Series
2869
"Daus?," Suara lembut diamatinya. Mata Daus terbuka. Bukan Alia! Tapi Suraya! "Saya pengsan lagi ke?" Tanya Daus. Suaranya tersekat-sekat. "Taklah, awak tak pengsan... awak.... DIPENGSANKAN! HAHAHAHAHA," Terkejut Daus mendengar Suraya, nurse pujaannya mengilai nyaring begitu. Oh, baru dia sedar bahawa badannya terikat kemas di atas sebuah katil besi yang tiada tilam. Sakit badannya. "Apa... Apa semua ni?" Daus bingung. "Kau tahu siapa yang bunuh 4 orang pada 5 tahun yang lepas?" Wanita itu mula menyoal Daus. Daus teringat kembali sewaktu dia bersama Inspektor Harith menyiasat kes tersebut bersama-sama. "Kau ke Suraya?" Suara Daus ditinggikan sedikit. "Aku? Aku takkan bunuh orang tanpa sebab... " Wanita itu mengelilingi Daus yang terikat di atas katil. Daus meronta-ronta ingin menyelamatkan diri. Air matanya jatuh seolah-olah air terjun yang tiada henti. "Harith..... Harith yang bunuh mereka... Tapi, Harith pula yang dibunuh akhirnya," Teresak-esak wanita itu mengatakan pembunuh yang sekian lama menjadi rahsia itu. "Kau nak tahu kenapa Harith bunuh diaorang?," Sambung wanita ayu itu lagi, walaupun ayu, seramnya tidak terkata.
Share this novel