lagi sering bertemu pada waktu lapang.Fatiha dan Aniq pula kini masing-masing sedang cuba mengenali hati budi untuk ke arah yang lebih serius.
Fatiha teringat kejadian di mana Aniq meluahkan perasaannya ketika mereka sedang berada di Putrajaya.Aini dan Nabiha juga menjadi saksi kepada pasangan dua sejoli ini.
"Fatiha..Saya ada hal untuk diberitahu".Ujar Aniq perlahan.
"Oh ya?Okay baik.Teruskan".Balas Fatiha.
"Okay.Sebelum tu saya bagi pihak kawan-kawan yang lain betul-betul mohon maaf atas layanan kami pada awak.Salah kami kerana tidak pernah memberi awak peluang untuk menjelaskan sehingga mengabaikan awak sebagai sahabat.Bila difikirkan semula,awak langsung tidak layak dilayan seperti itu.Kami minta maaf".Ujar Aniq panjang kesal.
"Ya betul.Saya betul-betul minta maaf kerana telah menghina dan mengherdik awak tempoh hari".Sampuk Aini sambil memegang tangan sahabatnya yang mulus.
"Saya juga minta maaf.Kerana khilaf kami,awak sakit.Awak terlalu baik untuk semua itu.Semoga kita boleh berkawan sampai jannah".Kata Nabiha pula dengan riak wajah yang benar-benar menyesal.
"Alhamdulillah.Tidak mengapa.Saya tidak mengambil hati.Semoga persahabatan kita boleh berkekalan."Balas Fatiha dengan sebaris senyuman lega.
Mereka bertiga berpelukan sesama sendiri.Aniq yang melihat hanya tersenyum gembira.
"Emm... Fatiha."Panggil Aniq.
"Oh ya ya..Sorry..Hahahaha..Ada apa?"Balas Fatiha kembali.
Aniq sedikit gugup untuk memulakan bicara tetapi dia nekad untuk memberitahu tentang perasaannya kepada Fatiha hari ini.
"Dengan nama Allah,saya sudah mula sayangkan awak".Lancar tutur katanya.
Fatiha yang mendengarnya terus memandang wajah Aniq.Muka Fatiha sudah mula kemerahan kerana malu dan sebak.Dia diam seribu bahasa dengan riak wajah yang tidak dapat dibaca oleh Aniq.
"Tidak mengapa jika awak tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap saya.Tetapi jika tidak keberatan,izikan saya untuk menjadi pelindung dan imam awak.Sudi tak awak beri peluang kepada saya dan cuba untuk mengenali hati budi antara satu sama lain?"Tanya Aniq serius.
Aini dan Nabiha yang mendengarnya tersenyum lebar menanti jawapan daripada Fatiha.
"Err..Aniq..Saya..Eh awak bergurau ke?"Tanya Fatiha.
"Tak tak..Saya serius.Hati,perasaan bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan gurauan.Awak kenal saya dah agak lama kot,takkan lah awak tak tau kalau bab-bab macam ni saya tak pernah bergurau."Balas Aniq dalam gurauan.
Fatiha masih membatu.Otaknya ligat memikirkan jawapan yang sesuai.Mustahil untuk ditolaknya kerana dia juga menyimpan rasa yang sama.Tetapi mustahil juga untuk berkata ya.Nanti dianggap wanita miang.
"Aaaaaaaa buntu Ya Allah".Jerit Fatiha dalam hati.
"Fatiha..Kami tahu tentang ini sudah lama.Aniq betul-betul sayangkan awak.I think you should give him a chances."Sampuk Nabiha.
Fatiha mengalihkan pandangannya kepada Nabiha dengan pandangan kaget.
Dia masih berdiam diri dan cuba berfikir dengan tenang.
Riak wajahnya jelas kelihatan lemas kerana tidak menjangkakan soalan yang sebegini.Aini yang melihatnya hanya ketawa kecil.
"Fatiha..Tidak mengapa jika awak tidak dapat menerima saya.Saya faham.Tapi kita akan terus berkawan kan?"Kata Aniq lagi.
Fatiha menundukkan pandangannya.Diam sejenak.Menarik nafas panjang lalu cuba untuk menjelaskan sesuatu.
"Aniq.."Panggil Fatiha lembut.
Aniq dan rakan-rakannya segera menumpukan perhatian kepada Fatiha.Masing-masing tidak sabar mendengar keputusannya.Fatiha tersenyum manis ketika tersedar dirinya menjadi tumpuan.Raut wajahnya yang mulus menyebabkan Aniq berasa berdebar.Cepat-cepat dia memandang ke hadapan untuk menyembunyikan perasaannya yang semakin menggila.
Fatihah menarik nafas sedalamnya sehingga kedengaran oleh sahabat-sahabatnya.Ketawa mereka pecah kerana merasa lucu.Fatiha yang semakin tidak keruan akhirnya membuka kata.
"Okay okay.Fuhhh..Okay boleh.Kita cuba.Tak salahkan?Tapi...tapi...bukan sebagai pasangan yang bercinta,kita hanya cuba menjadi lebih istimewa lah kata orang tapi bukan pasangan yang mendatangkan kemurkaan Allah.Boleh?"Fatiha menyusun ayatnya dengan baik agar tidak keterlaluan.
Aniq yang mendengar jawapan itu,tersenyum dan bersetuju dengan syarat tersebut.Hatinya tidak henti-henti mengucapkan kata syukur.Tidak kurang dengan Aini dan Nabiha.Mereka bersorak keriangan sambil memeluk Fatiha yang dari tadi berwajah kemerahan kerana malu.
"Alhamdulillah."Ucap mereka serentak.
Fatiha hanya membalas dengan senyuman.Dia memandang Aniq tetapi jantungnya begitu kencang menyebabkan dia terasa lebih malu.Segera dia bangun dan mengajak kawan-kawannya untuk bergambar di hadapan Masjid Putrajaya sebelum berangkat pulang ke hostel.Aniq yang menyedari keadaan itu tergelak kecil lalu mengikuti langkah mereka bertiga untuk menjadi jurugambar yang tidak berbayar.
Hubungan mereka berjalan sangat lancar.Episod untuk mengenali hati budi masing-masing membuahkan hasil yang baik.Walaupun mereka tidak menjalinkan hubungan cinta yang romatik seperti pelajar yang lain,tetapi mereka kelihatan serasi.Mereka yakin hubungan selepas halal itu lebih indah.Berita ini juga dikhabarkan kepada Sofie.Sofie yang merupakan sahabat baik kepada mereka berdua berasa begitu teruja dan gembira.
"Alhamdulillah,akhirnya korang bersama juga".Kata Sofie.
Hanya itu yang mampu dia ungkapkan namun perasaan gembiranya tidak dapat disorok membuatkan Fatiha lebih malu ketika berborak dengannya di talian tempoh hari.
Ingatan Fatiha kepada peristiwa ini menyebabkan dia tersenyum sendiri.
Selesai sesi berkenalan dengan keluarga Fatiha,Aniq membawa Fatiha untuk berkenalan dengan keluarganya pula.Fatiha mengikuti Aniq dari belakang dengan perasaan yang agak takut.
"Papa,Mama,Kaklong,Achu,inilah kawan Angah yang Angah sebutkan".Kata Aniq kepada keluarganya.
"Assalamualaikum pakcik,makcik.Saya Fatiha Sumayyah,kawan kepada Aniq."Sapa Fatiha lalu bersalaman dengan mama Aniq.
"Waalaikumussalam."Jawab mereka serentak.
"Cantiknya.Patutlah Angah berkenan".Gurau mamanya.
Fatiha hanya tersenyum malu.
"Oh ya.Inilah adik kembar saya,Anggun Maisarah dan ini pula Kaklong kesayangan saya Anggun Maryam".Kata Aniq.
"Sesuai dengan nama.Memang anggun betul".Puji Fatiha ikhlas menyebabkan mereka ketawa serentak.
"Thank you bakal adik ipar".Gurau Anggun Maryam.
Selepas mengenali keluarga masing-masing,Fatiha meminta izin untuk pulang.
"Saya minta diri dulu ya.Abah dah penat tu.Kesian pula.Sampai berjumpa lagi".Kata Fatiha.
"Baiklah.Nanti jemput singgah ke rumah ya.Jangan malu-malu ya.".Kata mama Aniq lalu menarik Fatiha kedalam pelukannya.
"InshaAllah makcik."
Jumpa awak nanti."Kata Fatiha perlahan kepada Aniq lalu memberikan aniq hadiah sempena majlis graduasinya.
Aniq menyambut hadiah itu dengan ucapan terima kasih dan tersenyum puas.Hajatnya untuk kenalkan Fatiha kepada keluarganya sudah tercapai.
"Alhamdulillah."Bisiknya perlahan.
Mereka juga turut mengambil keputusan pulang ke homestay untuk berehat sebelum pulang ke Pahang pada hari esok.
___________________________________________
3 tahun kemudian.......
"Doktor,nak makan apa harini?Kami nak pergi cafe.Doktor nak kirim tak?".Tanya Aisyah,nurse di hospital tempat Fatiha bertugas sekarang.
"Boleh.Awak belikan saya Nasi Ayam dan milo ais ya.Dah dua hari tak minum milo.Rindu."Gurau Fatiha menyebabkan pekerja-pekerja yang terdengar turut ketawa mengusik.
Fatiha telah diterima untuk bertugas di Hospital Kuala Lumpur sejak dua tahun yang lalu.Perwatakannya yang ramah dan sopan menyebabkan dia diterima oleh rakan sekerjanya dengan baik.Kepakarannya dalam melakukan tugas juga menjadikan senior-senior yang lain berasa kagum dan seronok bekerja bersama.Cita-citanya untuk menjadi seorang doktor telah tercapai menyebabkan kehidupannya kini menjadi lebih baik.
"Puan,kita nak ambil darah dulu ya".Ucap Fatiha mesra.
"Okay dah.Terima kasih puan".Kata Fatiha setelah selesai mengambil darah pesakitnya yang menghidap kencing manis itu.
"Terima kasih doktor.Lepasni doktor sahaja yang ambil darah makcik.Tak sakit sangat".Kata wanita itu sambil ketawa kecil.
Fatiha hanya membalas gurauan itu dengan ketawa lalu berjalan untuk meminta jururawat di situ menghantar sampel darah tersebut ke makmal.
"Sara,tolong hantar ke makmal ya dan keputusan nanti letak dekat meja ya".Pinta Fatiha lembut.
"Okay doktor."Balas Sara,salah seorang jururawat yang bertugas pada waktu itu.
Fatiha melihat jam di tangan.Sudah hampir jam 2 petang.Melihatkan keadaan wad yang tidak sibuk dan hanya dipenuhi dengan kunjungan-kunjungan dari keluarga pesakit,Fatiha menarik nafas lega.Dia bangun dan bergerak ke surau untuk menunaikan Solat Zohor.
Selesai solat,dia meluruskan kakinya yang agak lenguh kerana baru dapat berehat sejak masuk bertugas jam 7 pagi tadi.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Satu pesanan Whatsapp diterima.
"Assalamualaikum.Awak free tak malam nanti?Jom pergi dinner kalau tak keberatan".Ajak Aniq.
"Waalaikumussalam.Boleh.Saya nak makan steamboat.Hahaha."Balas Fatiha kembali.
"Baik boss.Hahaha.Nanti saya jemput di rumah ya".Kata Aniq
Aniq merupakan seorang manager di sebuah syarikat kontraktor yang besar di Bandaraya Kuala Lumpur.Sudah tiga tahun dia bekerja di sana tetapi jarang sekali untuk bertemu Fatiha kerana jadualnya yang sangat padat.Kadang-kadang Fatiha juga tidak mempunyai waktu tidur yang baik sekiranya terpaksa ke hospital apabila mendapat panggilan kecemasan.Tetapi hal ini tidak sesekali membuatkan Aniq kecewa atau marah.Bahkan dia sangat memahami akan tugas buah hatinya itu.
Setelah beberapa minit berehat,Fatiha segera melipat telekungnya dan menyarung kembali tudung.Dia memakai kasut lalu keluar dari surau untuk menjalankan tugasnya sebelum habis waktu bekerja pada pukul 5 petang nanti.
"Hello Fatiha.Saya tunggu dekat cafe ya petang nanti.Nak makan.Lapar."Mesej Aini kepada Fatiha.
Aini bekerja di hospital yang sama dengan Fatiha namun berlainan tugas.Aini merupakan pembantu perubatan di bahagian O&G di hospital tersebut.Mereka juga tinggal di rumah sewa yang sama berhampiran dengan hospital tempat mereka bertugas.Manakala Nabiha pula bertugas di syarikat yang telah diusahakan oleh keluarganya sendiri di Johor.Walaupun jauh antara satu sama lain,mereka masih lagi berhubung dan bertemu apabila ada waktu kelapangan.
"Saya balik dulu ya".Kata Fatiha kepada rakan-rakan sekerjanya.
"Okay doktor.Have a good rest."Kata salah seorang jururawat di situ.
Fatiha tersenyum dan berjalan meninggalkan wad tersebut.
Tiba di cafe,dia menyapa Aini yang sedang menghabiskan makanannya yang sudah tinggal separuh.
"Nak makan tak?Nanti malam lapar".Pelawa Aini.
"Tak apa.Aniq ajak saya keluar makan malam harini.Awak nak ikut sama tak?".Tanya Fatiha.
"Oh yeke?Pergi lah.Saya nak rehat sahaja di rumah.Nak nonton K-drama.".Kata Aini sambil tersengih.
"Hahahaha okay baik.Nanti saya bungkuskan makan ya".Balas Fatiha kembali.
"Cun..hehehe..Okay dah siap.Jom balik".Ajak Aini.
Tepat jam 8.30 malam Aniq sudah tiba di perkarangan rumah sewa Fatiha dan Aini.Rumah teres setingkat kos sederhana itu cukup selesa bagi kedua gadis muda itu untuk menetap.Rumah yang memiliki 4 buah bilik dengan laman yang luas sudah memadai bagi mereka.Mereka cuba juga untuk mengambil beberapa penyewa bilik yang baharu tetapi masih tiada yang berminat.Manakala rumah sewa Aniq pulak tidaklah jauh dari rumah sewa Fatiha.Hanya mengambil masa selama 15-20 minit untuk sampai sekiranya tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Aniq berpakaian t-shirt hitam lengan panjang yang dilipat sehingga ke siku kelihatan sangat tampan.Rambutnya yang lurus dan kemas itu menjadikan rupanya lebih segak.Fatiha pula mengenakan skirt labuh dengan blause yang dimasukkan ke dalam kain.Kasut tumit tinggi yang berukuran 3cm itu disarung menjadikan dia kelihatan lebih matang dan bergaya.
Masing-masing bertegur sapa antara satu sama lain sebelum menghilang dari kawasan perumahan itu.
Mereka tiba di restoran Seoul Garden itu setelah beberapa ketika di perjalanan.Setibanya di sana,Aniq bertemu dengan salah seorang pekerja untuk memberitahu tentang ketibaan mereka.Aniq sudah menempah satu meja khas untuk mereka pada petang tadi.Maka tidak perlu lah mereka bersusah payah untuk menunggu pelayan mengambil pesanan.Fatiha yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusi melihat sekeliling.Riuh-rendah suara pelanggan kedengaran.
"Ramai orang harini".Kata Fatiha kepada Aniq selepas jejaka itu datang untuk duduk di hadapannya.
"Nasib baik saya dah tempah meja awal,kalau tak,tiada rezeki lah awak nak makan dekat sini".Balas Aniq.
Fatiha hanya ketawa kecil mendengar kata-kata Aniq.
Sementara menunggu pelayan menghantar hidangan,Aniq memulakan bicaranya dahulu.
"Alhamdulillah,urusan beli rumah saya dah selesai.Dah boleh masuk hujung bulan Jun nanti."Bagitau Aniq dengan gembira.
"Betul ke? Waaa alhamdulillah.So lepasni awak tak menyewa dah lah dengan kawan awak tu.Siapa namanya?Iman kan?"Tanya Fatiha.
"Haah,nanti free kita pergi cari barang-barang rumah ya."Kata Aniq.
"Boleh je".Balas Fatiha sambil tersenyum.
"By the way kan,saya dah berbincang dengan keluarga saya.Mama dan Papa juga sudah bersetuju.Kami bercadang untuk bertemu keluarga awak bagi urusan meminang dan menetapkan tarikh perkahwinan.Itu pun jika awak bersetuju."Kata Aniq.
"Yeke?Amboi bergerak solo ya..Eiii tak sabar ya."Usik Fatiha.
Ketawa mereka pecah.
"Bukan tak sabar,kita pun dah lama sangat kenal.Saya tak nak lambat-lambat kan perkara baik.Awak pun dah 25 tahun.Dah tua tau."Sakat Aniq sambil ketawa.
"Eleh.Kita sebaya je lah."Balas Fatiha kembali.
"Okay lah kalau macam tu.Proceed je.Nanti saya minta cuti,kita balik sana,discuss sekali.Lepastu boleh tempah apa yang patut terus,kan?"Kata Fatiha.
"Eh dia pula yang tak sabar.Nak tempah terus eh".Sakat Aniq lagi.
"Hahahahahaha eiiii main-main."Rungut Fatiha.
"Hahahahaha cantik".Kata Aniq.
"Apa?"Fatiha bertanya kerana kurang jelas.
"Tak.Tu makanan kita sampai.Cantik,tepat pada waktunya".Dalih jejaka itu.
"Hahahahaha.Jom makan,lapar".Ajaknya lagi.
________________________________________
Kelihatan seperti Anggun Maisarah dan Shafira sedang berbual riang di restoran mewah itu.Secara kebetulan,Shafira dan kembar Aniq merupakan sahabat baik ketika belajar di UiTM.Mereka juga kini sedang bekerja di salah sebuah syarikat fesyen dan kecantikan yang terkenal di Melaka.
"Abang I nak kahwin next month.Nak ikut I balik Pahang tak?Alang-alang parents you pun outstation kan."Kata Anggun.
Shafira mengetahui tentang Anggun yang merupakan adik kembar kepada Aniq.Tetapi segalanya sudah terlewat apabila dia mengetahuinya baru sahaja lagi.Dan kini Aniq juga dikhabarkan akan berkahwin.Shafira kecewa tetapi dia juga cuba belajar untuk move on.
"Oh yeke.Aniq nak berkahwin dengan siapa?Bakal isterinya bagaimana?".Tanya Shafira ingin tahu.
"Kawannya ketika di UM.Cantik orangnya.I suka tengok muka dia tau,mulus.Sesuai lah dengan Abang I tu.Hahahaha.Oh ya.Katanya sekarang seorang doktor.Nama dia I lupa."Kata Anggun.
"Doktor?Kawan UM?Takkan lah dengan perempuan tu."Bisik Fiey.
"Kalau dengan orang lain aku boleh terima,tetapi if that girl lah,I cannot".Tambahnya lagi dalam hati.
"Oh kalau macam tu,I ikut you balik lah."Kata Shafira.
"Okay..Boleh I kenalkan dengan family I.You pun cakap you kawan abang I dulu kan.Lagi best."Kata Anggun
Ketika majlis merisik dan berbincang,keluarga Aniq dan Fatiha bersetuju untuk mengadakan majlis pada awal bulan Jun.Majlis pula akan diadakan di dewan berhampiran kampung halaman Fatiha.Selepas seminggu berbincang,Fatiha dan Aniq sudah sibuk dengan persiapan majlis mereka.Syukur kerana kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik.
Segala persediaan bagi kedua-dua belah pihak berjalan dengan lancar.Katering,pelamin,baju dan lain-lain sudah selesai diuruskan.Hanya tunggu majlis sahaja yang berlangsung dalam dua bulan lagi.
Semakin hampir hari majlis,Fatiha merasa semakin berdebar.
Dia berbaring di katilnya sambil termenung memikirkan majlisnya yang sudah semakin dekat.Hatinya semakin gelisah.
Fatiha bangun lalu segera mengambil wuduk.Dia ingin solat dan berdoa memohon ketenangan dari Yang Maha Esa.
Usai solat,Fatiha mengangkat tangannya ke langit.Dia tahu bahawa doanya pasti akan dijawab oleh Allah cepat atau lambat.
"Ya Rabb,permudahkan dan perbaikilah segala urusan hamba-Mu ini.Jangan ada sesuatu yang tidak baik sepanjang majlis kami.
Ya Allah,semoga dia adalah jodohku yang terbaik bagiMu.Sesungguhnya terbaik bagiMu adalah yang terbaik buatku.
Aku titipkan hubungan suci ini dalam jagaanMu Ya Rabb.Semoga jodoh kami kekal hingga syurgaMu yang abadi.
Aamin Ya Rabbal A'lamin."
____________________________________________
Dua bulan berlalu dengan pantas.Tidak sedar hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Fatiha dan Aniq akan disatukan.
"Sofie..Datang tau..Saya pun dah nak balik Pantai Timur petang ini.Keluarga Aniq pun dah sampai sana.Mereka sewa homestay kat sana sehingga majlis selesai.Awak jangan lambat ya".Pesan Fatiha kepada sahabatnya itu.
"Iya iya.Esok saya datang ya.Tidur rumah awak,boleh tak?Ke tak muat"Tanya Sofie sedih.
"Mesti lah boleh."Balas Fatiha lagi.
"Alright".Balas Sofie.
Fatiha segera mematikan panggilan selepas salamnya disambut oleh Sofie.Dia mengemas-ngemas meja kerjanya sebelum bercuti untuk dua minggu.
"Doktor.Tahniah.Ini hadiah daripada semua staff di bahagian ini.Semoga doktor berbahagia,selamat pergi dan pulang."Kata Aisyah yang sedang membawa hadiah besar yang dibalut kemas mewakili semua staff yang berada di wad itu.
"Selamat pengantin baru doktor".Kata para jururawat dan doktor-doktor yang berada si situ.
"Terima kasih semua.See you in two weeks".Kata Fatiha kembali.
Selepas bersalaman,Fatiha berjalan menuju ke lif untuk pulang ke rumah.Aini sudah menunggunya di lobi hospital.
"Jom.Nanti kita gerak sekali dengan Aniq tau.Dia tunggu kita kat rumah kita nanti.Tapi saya naik dengan awak lah."Kata Fatiha kepada Aini.
"Boleh.Kenapa tak naik dengan Aniq je?Saya follow belakang pun boleh."Tanya Aini.
"Oh tak.Dia dengan Faiq tu.Faiq taknak naik dengan parents dia.Bagilah dia orang berjejak kasih dulu sebelum Aniq kena gari."Usik Fatiha menyebabkan Aini ketawa lucu.
"Faiq single lagi ke?"Tanya Aini.
Fatiha memalingkan wajahnya kepada Aini.
"Awak nak ngorat Faiq ke.Dia single tu ?"Gurau Fatiha.
Aini mencubit lengan Fatiha geram.
"Alaaaa dah turun hantaran saya",Usik Fatiha lagi.
Aini ketawa lagi sambil bersiap-siap.
Telefon bimbitnya berdering.
Lalu diangkatnya.
"Ya Waalaikumussalam."Jawab Aini.
"Korang kat mana?Saya dah sampai rumah Fatiha.Tapi ayah dia cakap korang tak sampai lagi".Rajuk Nabiha.
"Alaa kita orang baru nak gerak.Awak rehat-rehat dulu ya.Fatiha kat bawah tu.Tengah isi barang dalam kereta.Sabar ya".Pujuk Aini.
"Dah ke?Jom".Sapa Fatiha.
Aini baru selesai dengan telefonnya terus mengambil tas dan kunci kereta nya.
"Dah.Nabiha call tadi.Dia dah sampai."Jelas Aini.
"Oh yeke?Okay okay jom."Ajak Fatiha.
Ponnn...ponnn...ponnn
Hon kereta ditekan Faiq.
"Eh kau ni.Kang kena karate dengan Aini baru kau tahu."Sakat Aniq.
Mereka berdua mengekek melihat dua gadis itu berlari anak keluar dari rumah.
"Kejap lah.Eiii korang ni,aku ketuk hon kau tu baru tau."Marah Aini.
Fatiha hanya tersenyum melihat gelagat mereka lalu membuka pintu kereta untuk masuk.
Aniq memanggilnya.
"Sayang".Sakat Aniq.
Fatiha terhenti daripada masuk ke dalam perut kereta.Dia memandang sekeliling,binggung dengan panggilan itu.
"Sayang.Hati-hati.Kalau lapar bagitau ya".Aniq semakin galak menyakat.
Muka Fatiha merah padam tambah dengan gelak tawa dari Faiq dan Aini.
"Aaaaa dia sweet depan aku pulak dah."Faiq menyampuk sambil menepuk bahu Aniq.
"Eh awak ni.Buang tebiat ke?Ishh jom lah."Balas Fatiha gugup lalu hilang dari pandangan.
Aini,Aniq dan Faiq ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Fatiha yang semakin gugup itu.
"Kau ni.Dia dah lah tak senang duduk,kau menyakat dia lagi eh."Kata Aini sambil ketawa.
"Aaaiiniiii cepat masuk !!! "Jerit Fatiha geram.
Ketawa mereka pecah lagi.
Mereka berempat memulakan perjalanan yang akan mengambil masa 3 jam itu.
Masing-masing seronok berborak sehingga tidak sedar perjalanan mereka sudah jauh dan hampir sampai ke destinasi.
Tiba di R&R Kuantan,mereka berhenti untuk solat dan makan.
Mereka berempat keluar dari kereta masing-masing sambil meregangkan otot yang sudah hampir keras kerana terlalu lama duduk.
"Aahhhhh leganya otot aku."Gurau Faiq.
Mereka hanya tersenyum melihat gelagat Faiq.
"Macam lah kau yang drive.Lepasni kau drive.Aku nak jadi Co-Pilot pulak."Gurau Aniq.
"Hahahahaha okay okay".Balas Faiq.
"Solat dulu eh,pastu nanti korang tunggu jela dekat mana-mana foodcourt.Orderkan sekali takpe.Kita bukan nak makan beria pun.Sampai rumah pengantin baru kita melantak ramai-ramai."Gurau Aini.
"Betul.Setuju."Balas Faiq.
"Okay.Sayang nak makan apa?"Tanya Aniq kepada Fatiha.
Fatiha yang sedang membetulkan tudungnya itu memandang Aniq.
"Haa ohh tu.Apa?"Tanya Fatiha malu.
Mereka mentertawakannya lagi.
"Eiiii malas layan.Dah lah bye."Fatiha merajuk lalu bergerak meninggalkan mereka bertiga.
"Hahahaha.Eh tunggu saya lah".Jerit Aini.
Aniq dan Faiq memandang gelagat dua teman itu dengan senyuman.
"Ya Allah,cantiknya Fatiha".Bisik Aniq dalam hati.
"Aniq,Aini tu single ke?Aku rasa macam jatuh cinta".Kata Faiq bersahaja.
"Dasar buaya darat".Ejek Aniq lalu menumbuk lembut perut sepupunya itu sebelum melangkah ke surau.
Faiq ketawa riang lalu bergerak mengikuti langkah Aniq.
_________________________________
"Assalamualaikum".Sapa mereka serentak kepada semua yang ada di rumah keluarga Fatiha.
"Waalaikumussalam.Haa sampai pun."Jawab tetamu-tetamu yang ada.
Setelah 3 jam perjalanan,mereka tiba di perkarangan rumah Fatiha dengan selamat.
Ramai saudara mara dari kedua-dua belah pihak sudah tiba.
Orang-orang kampung juga ramai berkunjung untuk membantu apa yang diperlukan sebelum majlis pada hari esok.
Walaupun majlis berlangsung di dewan,halaman rumah Fatiha masih juga dipasang dengan 4 buah kanopi untuk menjamu tetamu pada hari esok selepas majlis akad nikah.
"Korang".Sapa Nabiha dan Sofie.
"Ehh rindunya".Fatiha membalas teguran mereka lalu memeluk sahabat-sahabatnya itu.
Aini juga tidak terkecuali.Memeluk erat sahabatnya Nabiha sehingga lemas dibuatnya.Fatiha ketawa melihat gelagat rakannya itu.
"Sofie sihat ke?Dah kenal dengan Nabiha ya?"Tanya Fatiha.
"Sihat sangat.Dah..Kita orang berborak daripada tengahari tadi.Dah kenal hati budi memasing".Gurau Sofie sambil ketawa.
"Cantiknya doktor kita ni kan".Sapa salah seorang mak saudara Fatiha.
Aniq yang sedang duduk bersembang di situ,tersenyum nipis mendengar pujian makcik-makcik kepada bakal isterinya itu.
"Makcik Sal.Abah dengan CikMa mana?"Tanya Fatiha kembali.
"Ada.Dia orang kat dapur tu dengan Pakcik Halim.Nak tengok barang-barang nak masak esok.Pergi lah ke dapur".Jelas Makcik Sal.
Fatiha membawa kawan-kawannya ke dapur untuk bertemu dengan ahli keluarganya.Ketika berjalan melintasi ruang tamu,Fatiha melihat ke arah Aniq.Dia terkejut melihat Aniq mengenyitkan matanya sambil tersenyum manis.
"Eiii makin miang".Omel Fatiha geram.
"Apa yang?"Tanya Sofie.
"Oh tak.Badan saya ni dah miang.Nak kena mandi ni."Dalih Fatiha.
Aniq yang mendengar jawapan Fatiha segera menggigit bibirnya menahan ketawa.Mujur tidak dilihat oleh sesiapa.
Fatiha berjalan laju menuju ke dapur lalu memeluk dan bersalaman dengan orang tua dan adik beradiknya.
Tiba-tiba matanya tertangkap oleh sekujur tubuh yang sangat dikenalinya.Hatinya mula risau tetapi cuba ditepisnya.
"Hai Sumayyah.Ni Shafira.Kawan Anggun.Kenal kan?Satu sekolah kan dulu?"Kata Anggun dengan lembut.
"Hai Anggun.Ya kenal sangat."Balas Fatiha pura-pura senyum.
Sofie,Aini dan Nabiha sudah berubah riak wajah apabila melihat kedatangan Shafira tetapi mereka cuba untuk berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
"Hai Fiey.Awak datang dengan Anggun ke?Dah lama kenal ke?"Tanya Fatiha sambil hulurkan tangan untuk bersalam.
"Lama dah I kenal dia.Sekarang pun kita orang kerja tempat yang sama.You dah jadi doktor kan.Hebat ya.Oh by the way,congrats on your wedding".Balas Fiey.
"Thanks.Jemputlah makan ya.Buat je macam rumah sendiri".Pelawa Fatiha ikhlas.
"Eh kakak,pergi lah berehat,mandi-mandi dulu.Kejap lagi Kak Ilya nak datang buat inai tu.Nanti kakak penat pula.Takpe yang lain biar kita orang uruskan ya.Nak borak-borak lepas asar nanti boleh."Kata CikMa,ibu tiri kepada Fatiha dengan lembut.
"Okay Cikma.Terima kasih,nanti kakak belanja subang baru ya.Heheheh".Balas Fatiha memujuk.
"Bertuah budak ni".Omel Cikma sambil memukul lembut tangan anak tirinya itu.
Fatiha mengajak kawan-kawannya ke bilik untuk berehat sebelum sambung membantu dengan tugasan yang lain.
"Kak,meh kami bawakan beg akak".Pelawa Fatin.
"Boleh ke?Oh dik,nanti beg akak yang warna merah tu ada buah tangan tau.Nanti ambik ya sorang satu.Ada nama siap dah.Jangan berebut eh".Pesan Fatiha kepada adik-adiknya.
"Waa yeke?Eiii bestnya.Thank you kak selalu ingat kita orang".Sahut Husna riang.
"Eh mengada eh".Fatiha merungut sambil menarik hidung adiknya.
Husna mengaduh kesakitan.Balqis dan Fatin di situ ketawa riang sambil membantu mengangkat beg Fatiha.
Setibanya di bilik Fatiha,mereka kagum melihat hiasan biliknya.Tema putih dan merah itu menaikkan lagi keindahan ruang bilik Fatiha yang sederhana besar itu.Baju untuk akad nikah bewarna putih bersih dan baju sanding bewarna merah itu juga menarik perhatian mereka.
"Wahh cantiknya.Rasa nak kahwin juga".Kata Aini kagum.
"Kan.Lawanya baju awak Fatiha.Tak sabar nak tunggu esok.Orangnya cantik,baju cantik.Perfect."Puji Nabiha pula.
"Siapa makeup kan awak esok?".Tanya Sofie.
"Oh.Kak Aisyah.Dia makeup cantik tau.Harap saya nampak cantik lah kan".Jawab Fatiha dalam nada melawak.
"Eh mengada.Dia tak makeup pun lawa.Kalau makeup agaknya buta lah mata Aniq nanti".Sakat Nabiha.
Mereka berempat ketawa terbahak-bahak.
"Duduk lah dulu.Saya nak mandi kejap,lepas solat asar kita lepak dekat kanopi lah eh.Boleh tolong apa yang patut."Kata Fatiha.
"Okay tapi awak tak payah lah tolong.Tunggu je Kak Ilya datang.Nanti bau bawang tangan tu".Sakat Aini.
Fatiha segera ke bilik air sementara kawan-kawannya masih sibuk membelek baju sanding Fatiha.Kagum dengan pilihan pasangan merpati dua sejoli itu.
Di luar terlihat ramai kaum lelaki sedang sibuk menyediakan apa yang patut.Ada yang mengangkat kawah,mengangkat bahan masakan dan lain - lain.
Fatiha melihat keadaan di luar melalui tingkap biliknya.Kelihatan Aniq dan Faiq baru sahaja turun dari kereta dengan berpakaian biasa.Seluar jeans dan tshirt lengan pendek.
"Dari homestay agaknya.Muka pun baru lepas mandi".Omel Fatiha.
Jam di dinding sudah menunjukkan jam 6.30 petang.Selepas mandi dan solat asar,Fatiha tertidur keletihan.Kawan-kawannya yang lain pula sedang sibuk membantu makcik-makcik di dapur.
"Kak.Kak Ilya dah datang.Dia tanya akak nak buat inai pukul berapa?Sebab katanya nak tolong apa yang patut dulu.Dia tanya kalau pukul 9 okay tak?".Tanya Balqis.
"Oh yeke?Haa boleh lah.Lepas Isyak kan.Kejap lagi akak keluar eh".Balas Fatiha.
"Okay kak.Oh ya,Abang Aniq kirimsalam".Tambah Balqis dan beredar dari situ.
Fatiha hanya mengangguk.
"Mengadanya lah.Sebelum ni tak macam ni.Dah nak kahwin ni makin mengada".Cetus hati Fatiha sebal.
Fatiha menyarung tudung bawal bewarna biru gelap lalu keluar untuk melihat sekeliling.
Tiba di luar rumah,Fatiha melihat Shafira sedang rancak berborak dengan Aniq sambil menikmati juadah petang.
"You nak rasa kuih ni?".Tanya Shafira sambil menghulurkan kuih seri muka itu kepada Aniq.
Sengaja dia bertindak sedemikian kerana melihat Fatiha sedang memerhatikan mereka.
Fatiha yang cemburu,segera masuk ke dalam rumah untuk mencari sahabatnya.
"Oh takpe.Aku tak makan manis sangat.Isteri aku marah".Gurau Aniq.
"Future wife."Sampuk Fiey menyampah.
Aniq segera bangun untuk mencari Faiq.
"Aku gerak dulu lah.Nak cari Faiq.Entah kemana buaya tu hilang.Kau makan lah ya."Kata Aniq sambil berlalu pergi.
Aniq masuk ke dapur untuk mencari Faiq.Kelihatan Faiq sedang sibuk.Ya sibuk mencari perhatian gadis-gadis di dapur.Aniq menggeleng kepala melihat gelagat sepupunya itu.
"Kalau ya pun nak ngorat si Aini tu,jangan lah sampai kau bersila sekali kupas bawang kat situ.Eh mamat ni".Gumam Aniq sendiri.
"Korang,nak air tak?Saya ambikkan ya".Pelawa Fatiha.
"Nak."Jawab Aini,Nabiha,Sofie dan Faiq serentak.
Aniq yang melihat kedatangan Fatiha di situ tersenyum lebar.
Laju dia bergerak untuk menyertai kelompok itu.
"Nak jugak".Sakat Aniq kepada Fatiha.
"Laa tadi bukan dah minum ke?Dengan skandal lama?".Tanya Fatiha cemburu.
Aniq tersenyum bahagia.
"Awak cemburu ya?".Tanya Aniq sambil mengenyitkan matanya.
"Eh eh korang tak kahwin lagi dah gaduh ke?".Tegur Faiq.
"Cousin awak ni.Miang".Fatiha menjawab dengan bibir yang muncung lalu bergerak ke tempat penyediaan air.
Mereka ketawa serentak.
____________________________________
"Muhammad Aniq Mikhail bin Anas Mikhail,aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatiha Sumayyah binti Khairul Azhar dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai".
"Aku terima nikahnya Fatiha Sumayyah binti Khairul Azhar dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai".
"Sah?"
"Sah".
"Sah".
"Alhamdulillah".Jawab semua para tetamu di situ.
Tepat jam 9 malam,Fatiha Sumayyah sah bergelar isteri kepada Aniq Mikhail.Segalanya berjalan lancar.
Fatiha cantik memakai jubah putih bersulam,selendang putih yang terletak elok ditambah dengan sentuhan manis solekan dari Kak Aisyah menaikkan lagi seri wajahnya.Jarinya yang runcing pula,merah dihiasi dengan inai daripada hasil lukisan Kak Ilya.Segalanya sempurna.Bak bidadari.
Aniq pula tidak kurang tampannya persis seperti putera raja.Berbaju melayu putih bersampin hitam sedondon dengan songkok di kepalanya membuatkan dirinya kelihatan lebih sempurna.Dengan kata lain,handsome.
"Kau takkan bahagia.Sekejap je semua ni".Cetus hati Fiey.
Keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak sibuk mengambil gambar pasangan dua sejoli ini.Tidak cukup dengan cahaya lampu daripada jurugambar.Tambah lagi dengan cahaya lampu dari telefon canggih orang-orang di sekeliling.
"Wuishh esok-esok ni juling lah mata.Semua ada lampu ni kat handphone".Omel Fatiha perlahan.
"Biarlah sayang.Kan sayang cantik".Pujuk Aniq lembut.
Fatiha dapat merasakan haba panas mengalir di kedua belah pipinya.Segera dia fokuskan pada sesi bersalaman dan menyarung cincin.
Hampir dua jam setelah semuanya selesai.Fatiha melepaskan nafas lega sambil melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu.
"Penatnya bergambar".Fatiha mengomel lalu memejamkan matanya.
"Muncung ni tak boleh panjang lagi ke?".Tegur Aniq sambil tangannya laju mencubit bibir Fatiha yang menjuih kepenatan.
Fatiha membeliakkan matanya.
"Awak ni.Orang nampak nanti.Tak manis lah pegang-pegang".Marah Fatiha.
Aniq ketawa perlahan.
"Apa tak manisnya.Kan isteri abang.",Balas Aniq lembut.
"Haa abang?".Tanya Fatiha perlahan.
Aniq memegang lembut tangan isterinya.Dia melihat wajah isterinya dengan penuh rasa cinta.Fatiha pula sudah mula rasa tidak keruan dengan pandangan itu.Dia segera mencubit lengan Aniq geram.
Hahahahahahahaha.
"Okay sorry sayang.Sayang kan dah jadi isteri abang.Takkan lah nak panggil nama lagi kan?Tak sweet lah.Slow-slow ya".Kata Aniq sambil mencuit hidung isterinya.
Fatiha masih diam membisu.
"Jom keluar.Ada tetamu yang nak balik dahtu.Lepastu sayang rehat lah ya.Esok kita jumpa".Sambung Aniq lagi.
Fatiha mengangguk lalu menuruti langkah suaminya dari belakang.
Tanpa sedar sepasang mata sedang memerhatikan kemesraan mereka sejak tadi.Fiey merasakan Fatiha semakin mengada-ngada dan kebenciannya semakin menebal.Dia tanpa sedar menumbuk dinding di sebelahnya sehingga tangannya merasa pejal.
"Aku bagi kau peluang bahagia sekarang.Tak lama pun.Tunggu jela nanti".Amuk Fiey dalam hati.
Majlis akad nikah berakhir dengan lancar.Semua ahli keluarga sudah tidak sabar-sabar untuk melelapkan mata.Mujur majlis sanding esok, katering yang uruskan.Jika tidak,pasti masing-masing sudah demam keletihan.
Aniq juga sudah pulang ke homestay bersama dengan ahli keluarganya yang lain.
Fatiha sudah bersiap-siap untuk tidur.Belum sempat melelapkan mata,telefonnya berdering tanda ada pesanan masuk.Fatiha segera membukanya.
"Selamat malam sayang.Terima kasih untuk harini.Sayang cantik sangat.Jumpa esok ya."Tulis Aniq.
Fatiha tersenyum malu.Hatinya berbunga dan perasaan rindu pula sudah mula menyelubungi hatinya.
Dia segera membalas.
"Tidur nyenyak.Esok ada hari yang akan lagi memenatkan.Jangan handsome sangat,nanti ramai gadis nak bergambar.Selamat malam".
Aniq ketawa kecil melihat pesanan ringkas dari isterinya.Nama Fatiha di handphone nya juga sudah ditukar menjadi "Sayang".
Perasaan cintanya kepada Fatiha semakin mendalam.
Jam menunjukkan 1 pagi.Aniq naik ke katilnya untuk berehat.
Tenang.Malam berlalu dengan begitu tenang.
______________________________________
Fatiha cantik mengenakan gaun merah manakala Aniq pula tampan dalam sut yang serba hitam dan bertali leher merah.
Majlis persandingan mereka dirai dengan gilang gemilang Ramai tetamu yang berkunjung untuk melihat pasangan raja sehari ini.
Masing-masing tidak henti henti memuji kecantikan mereka berdua di atas pelaminan yang kelihatan sangat mewah itu.
"Lawa nya anak Azhar tu kan.Dengar katanya doktor kan.Hebat belaka".Borak Makcik Zai dengan rakan-rakan semeja dengannya
"Iya doktor budaknya.Sesuai lah haa sama cantik sama padan.Laki bini elok sangat budinya.Tak sombong".Tambah Makcik Ramlah.
Sofie yang kebetulan lalu di situ,tidak sengaja mendengar perbualan makcik-makcik tersebut.Tersenyum nipis Sofie dibuatnya.
"Baik makcik.Baik sangat Fatiha tu.Dia berhak dapat apa yang dia dapat sekarang setelah suka duka yang dia tanggung selama ni".Bisik hati Sofie.
Setitis airmata yang jatuh di pipinya diusap.Tanda bahagia untuk sahabat terbaiknya.
Majlis berlangsung sehingga jam 3 petang.Ada saudara mara yang sudah mula meminta diri untuk pulang setelah beberapa hari di sini.Fatiha dan Aniq mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.Tidak terkecuali,beberapa cenderahati juga turut dihulur kepada mereka sebagai tanda ingatan daripada pihak pengantin.
Setibanya di rumah,Fatiha segera masuk ke kamarnya untuk solat zohor.Dia membuka tudungnya dan melepaskan rambutnya yang beralun sehingga ke dada itu.
Lalu Fatiha segera mengambil sedikit "micellar water" untuk mencuci solekannya sebentar tadi.Tanpa dia sedar,Aniq sudah berada di biliknya sambil memerhatikan gerak geri isteri tercinta.
Matanya terpaku melihat rambut ikal mayang bewarna coklat gelap kepunyaan Fatiha.Lehernya yang jinjang dan kulitnya yang mulus menjadikan Aniq semakin berdebar.
Aaaaahhhhhhhhhh !!! Jerit Fatiha terkejut lalu membuatkan lamunan Aniq terhenti.
"Awak buat apa kat sini?"Tanya Fatiha.
"Err kan ni bilik kita.Saya...saya nak solat".Balas Aniq gagap masih lagi terpesona dengan kecantikkan isterinya.
"Oh ya.Allah.Sorry.Saya lupa.Emmm awak nak baju ke?Eh emm ke tak.Pakai baju saya ke?Eh takkan lah.Em tapi.."Fatiha masih binggung.
"Hahahahaha takpe.Saya bawa baju dah.Tu beg dekat pintu."
Aniq berjalan mendekati Fatiha lalu berbisik di telinganya.
"Cantik sangat".Puji Aniq menggoda.
Mata Fatiha tidak berkedip tatkala jantungkan semakin kencang.
"Jom saya imamkan awak".Sapa Aniq setelah melihat wajah isterinya yang semakin merah tanpa solekan itu.
Fatiha hanya mengangguk setuju.
Selesai solat Aniq hanya berbaring kerana kepenatan.
Fatiha yang berada di sofa di penjuru bilik hanya memerhati gelagat selamba suaminya itu.
"Hmm saya lapar.Tadi makan sikit.Awak nak makan tak?"Tanya Fatiha memulakan bicara.
"Abang penat.Sayang makan dulu ya.Nanti abang keluar".Kata Aniq sambil menghadiahkan sebuah senyuman manis.
"Okay".Jawab Fatiha sepatah lalu keluar untuk ke dapur.
Rumahnya sudah sepi.Hanya kedengaran suara rakan-rakannya yang asyik bersembang di bawah kanopi.Kelihatan Kak Anggun Maryam,Anggun si kembar suaminya dan Fiey turut berada di bawah kanopi yang sama sambil berborak santai.
Fatiha segera keluar untuk turut serta.
"Eh keluar dah pengantin baru kita.Sorang lagi mana?".Tanya Faiq.
"Aniq penat sangat,katanya kejap lagi keluar tapi macam dah tidur kot".Balas Fatiha.
"Ohh awak tak mengantuk ke?".Tanya Aini.
"Dia lapar lah tu kalau taknak tidur."Kata Sofie mengejek.
"Hm betul lah tu.Lapar gila ni".Rengek Fatiha.
"Sumayyah,Aniq mana?".Tanya Kak Anggun Maryam.
"Ada kak dalam bilik.Katanya nak rehat kejap.Saya lapar.Ni yang keluar juga.Akak dah makan?Anggun,Fiey dah makan ke?".Tanya Fatiha.
"Dah awak.Kita org asyik makan je harini.Esok ni naik lah berat badan ni".Usik Anggun Maisara.
Fatiha ketawa mendengar usikan adik iparnya itu.Dia segera mengambil nasi dan lauk lalu duduk menyertai mereka untuk terus berborak santai.
"You lepasni duduk mana Sumayyah?".Tanya Fiey memulakan bicara.
"Saya balik KL semula next week.Ambik cuti dua minggu je.Aniq pun tak boleh cuti lama,banyak kerja katanya."Balas Fatiha sambil mulutnya mengunyah ayam goreng.Enak.
"Oh duduk rumah sewa lah?Asing-asing lagi ke?".Soal Fiey ingin tahu.
"Apa you ni,abang I dah beli rumah lah.Resident house lagi.Hehehe".Sampuk Anggun Maisara.
"Alhamdulillah.Tapi kami pindah ke sana hujung bulan Jun,so untuk beberapa minggu ni duduk asing-asing lagi lah".Balas Fatiha kembali.
"Oh I see.Untung you kan.Aniq kaya.Kalau I jadi wife dia,I duduk rumah goyang kaki je".Tutur Fiey sambil ketawa.
Fatiha yang mendengarnya terasa panas hati tetapi dia tetap tersenyum manis.
"Nasib baik ada ipar aku,kalau tak,aku sumbat dah mulut perempuan ni dengan ayam goreng ni".Marah Fatiha dalam hati.
"Nanti Anggun bawa lah Fiey datang rumah abang ya.Korang pun stay Shah Alam kan.Tak jauh sangat pun".Pelawa Fatiha.
"Of course lah kak iparku.Mesti datang heheheh".Ucap Anggun manja.
Sedang rancak berborak,Fatiha tidak sedar akan kedatangan suaminya dari arah belakang.
Satu kucupan lembut singgah di kepala Fatiha.Fatiha tersedak kerana terkejut dengan kejadian itu.
Uhukkk uhukk uhuk uhukk..
Batuknya semakin kuat.
Segera Aniq menghulurkan air masak untuk isterinya.
"Nah sayang.Sorry sorry abang tak sengaja."Pujuk Aniq.
Fatiha meneguk air yang diberi dengan laju.Tekaknya sakit bukan kepalang.Setelah lega,dia mengalihkan pandangannya kepada Aniq.
"Awak ni.Terkejut saya".Marah Fatiha manja lalu mencubit perut si suami.
Aniq mengaduh kesakitan lalu diraih tangan isterinya,dibawa ke bibir dan dikucupnya lembut.Fatiha tersipu malu.
"Kalau ya pun tak payah lah sweet depan aku yang single ni."Kutuk Faiq geram menyebabkan ketawa pemerhati yang lain pecah.
"Meluat".Bisik Fiey benci.
Pandangan tajam diberi kepada Fatiha.
Sofie sempat melihat reaksi wajah Fiey yang tidak ceria.Jantungnya sedikit berdebar memikirkan keselamatan sahabatnya itu.
Manusia.Sekali berbuat jahat,sukar untuk dipercayai oleh sesiapa sahaja.Itu lah prinsip Sofie setelah mengenali sikap Shafira yang sebenarnya.
____________________________________
"Kami balik dulu ya pakcik makcik."Ujar Sofie hormat.
"Terima kasih layan kita orang dengan baik pakcik."Sambut Faiq pula.
"Betul tu.Jumpa lagi Fatiha,Sofie,Aini.Sedih pula nak berpisah".Kata Nabiha sayu.
"Kami pun minta diri dulu ya Azhar.Dah lama sangat duduk sini.Nanti senang senang bawa lah keluarga bercuti di rumah kami pula ya."Ucap papa Aniq kepada abah Fatiha.
"Kamu angah.Jaga menantu Papa ni baik baik.Jangan lupa bahagiakan dia,jangan lupa tanggungjawab.Apa apa cepat cepat khabarkan kepada kami".Pesan Papa kepada Aniq pula.
Sesi bersalaman dan berpelukan akhirnya terlerai.Masing-masing sudah bergerak untuk pulang ke rumah masing masing setelah beberapa hari bercuti.
Semoga ikatan ini semakin utuh.InsyaAllah.
Kini tiba giliran Fatiha dan Aniq pula untuk beredar.Cuti mereka hanya berbaki untuk seminggu sahaja lagi.Jadi mereka bercadang untuk pergi bercuti di dalam negeri sahaja.
"Kami minta diri dulu abah,Cikma.Terima kasih atas segalanya.Nanti datang ke KL ya.Jumpa lagi".Ujar Fatiha sayu sambil memeluk keluarganya seorang demi seorang.
"Terima kasih abah.Terima kasih semua ya".Ujar Aniq pula.
Kereta Honda City milik Aniq meluncur laju memasuki jalanraya menuju ke Kuala Terengganu.Mereka rancak berborak tentang pelbagai isu semasa.Sehingga Fatiha menguap kerana mengantuk.
"Sayang nak tidur ya?Tidur lah.Nanti dah sampai,abang bangunkan".Tanya Aniq lembut.
"Boleh ke?Kejap je,5 minit je".Kata Fatiha dengan nada suara manja.
Hahahahaha ..
Ketawa Aniq pecah.
"Ya boleh.Tidur tidur".Ucap Aniq kembali.
Fatiha tertidur lena.Tangan mulusnya segera dipegang Aniq,dicium dan diletakkan di pahanya.
"Sayangggg.."Perlahan Aniq menyebut panggilan keramat itu.
Suasana di dalam kereta sunyi sahaja.Hanya kedengaran sayup-sayup lagu keluar dari corong radio kereta milik Aniq.
Setelah beberapa jam perjalanan,mereka tiba di hotel yang telah ditempah khas.Aniq mengejut Fatiha perlahan.
"Sayangg..Sayangg..Bangun jom.Dah sampai.Kita rehat dalam bilik ya".Kata Aniq perlahan.
"MasyaAllah.Sorry.Ingat 5 minit je".Kata Fatiha sambil menggaru hidungnya yang sudah mula kemerahan kerana kesejukan penghawa dingin kereta.
"Besarnya hotel ni.Kenapa tak tempah bilik yang biasa je?".Tanya Fatiha lagi.
"Mana boleh.Kan untuk keselesaan kita juga.Kenalah yang terbaik".Balas Aniq sambil tangannya sibuk mengeluarkan beg pakaian daripada bonet keretanya.
"Baiklah.Jom.Dah maghrib ni.Nanti lambat pula solat."Kata Fatiha lagi.
"Okay sayang".Balas Aniq.
Usai solat,mereka hanya berehat santai di dalam kamar kerana kepenatan.
Fatiha hanya meminta Aniq untuk membeli makanan online sahaja kerana masih tidak mahu keluar pada hari pertama mereka di sini.
Bilik hotel yang sempurna,dengan keluasan yang agak besar,berbentangkan pemandangan laut yang luas itu menjadikan keadaan itu sangat tenang.
"Cantikkan".Kata Fatiha.
Aniq hanya tersenyum melihat gelagat isterinya.
"Sayang.Abang turun sekejap ya.Nak ambil charger handphone.Tertinggal pula."Beritahu Aniq.
"Okay.Bawa kunci ya.Saya nak mandi kejap.Dah busuk heheheh".Kata Fatiha dengan membuat memek muka busuk.
"Okay".Aniq segera mengambil kunci bilik dan kunci keretanya lalu keluar untuk ke parking keretanya.
Fatiha segera menyalin pakaiannya dan menyalut tubuhnya dengan tuala mandi sahaja.Dia segera masuk ke kamar mandi dengan nyanyian kecil.
Selesai mandi,Fatiha tersedar tentang pakaiannya yang lupa dibawa sekali.Dia menepuk dahinya kerana terlalu cuai.
"Oh tapi tak dengar lagi dia balik ni.So sempat lah ni".Kata Fatiha perlahan.
Dia segera keluar dengan bersahaja dari kamar mandi dengan rambutnya yang basah.Tubuh cantiknya pula hanya ditutupi dengan tuala mandi putih.Yakin bahawa Aniq masih belum pulang ke bilik.
Tiba-tiba langkah kakinya terhenti.Melihat sosok tubuh Aniq sedang berdiri di depan almari pakaian mereka menyalin pakaian.Aniq hanya mengenakan seluar pendek paras lututnya dan tidak sempat memakai baju.Fatiha yang melihat suaminya itu kaku dan berasa malu.
"Emm saya..saya lupa bawa baju.Sorry.Emm saya nak ambil baju.Awak pandang sana ya".Fatiha gugup memulakan bicara.
Aniq hanya mengangguk tanda faham.Bibirnya mengukir senyuman nakal.Matanya pula tidak lari dari melihat paha isterinya yang putih itu.
Fatiha bergerak perlahan ke arah almari sambil tangannya bersilang menutup bahagian badannya yang agak menonjol itu.Belum sempat membuka pintu almari,Aniq memegang bahunya dari arah belakang dengan lembut.Fatiha terkejut namun dia tidak mampu untuk menolaknya.
Perlahan bibir Aniq menyentuh leher isterinya.Bergerak sedikit ke bahu yang terdedah dan seterusnya ke telinga si gadis.Aniq berbisik di telinga nipis isterinya.
"Sayang cantik sangat."Bisik Aniq perlahan membuatkan dada Fatiha berombak laju.
Segera dia bergerak untuk melepaskan diri.Namun tangan Aniq kemas memeluk pinggangnya pula.
Rambut basahnya diusap.Lehernya dikucup berkali-kali sehingga Fatiha semakin tidak mampu mengawal perasaanya.
Perlahan-lahan Aniq melepaskan tuala yang menutupi badan isterinya.Fatiha hanya membenarkan tanpa bicara.
Keadaan bilik yang samar-samar hanya ditemani satu lampu yang menyala,berputiknya cinta sepasang kekasih halal yang sudah pastinya akan memberikan kebahagiaan yang abadi.
I love you sayang.I love you.
_________________________________________
Share this novel