Series
2869
"Daus woi... kau termenung apa tu haa??" Jerkah Alia dari belakang Daus. Daus yang sedang termenung seakan-akan mahu tercabut jantungnya dek kerana terkejut. "Ya Allah. ALIA! Kalaulah aku mati tadi, memang kene roh aku kerjakan kau tau" Daus berkata sambil mengurut-urut dadanya. "Kauu.. masih terfikirkan pasal Inspektor Harith ke? dahla tu... dia dah aman kat sana," Ujar Alia sambil menepuk bahu Daus berulang kali. Sejurus mendengar nama Inspektor Harith, Daus kembali termenung semula . Kali ini, dia menongkat dagu dengan tangannya pula. " Hmm.. .entahlah Alia. Aku pelik. Kenapa pasangan suami isteri tu mati tanpa sebarang luka haa?? Macam.. mati mengejut. Yang peliknya lagi, organ hati mangsa-mangsa yang dibunuh sebelum itu pun dijumpai di rumah mereka. Aku peliklah Alia." panjang lebar Daus menerangkan kebingungannya pada Alia. Sebenarnya, Alia tidak suka memikirkan hal-hal yang remeh-temeh. Baginya, makan lebih penting. "Haih kau ni Daus, benda ni berlaku 5 tahun yang lepas. Buat apa kau nak fikir lagi? Lagipun, kau bukan polis lagi nak siasat benda-benda ni. Ermm.. Apa kata aku belanja kau makan nak? " Pelawa Alia. Daus sepertinya terlupa tentang Inspektor Harith kerana berminat terhadap pelawaan Alia itu. Namun, kes Inspektor Harith dan isterinya serta 4 orang mangsa dibunuh itu masih menjadi tanda tanya masyarakat di sekitar kawasan itu.
~.~.~
Jam di pergelangan tangan menunjukkan jam 6 petang. Lebuh raya pula sesak teruk. Daus sepertinya sudah tersengguk-sengguk menahan mengantuknya. "Bila nak sampai rumah ni" Keluh Daus di dalam hati kecilnya. Dalam suasana yang sesak itu, Daus terpandang pemandu yang berada di sebelah keretanya. "Waa.. kereta Mercedes.. ehh.. perempuanlah yang bawa kereta tu.. Aku respect arghh.." Bisik Daus lagi. Sambil asyik merenung wajah pemandu itu, bunyi hon dari kereta belakang sudah berbunyi. Daus tersentak dan mula menggerakkan keretanya ke hadapan. Dia tidak sengaja terpandang semula gadis yang memandu kereta Mercedes tadi dan melihat gadis itu tersenyum geli hati melihat karenah Daus yang sedikit cuai itu. Lebuh raya sudah kurang sesak membuatkan gadis itu memecut laju meninggalkan Daus. "Damn! aku dah jatuh cinta dengan dia ke? " Merah muka Daus menahan malu. Sambil dia memandu, sambil itulah dia terbayang akan wajah gadis itu. Sesampainya di rumah, dia segera ke bilik air untuk mengambil wudu'. Bagi Daus, solat lebih penting berbanding segalanya. Dia sanggup menahan mengantuk dan penatnya demi mahu menghadap Tuhan Yang Maha Esa. "Allahuak...." PRANGGGG.!! Baru sahaja Daus ingin mengangkat takbir, dia terdengar bunyi piring jatuh dari arah dapur rumah sewanya itu. Namun, dia masih meneruskan niatnya untuk solat. Setelah usai solat, Daus segera ke dapur. Khuatir ada pencuri yang ingin merompak rumahnya namun, dia mendapati tiada apa-apa yang aneh di sekitar kawasan dapur malah piring juga masih tersusun kemas di atas rak. "Rumah sebelah bergaduh lagi ke? Sampai baling-baling piring lak." Ujar Daus dan mula melangkah ke ruang tamu. Langkahnya terhenti. "Kauuu... kau buat apa kat rumah aku haa??? PERGI! AKU KATA PERGI!" Jerit Daus selepas melihat seorang jejaka berdiri betul-betul di hadapan televinsyennya di ruang tamu. "Takde apa-apa. sahaja nak melawat," kata lelaki itu. Melihat akan senyumannya, lelaki itu amat gembira tersenyum lebar hingga terkoyak ke telinga. Rahangnya tercabut dan dadanya berlubang. Daus semakin takut. Matanya semakin kabur dan dia tidak dapat melihat apa-apa sekarang. Badannya kaku lemah longlai. "Kau kena hati-hati, Daus... dia nak kau.." suara itu seakan-akan berbisik pada Daus.
Share this novel