BAB 3

Thriller Series 2869

Mata berpinar. Seolah-olah dikelilingi berjuta cahaya yang terang benderang. Matanya masih kurang jelas terhadap sekelilingnya. "Daus... kau dah sedar ke?" Daus hanya mendengar suara Alia namun wajah Alia masih kurang jelas. "Aa.. aku kat mana ni? Silaulah. Kenapa aku ada kat sini?" Pertanyaan Daus langsung tidak dijawab oleh Alia. " Kenapa kau pergi rumah Inspektor Harith tadi? Kau nak siasat apa lagi?" Marah Alia. Daus masih tertanya-tanya. Bagaimana dia boleh ke rumah Inspektor Harith sedangkan dia langsung tidak menyedarkan diri dari tadi. " Aku tak ingat apa-apa sebelum ni. Siapa yang bawa aku kat hospital?" Soal Daus serta-merta. " Aku. Aku yang bawa kau kat hospital. Masa tu kau yang telefon aku suruh datang rumah Inspektor Harith tapi kau tak bagitahu pun kenapa. Sampai je aku kat sana, aku tengok kau dah pengsan. Apalagi, aku terus lah bawa kau pergi hospital. Tak. Masalahnya pahal kau pergi rumah Inspektor Harith tu hah? Mana ada orang kat rumah dia." Jelas Alia panjang lebar. Kadang-kadang tersemput-semput dia menyampaikan ceritanya. Daus terdiam. Dia teringat sesuatu. "Alia! Aku ingat! Ada hantu lelaki bisik kat aku sebelum aku pengsan. Dia kata, dia nak aku!," Ujar Daus bersungguh-sungguh. Alia mengangkat kening sebelahnya sebelum ketawa terbahak-bahak. Daus sudah agak. Siapa sahaja yang akan mempercayai kata-katanya itu. Tidak logik roh berbicara dengan manusia. Apa yang pasti, dia yakin! Dia tidak gila. "Suka hati kaulah Alia, kau nak percaya ke ... tak nak percaya ke... sudaaa.." Daus mula merajuk dengan tindakan sahabatnya itu. Alia berhenti ketawa. " Taklah... aku faham, kau masih terbawa-bawa pasal kes yang kau siasat 5 tahun lepas. Tapi pasal hantu bisik kat kau tu.... HAHAHAHAHAHA.. Sumpah lawak!," Alia menyambung gelaknya. Mulut Daus mula muncung semuncung-muncungnya. Tidak ubah seperti kartun Donald Duck. Walaupun dia merajuk dengan Alia, dia sebenarnya lega kerana Alia sanggup menemaninya di hospital. " Oh ya! doktor kata, kau boleh balik rumah hari ni." Pesan Alia. "Tak boleh ke aku duduk rumah kau? Rumah aku ada hantulah." Rayu Daus sambil menunjukkan mukanya secomel yang boleh. "Boleh! Tapi duduk kat luar pagar je.HAHAHAHA," Gurau Alia. Memang tidaklah dia akan benarkan Daus serumah dengannya. Lain pula jadinya. " Daus... aaa... aku.. erm.. takde apa-apa lah!" Alia tidak menyambung perbicaraannya. Mungkin menyimpan suatu rahsia. Daus malas memikirkan hal itu. Yang dia lebih pentingkan adalah hantu di rumah sewanya itu dan pesanan hantu itu. Sebenarnya, dia juga tidak pasti apa yang sedang berlaku pada dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience