BAB 4

Thriller Series 2869

"Orait, macam nilah Daus, ayah aku ada satu rumah ni khas untuk orang gaji dia. Kalau kau takut sangat nak duduk rumah sewa kau tu... tumpang je rumah orang gaji ayah aku tu. Don't worry, dia lelaki," Daus terharu kerana Alia bersungguh-sungguh mahu membantunya. Alia lah sahabatnya dunia akhirat. Daus terpandang seseorang di pintu wad nya. Dia mengalihkan pandangannya serta-merta. "Wei Alia! nurse tu kan... aku kenal dia," bisik Daus di telinga Alia. Sepantas kilat Alia memandang wajah nurse yang dimaksudkan oleh Daus sebentar tadi. Cantik. Rambutnya ikal. "Sah! jantan ni mesti nak menggatal," bisik hati kecil Alia. "Kau. nak apa?" Suara Alia agak lantang dan soalan itu ditujukan kepada nurse yang dimaksudkan oleh Daus itu. Nurse itu tersenyum manis membuatkan Daus cair. Alia semakin sakit hati. "Saya, Cik Suraya. Saya ditugaskan untuk menguruskan hal Encik Daus sementara dia masih berada di hospital ini." Jelas nurse tersebut. "Oh, you yang bawa kereta Mercedes semalam kan?" Daus pula menyelit. Alia geram. Selama ini, tidak pernah pula Daus mengenakan panggilan you, I dengan dirinya malah nurse yang langsung tidak dikenalinya itu dilayan lebih mesra berbanding dirinya. Nurse itu tersenyum sebelum berlalu pergi. Alia berpaling semula kepada Daus. "Petang ni kau kemas-kemas barang pastu pindah rumah ayah aku. Aku balik dulu," Kata-kata Alia seolah-olah dia sudah merajuk dengan Daus. Daus serba salah.


~.~.~

Masa bagaikan kilat yang pantas berlalu. Petang menjelma. "Hello, Alia.. kau kata kau nak ambik aku pergi rumah ayah kau. Aku tak tahu kat mana rumah dia," Ujar Daus melalui telefon bimbitnya. "Aku sibuklah. Nanti aku sms alamat dia. Kau guna waze jelah," Alia mematikan telefonnya. Daus yakin, ni mesti Alia masih merajuk dengannya akibat kes di hospital tadi. Walau apapun yang akan terjadi, dia harus meninggalkan rumah sewanya itu secepat yang mungkin. Perjalanan ke rumah ayah Alia agak jauh dan berliku-liku. Mengambil masa satu jam setengah untuk sampai di sana. "Urmm.. Assalamualaikum pakcik, saya Daus." Tegur Daus kepada seseorang yang sedang menyapu di halaman rumah banglo satu tingkat itu. Mungkin dialah orang gaji kepada ayah Alia. "Ooo.. inilah orang yang Tuan katakan tadi, segak betul kamu ya, mesti kerja pangkat-pangkat tinggi ni," Ujar pakcik itu mesra. Daus tersenyum sipu malu seperti kerang busuk apabila pujian itu dilemparkan kepadanya. Mengikut luaran pakcik ni, Daus mengagak dia pasti 40-an. "Tapi, Tuan kata ... sorang je yang datang. Kenapa kamu datang dua orang?" Tanya pakcik itu. Daus terdiam. Memang dari tadi hanya dia sahaja yang datang ke sini. Tiada siapa-siapa yang mengikut dia. Adakah mungkin..... "Eh pakcik, saya memang datang sorang je," Balas Daus belagak cool namun dalamannya sudah berdegup laju bagai mahu tercabut. "Ouh. Pakcik faham, maaflah, pakcik ni memang selalu nampak bukan-bukan..Aaa... marilah masuk." Pelawa pakcik itu. Daus hanya membisu dari tadi. Dia khuatir, hantu lelaki dari rumah sewanya itu ikut Daus hingga ke rumah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience