HUJAN BESI DI NEGERI SENDIRI

Other Series 1645

KEENAM
**********

Satu hari Aku ada didatangi oleh sekumpulan budak budak muda orang kampung Aku dulu.Saidanlah yang mengajak mereka datang berjumpa Aku di sini.Mula mula Aku merasa hairan jugak, pasal Aku dah agak lama juga tak tak pulang ke kampung.Saidin adiknya pula begitu teruja benar bila mendengar cerita dan kisah kisah hidup Aku di bandaraya ni.Mana tidaknya.Dulu waktu mereka kecik kecik, Akulah yang asyik diminta orang tua mereka untuk menjaga serta menduli cakna mereka semua.Mentang mentanglah Aku pelajaran tak setinggi mana.Tak macam budak budak lain.Mereka semua kebanyakan dapat masuk ke universiti.Aku dan beberapa orang member Aku terpaksa melangak di kampung sambil sambil mengharapkan dapat peluang kerja jika ada di mana mana.Bertahun jugak Aku terpaksa melayan kerenah pelanggan di warung kopi Pak Mat waktu tu.Nasib Aku baik, mereka semua senang dengan Aku di waktu tu.Adalah sorang hamba Allah yang datang dari bandaraya, hendak berbomoh katanya.Di kampung Aku di waktu tu ada seorang bomoh budak yang memang terer betul pasal bab ilmu pengasih.Dialah orang dari bandaraya nak ketemu.Lama juga orang tu tinggal di kampung Aku.Akulah yang menjadi teman rapatnya di waktu tu.Lama kelamaan bila dia dah senang, dia ajak Aku ikut sama pulang ke bandaraya.Aku waktu tu merasa serba salah.Nak ikut tapi duit takda.Tak nak ikut tapi hati Aku pulak bagai meronta ronta nak tumpang senang di sana.Last last, Aku nekad dan berjanji nak ikut sama pergi ke sana.Sampai sekarang, Aku hidup sorang sorang di sini.Dia dah lama pulang ke kampung halaman di negeri Cik Siti Wan Kemabang sana.Waktu tu kebetulan emak dia nak dia menikah.Dia pulak dah berkenan benar dengan gadis pilihan emak bapak dia tu.Aku nak kata apa lagi, mahu tak mahu terpaksa mulai belajar berdikari sendiri di bandaraya ini.Hingga sekarang Aku tak pernah jumpa lagi dengan Hamzah.Mezah gulai tempoyak nama gelarannya.
Saidan dan Saidin serta dua orang lagi temannya Mamat dengan Jusoh asyik berlengkar sambil kedengaran bunyi orang berdengkur dengan kuat sekali.Aku tak senang duduk di dalam bilik bila mendengar bunyi dengkuran itu.Aku keluar sekejap sambil itu Aku ke bilik air.Aku pergi mengendap sekejap nak melihat bunyi dengkur siapa agaknya yang kuat sangat tu.Mamat rupanya.Tak sangka betullah.Aku selepas tu terus ke bilik air.Kemudian Aku masuk semula je bilik.Pada keesokan tu Aku bangun lebih awal sikit.Mereka berempat belum jugak bangun lagi.Termenung Aku seketika sambil memikirkan apa akan jadi dengan nssib mereka semua di sini.Aku memberanikan diri lalu Aku mengejutkan Saidan dari tidurnya.Lagi pun dia yang paling tua sekali dan memang patut dialah menjaga mereka.Saidan terkonyong konyong sambil bangun.Dengan terhoyong hayang dia menuju ke bilik air setelah Aku menunjukan arah tempatnya.Sebentar kemudian dia datsng kembali sambil meletakkan punggung di atas sofa.Aku yang sudah bersiap mandi memerhatikan seketika kepadanya.Lalu Aku berbunyi dengan berkata kepadanya.

"Kalau engkau nak mandi ke hapa ke...tuala ada di dalam sana."
"Pergilah cepat!"
"Siap nanti...boleh temankan Aku pergi beli nasi."

Dia lalu tanpa berkata apa apa terus pergi.Lama juga Aku menunggu dia bersiap.Macam anak dara pula dia ni.Gerutu Aku sambil di dalam hati sendirian.Aku memerhatikan ke arah mereka yang lain.Mereka masih tidak bangun bangun jugak lagi.Sengaja Aku biarkan begitu.Aku pun faham jugak dengan keadaan mereka semua.Selesai bersiap, Saidan pun duduk di sofa semula.

"Hah!Kalau nak pergi...jomlah sekarang!"
"Aku dah siap ni!"

Kata Saidan.Aku tanpa berkata apa apa lalu terus mengajak dia bersama.

"Oh!Hah!Yalah...Jom!"

Jawab ku pula.Kami sama sama pergi ke Warung Kopi Pak Mail ada berdekatan di situ.Tempatnya tidaklah jauh mana sangat.Seketika memandu kami pun tiba di wsrung itu.Kelihatan penuh di dalam warung dengan pengunjung regular yang sudah biasa sangat berkumpul di situ.Lagi pun, memang makanannya sedap sedap.Nasi Lemak Gulai Sotong memang cukup terkenal di Warung Kopi Pak Mail.Aku pada mulanya bercadang hendak membeli untuk dibawa pulang aje.Melihat Saidan macam berhajat benar bila melihat persekitaran di warung itu lalu Aku membatalkan niat Aku tadi.Aku me
ngajak dia masuk ke dalam.Setelah mengambil tempat duduk, seperti biasalah Hashimah pun datang untuk mendapatkan pesanan.Aku meminta segelas Kopi Susu Panas sama Nasi Kunyit Gulai Ikan.Saidan tidak tahu nak minta apa lalu Aku memesan untuknya Nasi Lemak Gulai Sotong sama segelas Teh Ais.Berselera benar Aku lihat si Saidan di pagi ni.Hingga dengan Aku sama naik berselera.Pada hal Aku sebenarnya dah naik cemuih dah dengan makanan yang ada di Warung ni.Selesai bersarapan kami pun pulang je rumah.Nasi bungkus ada Aku bawa pulang bersama.Kesian pulak Aku bila melihat mereka semua.Mereka yang baru sudah selesai mandi lalu memandang kepada kami sejurus kami berdua tiba di muka pintu.

"Kau orang ke mana tadi?"
"Bimbang pulak Aku!"

Tanya Saidin sejurus melihat Aku dan Saidan.Saidan lalu menjawab.

"Oh!Syed mengajak Aku ke Kedai Kopi sebentar tadi!"
"Hoi! Kau orang! Jomlah semua!"

Saidin memanggil sambil mempelawa yang lain untuk turut sama.Mereka semua pun berhimpun sambil duduk di sofa.Nasi Lemak Kukus mereka nikmati dengan penuh asyik sambil menjamu selera di pagi ini.Aku hanya menjamah sambil nengambil syarat saja memandangkan kami berdua sudah sarat sebetar tadi.Kopi Aku teguk sekali sekala sambil duduk sama di sofa.Aku mengajak mereka semua keluar untuk ke tempat tapak bisnes milik Aku.Bukan main beria ia mereka semua bila melihat premis premis bisnes yang ada Aku miliki.Saidinlah yang paling gembira sambil tidak putus putus memuji kehebatan Ku selama Aku menetap di sini.Dia ada juga bercadang hendak mengikut jejak langkah Aku di suatu hari nanti bila pulang ke kampung.Di sini dia cuma bercadang hendak mengintai peluang peluang pekerjaan saja.Tidak pula disangka selama ini Aku telah berjaya bergelar seorang bisnesmen di bandaraya ini.Aku berasa terangkat juga bila mereka yang lain turut memuji kejayaan Aku di sini.Mereka lalu menyatakan mereka akan bertolak pulang ke kampung terlebih dahulu dan kemungkinan mereka akan menghubungi Aku semula setiba mereka di rumah masing masing nanti.Aku cuma terserah saja dan tidak pula memaksa mereka semua.Lagi pun Aku tidak punya cukup waktu buat masa sekarang kerana urusan dubbing album teman Aku baru hendak bermula.Aku berasa lega juga dengan keputusan mereka itu.Pada petang keesokan mereka Aku mememani mereka pulang dengan menaiki bas ekspres.Tepat jam lapan malam mereka semua bertolak pulang dengan menaiki Bas Ekspres Nati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience