Series
2869
Sambil Daus duduk di atas sofa yang empuk itu, dia didatangi pakcik tadi. "Pakcik nak tanya sikit boleh?" Tanya pakcik itu sedikit curious. Daus hanya menganggukkan kepalanya. "Kamu ada buat salah dengan orang lain ke?", Sambung pakcik itu lagi. Daus cuba mengingat. Namun, dia tidak pasti. Dia menggelengkan kepalanya. "Bukan apa, kawan yang datang dengan kamu tadi tu nak bagitahu sesuatu," Jelas pakcik itu. Daus masih tidak faham apa yang dikatakan oleh orang tua itu. Pakcik itu menepuk-nepuk bahu Daus sebelum berlalu pergi. Daus memandang semula pakcik yang membelakanginya itu. Dia kaku. Dada pakcik itu berlubang. Daus tercungap-cungap tidak dapat berkata-kata. Dia hanya mampu membaca ayat-ayat suci al-Quran yang dia ingat di dalam hati walaupun berputar belit akibat takut yang amat. Pakcik itu berhenti berjalan dan mahu berpaling ke arah Daus. Serta-merta Daus menutup matanta seerat-eratnya. Dia tidak mampu melihat wajah hantu itu. Mulutnya masih terkumat-kamit. Bahunya dipegang seseorang. AAARGGGHHHHH!!! Jerit Daus. Bergema rumah banglo itu. "Kamu ni dah kenapa?" Tanya pakcik itu. Daus terlampau terkejut sehingga dia terjatuh dari sofa tersebut. Mukanya sudah dibasahi oleh peluhnya sendiri. "Niii... paaakkciiikkk... kan? buuukan haaanntuu kan?" Soal Daus tergagap-gagap. Pakcik itu segera meletakkan tapak tangannya ke atas kepala Daus dan mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu. Mungkin dia membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi memulihkan semangat Daus. "Dah, pergi ambil wudu' , sementara kita tunggu waktu maghrib masuk, baik kita baca al-Quran." Kini Daus yakin, pakcik itu adalah pakcik yang sebenar, bukannya hantu.
~.~.~
Matanya memandang sekeliling bilik tidurnya. Takut-takut ada yang mencurigakan. DUK! Katil Daus ditendang dari bawah. Dia segera menyilimuti dirinya dengan selimut. DUK! DUK! DUK! Makin menjadi-jadi pula benda itu menendang katil Daus. Daus mengetap bibirnya akibat ketakutannya yang amat. "dia nak kau.... Daus..." Suara itu lagi! Daus yakin, suara itu datang dari hantu lelaki yang dadanya berlubang. Dia tidak berani menggerakkan anggota badannya apatah lagi membuka matanya. RIINNNGGG!!! Telefon bimbit Daus berbunyi. Kali ini, Daus memberanikan dirinya untuk membuka selimut demi ingin menjawab panggilan dari telefon bimbitnya yang ada di atas rak buku. Dia mulanya mengeluarkan bahagian kepalanya dari selimut untuk memastikan sekitar kawasannya selamat. Tiada apa-apa. Daus menghembuskan nafas lega. Lalu, dia segera turun dari katil dan mencapai telefon bimbitnya. "Alamak. Miss call pulak!" bisik hati Daus. Niat di hati, Daus ingin meninjau apa yang ada di sebalik bawah katilnya itu namun niatnya terbatal kerana dia bukanlah seorang yang berani sangat. Kakinya menuju ke arah pintu bilik. Dia mahu keluar dari bilik itu. Sebelum melangkah pergi, dia sempat memalingkan kepalanya ke arah katilnya. "Damn! kenapa kau muncul lagi," ujar Daus mengetap bibir. Dia tekad meneliti setiap raut wajah hantu lelaki itu.
Terlihat mata yang hitam sepenuhnya,
Mulut terkopak hingga ke telinga,
Rahang mulutnya tergantung-gantung,
Muka yang pucat,
Dada berlubang,
Bau hanyir menusuk ke rongga hidung Daus. Dia menahan seksanya itu. "Apa.. kau nak dari aku?" Soal Daus tegas. Suaranya agak lantang. Dia penat. Penat diganggu oleh makhluk itu. Sejurus soalan itu diajukan, kepala makhluk itu mendongak. Tersenyum.
Share this novel