SAHAM BARU

Other Series 1645

KELIMA
*********

Kalau bercakap pasal saham, Aku ni hingga ke subuh sanggup melayan.Adoalah juga Aku beli saham saham kecil sikit sikit dan lagi pun murah pulak tu.Nak beli banyak, Aku bukannya tak mampu, bimbang kalau kalau terjunam dengan Aku Aku sekali kang, parah.Mulanya cerita pasal beli saham ni, Aku ke rumah member Aku dan dia memang kaki main saham.Dia tanya sama Aku samada Aku nak joint ke tak.Aku pada mulanya sangkakan macam main kutu.Lama kelamaan Aku follow dia ke kedai kedai main saham di sekitar bandaraya ni, tahu tahu dia ajak Aku beli saham harga seringgit.Aku kantoi terus waktu tu, pasal Aku rasa macam dia nak kelentong Aku pulak.Aku follow lagi tanpa rasa bosan pasal dia memang beli saham saham murah pun.Aku mulai berminat pasal dia ada juga guna pakai nama Aku.Dan Aku pulak, sepatah haram pun tak pernah faham apa ke mendanya.Tidak lama selepas tu, Aku dah mulai pandai sedikit dan rasa gian nak cuba beli sendirilah pulak.Aku cuba beli yang harga lebih lebih kurang dengan harga buka, adalah seringgit lebih untuk beli satu unit lot.Paling banyak pun adalah lebih kurang seribu lebih gitu.Nak jadi rezeki Aku, satu hari saham Aku beli tu mengena.Nasib Aku kira baik jugalah pada waktu tu.Aku apa lagi, melonjak riang bukan kepalang.Pertama kali pulak tu, terus mengena.Ada ong betullah waktu tu.Yang buat Aku sedih tu, harganya tak naik naik juga.Dah hampir berbulan bulan tersenarai tapi harganya alik alik macam tu jugak.Aku dah hampir fed up menunggunya.Hajat hati Aku naklah juga merasa, kalau tak dapat glamornya pun.Ini tidak, langsung buat Aku naik malu sama member member yang sama sama main saham.Mana Aku nak taruk air muka Aku ni, segan pulak tu bila ada member member bercakap pasal beli saham depan depan.Tak nak layan kang, dia orang dah ada bersama sama Aku.Mahu tak mahu kena layan juga kepala dia orang semua tu.Orang bercerita pasal harga saham mereka naik dan Aku pulak memuncung sorang sorang tak tentu pasal.Malu juga muka Aku pada waktu tu.Tuhan sajalah yang tahu.Lepas tu, Aku dah mulai slow down pasal Aku tak mampu nak bergaul dengan mereka yang lebih bernasib baik.Dah acap kali juga Aku mencuba saham lain, tapi tak da ong.Aku berhenti main saham seketika, tapi rasa gian tak juga hilang hilang pun.Makin bertambah ada le.Aku, waktu tu asyik terfikir nak main menda lain pulak.Jadi Aku terus stop main saham.
Rasa perit tak hilang lagi, Aku cuba pula menda baru.Waktu tu bisnes Aku di kedai kopi dah takda masalah mana dah.Lagi pun mereka yang tukang jaga kedai pun pandai urus sendiri.Aku cuma datang sekali sekala aje.Itu pun dalam sebulan ada le sekali.Kalau tak, langsung Aku tak jenguk muka.Pasal Aku dah naik cemuh benar dah dengan bisnes di kedai kopi ni.Aku serta beberapa orang kawan telah berpakat hendak mencuba nasib di bidang yang lain pula.Mulanya memanglah rasa tak yakin dan macam tawar hati aje.Bila melihat mereka semua dah mula bertungkus lumus membuat persiapan.Aku ni bukan menda apanya,cuma nak tumpang seronok aje pada asal asalnya.Selebihnya, kalau ada rezeki untuk Aku taklah pula Aku lepaskan.Tapi yang pasti Aku bersemangat nak melihat budak budak muda berseronok sambil mengusahakan perusahaan mereka. Bukan usaha mendanya, cuma Aku berpakat dengan dia orang nak buka disko dangdut dekat sini.Dia orang semua excited macamlah Aku ni budak budak sebaya mereka.Padahal Aku ni boleh dikategorikan atuk pada mereka.Tapi, itulah nak menjadi cerita kisah hidup Aku sama budak budak di bandaraya ni.Takdalah perkara perkara double standard kata orang putih.Bukannya orang lain tak kata apa apa, tidak.Cuma nak rasa trend omputeh sikit dalam konteks bisnes macam ni.Best sikit.Mana tau, hujung hujung adalah jugak rezeki mereka jika dia orang berkehendakkan hiburan bila berada di bandaraya kita ni.Wawasanlah katakan.Fikir Aku di ketika tu.Aku ni punyalah rasa bangga hanya Tuhan aje tahu.Mana tidaknya, pertama kali dapat bersua dengan menda menda macam ni.Punyalah Aku excited, kadang kadang mengalahkan budak budak pulak tu ada le.Yang Aku respect satu, takdalah dia orang mengaibkan.Takdalah nak menjatuhkan air muka, walau pun mereka sedar yang Aku ni jika diikutkan mengalahkan mak bapak mereka pulak tu.Bagus budak budak di bandaraya ni, di situ.Matang dalam pemikiran, kata orang tua tua.Yang Aku jadi terasa plak ni, apasal plak!Ada ke patut!Mesra penulis...Bukan menda apanya.Jika nak diiikutkan, panjang lagi kisah Aku ni.Kita take for a komersial break kejap...K!
MAMI Dangdut & Karaoke Suite dibuka pada setiap malam bermula jam lapan sehinggalah ke pukul lima pagi.Kepada yang berminat tak usah risau pasal tak dikenakan cover charge.Masuk aje terus goyang.Yang tak minat duduk diam aje...k!Itulah falsafah Aku waktu tu.Dan berjaya juga Aku dengan cara begitu.Budak budak Aku itu pun ikut selamba sama macam Aku jugak.Aku kadang kadang tersenyum sorang sorang.Mereka tak tau yang Aku ni suka kelentong budak budak.Di pusat dangdut Aku punya itu ada seorang betina yang suka benar mengorat jantan jantan yang dah berbini.Amy namanya.Walau pun nama sebenarnya tetap dia rahsiakan tapi kami dah tau lama dah.Selamah binti Mohd Rabu namanya.Memang begitulah kalau dah glamor tu.Ragam hidup di kotaraya agak agaknya bila akan berubah entahlah.Dari sejak dahulu memang begitu.Aku pun naik hairan.Yang pelik tu, masing masing pandai betul menyimpan rahsia sesama mereka.Takdalah nak sabotaj sesama mereka.Baik plak tu.Aku pun sayang jugak sama betina betina tu.Yang jenis awet plak pesen awet yang hidup sehari suntuknya asyik melaram tak habis habis.Waktu malam aje mereka beroperasi dan bila time siang hari mereka batang hidung tak nampak nampak.Maklum sajalah.Pun Aku jugak yang kena jaga.Macam macam hal dan macam macam pesen tu, satu hal.Naik pening Aku dibuat mereka mereka semua.Nak marah...Aku sayang!Harta Aku usahakan, takkanlah tidak pulaknya.Untung bulanan, Aku ada jugak bagi bonus sama dia orang.Walau pun tak banyak tapi sekurang kurangnya ada jugaklah rezeki untuk mereka.Susah payah mereka takdalah sia sia mana sangat.Kalau hendak diikutkan, Aku dikira beruntung benar.Pasal apa, pasal mereka yang kerja melayan tu tak nak berganjak langsung dari bekerja dengan pusat dangdut Aku punya tu.Untung Aku di situ.Tidaklah macam premis premis lain, saban hari asyik tak henti henti bergelut, pasal betina betina mereka nak dikebas syarikat gelap mata.Aku sendiri cukup tak senang dengan jenis tangkap muat macam tu.Menyusahkan orang satu, takda hati perut yang buat Aku naik radang.Menangis jantan jantan yang melobi, pasal kesian ada dan pasal rasa sayanglah yang naya sekali.Bukan soal perkara yang Aku cakapkan, tapi soal hati dan perikemanusiaan.Perasaan hati mana tak tersentuh kalau dah siang malam mereka dah macam isi dengan kuku.Dah hidup sehari hari belum tentu dapat apa apa.Mengharapkan lepas makan dan minum aje, macam nak perang sabir aje.Kesian Aku bertempat, kalau tak Aku sendiri yang balun.Tapi Aku tak, setakat sehingga ke hari ni.Bukan tak nak layan, cuma perkara perkara main main dan remeh temeh.Macam budak budak tu, takpalah pasal mereka masih budak budak.Yang seronok masa bila kau orang tau.Waktu time dia orang nak sambut Hari Raya.Paling bestnya time hampir raya puasa.Mereka tak ke duduk dirumah mereka sendiri.Rumah Aku jugaklah yang dijadikan sasaran mereka.Macam anak cucu kemanakan Aku plak.Best gak waktu tu.Pasal meriah betul di rumah Aku.Time itu ajelah, lepas tu lain plak jadinya.Pendek kata dalam hidup Aku ni takdalah pernah ada sunyi seorang diri.Band boy pulak bukan main lagi.Mentang mentanglah Aku cukup sayang sama mereka.Gaji mereka dberi harga special.Aku bimbang kalau kalau mereka merajuk dan cabut ke lain.Aku ni jenis cerdik jugak, mereka Aku ikatkan dengan kontrak semasa, siap ada insurans cover lagi.Contemporary contract yang mereka sign dalam MOU tempohari membolehkan mereka mencari makan di mana mana premis lain, asal tidak meninggalkan atau menafikan hak syarikat penganjur sedia ada atau asal.Mereka ternyata begitu seronok dan yang Aku hairan tu pasal mereka reka reka macam macam hal perkara.Konon konon saja Aku naik pening dengan budak band boy tu semua.Fikir fikir, bijak plak kepala hotak dia orang.Taklah pernah Aku terfikir sebelum ni macam tu.Dengar ceritanya mereka nak lobi supaya Aku jadi tauke recording company plak.Aku ada jugak study serba sedikit pasal tu.Naik seronok plak, ada le.Hai!Macam macam ragam dalam hidup Aku ni.Bukan sedikit belanja plak tu.Aku masih mampu lagi.Tambah pulak waktu ni harga saham TONGKAH ARUS BERHAD yang aku perolehi tempohari sedang meningkat ke paras harga tertinggi dengan harga 6.55 unit sesaham.Tak sangka betul rezeki Aku di situ.Setakat ni ada le lima belas ribu unit saham pegangan di dalam simpanan milik Aku.Itu pun kira bersyukur benar Aku sekarang.Salah seorang band boy di syarikat Aku punya tu namanya Seman.Hari hari dia datang berkunjung ke rumah Aku pasal nak lobi Aku buka syarikat rekoding kompeni.Dialah best singer di pusat dangdut tu sekarang.Nak jadi rekoding artislah pulak katanya.Siang malam duk memujuk Aku supaya buka cepat cepat.Aku bukan tak nak layan tapi Aku belum khatam lagi bab bab tu.Tupasallah Aku duduk diam dulu.Jika diikutkan mereka semua mahu Aku kena buka syarikat tu esok hari aje.Tapi duit Aku juga yang terbang.Tapi Aku memang dapat merasakan ada potensi besar dalam bisnes tu.Aku fikir fikir elok juga melayan kepala hotak budak budak tu semua.Setelah tidak berapa lama selepas itu Aku dah mulai faham dan masak benar dengan selok belok hal hal bisnes begitu.Aku cukup bersedia sekarang.Seman entah ke mana pula menghilang sama band boy yang lain.Di pusat dangdut di ketika ini cuma tinggal beberapa orang budak budak baru.Adalah juga mereka mencari makan di pusat dangdut Aku tu.Suara pulak tu sorang sorang, Tuhan sajalah yang tahu.Ada ke patut, dangdut Aku punya hendak dibuatnya tempat rehearsal dia orang.Apa dia orang fikir Aku ni apa.Tapi Aku rasa kesian pulak.Mahu tak mahu, terpaksalah Aku buat diam.Aku ada juga cuba mnyelami perasaan mereka semua, tahu tahu apa kau orang tau, pasal mereka nak buat bayar hutang mereka.Jadi, tempat Aku pula mereka gunakan.Rasa kesian dengan rasa nak marah ada sama banyak.Last last, Aku minta mereka bertanggungjawab sikit dalam hal ini.Mereka takda hal langsung, makin menjadi jadi pulak ada le.Mereka mulai nampak bersungguh sungguh dan komited dengan tugas mereka.Aku pulak rasa naik heran dengan semangat mereka semua.Mana tidaknya, siang malam takda kerja lain.Rehearsal saja hingga ke rumah.Aku pulak tetap menyokong usaha mereka demi bisnes Aku jugak.Takdalah Aku nak ambik kesempatan pasal Aku rasa kesian.Gaya sorang sorang tak usah ceritalah, naya aje Aku ni jika dilayan mereka semua.Mengalahkan artis artis tersohor aje.Tapi itulah cita cita untuk cari makan kalau kau orang nak tau.Kadang kadang bila Aku fikir fikirkan, melampau plak.Pasal mereka masih budak budak muda lagi dan masih mentah dalam perkiraan.Aku jugaklah kena ambil tahu perihal dia orang semua.Lagi pun, mereka dah macam anak anak Aku sendiri sekarang.
Selang beberapa tahun berbisnes sama budak budak bertuah semua ni, bisnes Aku mulai menampakkan kemajuan keuntungan.Para pengunjung pun dah macam pelanggan tetap plak di premis dangdut Aku tu.Tambah pulak dengan adanya syarikat piring hitam pertama di kawasan itu.Aku dah bukak dah satu dekat situ.VITAGONIS Production Sdn Bhd nama syarikatnya.Semanlah artis pertama mengikat kontrak dengan syarikat Aku.Joesman Hasan nama glamornya.Mula mulanya Aku macam tak yakin juga dengan keupayaan Seman membawa lagu lagu di dalam album sulungnya itu.Album berjodol SIAPAKAH AKU ternyata telah mendapat tempat di hati peminat peminat lagu dangdut ala dikir karut hasil dendangan Joesman.Jenuh juga para penggiat seni tanahair meneropong jauh sambil mengintai anak buah Aku tu.Aku bilang sama Seman tak usah dilayan sama mereka semua tu pasal apa, pasal buang tuah aje jika dilayankan mereka.Aku usul dia supaya stay dengan Aku aje.Sungguh tidak disangka sangka pula, lagu hitnya yang berjodol MASA MASA LALU telah meletup dan sering mendapat tempat di hati peminat.Lagunya itu juga sentiasa dimainkan di corong corong radio pada setiap hari.Aku pun tidak habis habis berusaha untuk menerbitkan album terbarunya pula.Tapi atas nasihat pakar perunding yang ada Aku upahkan selama ini, mereka tidak galakkan berbuat demikian.Mereka mengusul agar Aku menangguhkan terlebih dahulu hasrat Aku.Sehingga kini, sudah hampir lima ratus ribu keping album ada terjual di pasaran tempatan.Belum termasuk pasaran di negara negara jiran lagi.Ternyata pelaburan Aku kali ini terbukti berjaya membawa pulangan keuntungan besar.Aku sendiri macam tak percaya plak.Seman pula semenjak dah bergelar rekoding artis, dia mula dah pandai bergaya.Tambah pula dia sudah mampu memiliki kenderaan sendiri sekarang.Kerera BMW lama Aku punya, Aku tolak murah murah sama dia.Tapi keadaannya masih elok lagi dan masih mampu dibuat bergaya untuk ke mana mana.Baru baru ini Aku mendengar dia hendak membeli sebuah lagi kereta lain untuk dibuat glamor ke mana mana.Mooster Infra katanya.Aku naik bingung dengan budak budak zaman sekarang ni.Ada ke patut mereka kira mereka hanya makan gaji aje.Dulu, sebelum apa apa lagi dah nak tunjuk belang sama Aku.Aku ni bukan mendanya.Cuma Aku naik cemuh dah pasal hal hal glamor ni.Nak buat macam mana bisnes usahasama dengan mereka pun hanya sekadar nak lihat mereka tidak terbiar dan tidak menghadapi kekecewaan aje.Moga moga syarikat Aku jadi makin maju lagi.Taklah macam hidup segan mati tak mahu aje.Lama kelamaan Aku sudah bergelar produser di situ.Kadang kadang ada jugak Aku bawa artis artis baru nak naik ke pusat dangdut.Nak kasi mereka established.Lagi pun mereka nakkan publisiti aje.Nak glamor, lambat lagilah.Jadi, dapat jugak mereka cari makan sambil sambil menyanyi di pusat dangdut kepunyaan Aku tu.Melihat pada sambutan, para pengunjung kelab rata ratanya dapat menerima persembahan mereka semua.Aku punyalah mujur, ada ketika tu Aku pulak terasa lebih lebih.Pasal terlalu excited dengan mereka.Melihat pada riaksi mereka, masing masing sudah cukup bersedia untuk menerbitkan album baru.Itu pun Aku terpaksa berusaha ketas supaya mereka merasa yakin dengan kemampuan dan bakat yang mereka miliki.Aku ni cuma nak lihat mereka berjaya aje.Di samping itu, Aku naklah jugak merasa senang dengan pelaburan yang baru Aku ceburi ni.Manalah tahu, kut kut ada tuah lagi di situ.Hati Aku merasa cukup puas dan lega setelah segala galanya berjalan dengan baik.Bisnes kedai makan pun Aku dah tolak ke tepi sekarang.Ada juga ura ura mengatakan budak budak tu dah naik fedup dengan bisnes di kedai kopi.Mereka nak cebur ke bidang lain pulak.Aku lekas lekas pujuk mereka supaya tidak lari ke lain.Last last, Aku jual pada mereka dengan harga yang padan padan patut.Lagi pun, Aku dah ada bisnes lain yang boleh menjamin hidup Aku.Mereka sebenarnya dah cukup lama benar bersama Aku.Sejak mereka semua masih budak belasan tahun lagi.Dan Aku fikir fikir ada eloknya Aku berbuat baik dan menurunkan kepada mereka sendiri.Taklah Aku merasa terkilan sangat.Hati Aku pun jadi senang.Mereka bersetuju membeli kedai kopi Aku dengan cara bayaran berkali.Aku set aje dan lagi memang Aku nak tolak pun.Mereka ternyata tidak mensia siakan harapan Aku.Akhirnya, budak budak tu semua mampu juga bergelar bisnesmen.Dah lama merema semua berangan angan nak jadi tauke.Akhirnya, mereka berjaya juga.Aku menarik nafas lega sekali.Tapi kami tetap berkawan seperti biasa jugak.Sekarang, dengar cerita mereka nak ikut jejak langkah Aku betul betul.Pasal meraka dah mulai dapat merasakan bagaimana seronoknya berbisnes sendiri.Aku cuma tersenyum aje melihat gelagat mereka semua.Mereka semua sekarang ni punyalah gembira dan gaya masing masing sekarang ni Aku lihat konfiden semacam aje.Aku jadi lega.Sekurang kurangnya ada juga bekas air tangan yang dapat Aku berikan untuk mereka.Aku ada meninggalkan satu petua bagi mereka.Kalau nak berbisnes di dalam bandaraya, kenalah berani ditipu.Kalau tak, jangan diharaplah berjaya.Kalau ada untung sikit sikit pun, tak ubah seperti dapat rasuah aje.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience