BISNESMEN MUDA

Other Series 1645

KEDUA
********

Akulah jugak.Bukannya orang lain.Oleh kerana faktor usia, Aku mahu tak mahu terpaksa menumpang nama budak budak sama Aku dekat sini.Waktu tu Aku dah agak senang sikit.Aku dah mampu ada kereta, BMW lagi.Aku ada juga beli rumah sebiji, semi terrace double story dekat Bandar Togo Vattov tu aje.Waktu bergerak begitu pantas sehinggakan Aku tidak sedar pula Aku berbisnes sehari hari.Hidup Aku waktu itu tak ubah seperti seorang jutawan.Hidup Aku sehari hari takda kerja lain, kena jaga diri aje.Pasal takut kaki kaki kapor dan juga kaki putar alam yang berkeliaran di sekitar bandar.Hingga Aku tak senang nak bergerak ke mana mana.Kesian betul dekat Aku.Dah jadi OKB tapi tak senang senang jugak.Bimbang betul Aku kalau kalau kena kipnap plak.Ada juga tanda tanda begitu dapat Aku baca awal awal, tapi orang lain jugak yang kena.Aku tak tak pun.Pasal orang sangka Aku orang gila.Memang gaya Aku begitu, kalau orang tak tau mereka sangkakan Aku orang tak betul.Aku senang dengan cara Aku.Lagi pun boleh dikatakan ramai jugak warga kota berpesen begitu.Taklah heran mana sangat.Pesenlah...Jugak!
Baru baru ni Aku ada beli sebuah pikap four wheel drive.Ford Equivalance Equal III.Jenuh juga Aku meronda di sekitar kotaraya.Maklum sajalah, kenderaan baru pulak tu.Habis lorong, habis jalan Aku meredah dengan pikap itu.Seronok bukan kepalang.Bukan pasal pikap baru Aku tu, pasal awet cun ada temankan Aku waktu tu.Shelly namanya.Nama sebenarnya Zawiyah binti Isa tapi kita orang panggil Shelly.Pasal nak ambil hati punya pasal.Dia pulak takdalah pesen lebih lebih dengan kita orang.Budak baik dan pandai pula jaga diri.Tambah pulak, Aku jenis minat awet lagu tu, entahlah Aku tak tau kenapa.Dengan usia mudanya baru empat puluh dua tahun, kira padan padan patutlah sama Aku yang berusia baru empat puluh lapan tahun ni.Muda mudi hidup di kotaraya memang lagu tu.Kawan Aku si Mail ada juga menasihatkan Aku supaya berhati hati memilih kawan.Dia risau melihat Aku merendet ke sana ke mari dengan Shelly tanpa khabar ingat apa apa.Aku pulak, bukannya tak ingatkan kekawan, tapi saja Aku nak test drive awet Aku.Mana tau kot kot dia nak kelentong Aku jugak.Dulu dulu, asyik Aku aje kena kelentong.Belum cukup bulan lagi poket asyik uzur semacam aje.Sekarang ni tak lagi macam tu.Aku dah senang sekarang.Tak lama Aku dengannya.Rezeki Aku hanya setakat itu dengannya.
Selepas tu Aku bertemu dengan sorang awet baru.Cun betullll!!!!!Ani namanya.Rupanya sebijik anak mami.Mulanya Aku sangkakan anak mat saleh mana.Tak rupa rupanya, sangkaan Aku meleset sama sekali.Aku usya punya usya, lama jugak nak ke boleh berkenalan dengannya.Yang menjadi dia baik sama Aku tu pasal Aku buat selamba bila terserempak dengannya.Bila Aku turun ke bandar aje, waktu tu lah dia terserempak dengan Aku.Siap naik bas 'tuang' lagi.Lama jugak Aku ambil masa nak ke boleh usya dia.Adalah lebih kurang enam bulan lamanya.Susah berul Aku nak berkenalan dengan si Ani waktu tu.Satu hari kebetulan waktu Aku naik bas 'tuang', ada tempat kosong betul betul di sebelahnya.Jadi, kononnya Aku mau tak mau, terpaksalah duduk juga.Waktu tu lah Aku perkenalkan nama Aku sama dia.Waktu tu, Aku guna nickname.Nama Aku Syed Mohamad ibni Syed Ahmad Al Jafari.Dia percaya bulat bulat sama Aku waktu tu, itu yang buat Aku menangis sampai sekarang.Pasal Aku tangkap cintan betul sama dia waktu tu.Naya Aku, hidup sehari hari pasal asyik terpaksa kelentong awet yang Aku sendiri sayang.Tidak sudah di situ, tiap tiap bulan Aku kasi wang belanja harian sama dia.Dia bukan main percaya dan sayangkan Aku.Tapi dia bilang dekat Aku, dia cakap Aku macam abang kandungnya sendiri.Aku diam aje waktu tu, demi sebuah jalinan persahabatan.Aku taklah pulak tunjuk yang Aku sudah kes parah sama dia.Kiranya, Aku ada jual mahal jugaklah waktu tu.Hari hari Aku terpaksa makan hati, gara gara nak jaga standard di depannya.Di belakang matanya, lain plak.Haram tak ke samanya.Pesenlah jugak!!Harap harap dia bagi muka sama Aku pasal memang Aku dressing up habisss...waktu tu.Kau orang tau tak, selama Aku kenal dia, tak pernah pun Aku tanya namanya yang sebenar.Satu hari, nak jadi ke cerita, tapi ini sebenarnya memanglah sebuah cerita sedara.Takpalah...Kita lupakan cerita lain, dengar cerita Aku ni dulu.Tak gitu?Pada satu hari Aku menggatalkan mulut, Aku tanya sama dia namanya.Akhirnya dia kasi tahu juga namanya yang sebenar ialah Norani binti Jantan.Kita orang semua dekat sini panggil Ani aje sama dia.Panggilan manja katanya.Aku takdalah risau mana sangat pasal soal nama ke rupa ke apa ke, yang penting happy.Waktu tu memang Aku bahagia betul hidup berkasih sama Norani binti Jantan.Aku, hari hari bila bertemu atau dating Aku panggil Ani sebagai menghornati prinsip kesetiaan berkekalan.Memang pada Aku dah kira bersungguh sungguh dah pada waktu tu.Siap nak hantar rombongan meminang.Tul tup, satu hari dia ajak Aku bersemuka dengan bapak dia.Aku takdalah ralat mana pasal Aku punya semangat keberanian yang jitunpada waktu tu.Aku dan dia sama sama pergi mengadap orang tuanya dengan BMW.Bapanya minta Aku lepaskan anak daranya itu pasal dia masih mentah lagi, kata bapanya.Sedang Aku sudah berusia, katanya lagi.Memanglah betul, Ani pada waktu tu berusia dua puluhan.Masih terlalu mentah.Aku memahami mereka sekeluarga dan Aku telah berjanji tidak akan bertemunya lagi setelah Ani sendiri terpaksa akur dengan kehendak keluarganya itu.Lama Aku tidak bertemunya, tup tup sekali Aku terserempak dengan mereka berdua di hadapan sebuah panggung wayang.Aku cuba merisik tanya member member Aku dekat situ.Lagi pun, sudah lama benar Aku tak jumpa si Ani keparat tu.Dia orang bilang, bukan bapanya tapi balak dia sejak dulu lagi.Ramai juga member member Aku yang sering lihat mereka berdua merendet dekat sekitar kawasan Lembah Telaga Batu sini.Aku rupa rupanya kena kelentong lagi.Hai...Ani oh Ani!Samlai hati...Engkau!
Aku punyalah frust, makan pun Aku tak sentuh.Waktu tu dah hampir ke bulan puasa.Seminggu lagi sebelum bulan Al Mubarak menjelang tiba.Selepas tu Aku pun sudah tak kisah mana dah pasal Aku terlalu sibuk dengan bisnes Aku di gerai ramadan sana.Aku sudah dapat menerima hakikat itu setelah Aku betul betul jadi lemah kenaling selepas menerima berita yang si Ani keparat tu rupa rupa asal namanya memang jantan sungguh.Ahmad Zailani bin Mohamad Saud namanya yang sebenar.Aku rasa nak marah jugak pasal terkena tipu olehnya.Tapi bila Aku fikir fikirkan balik, Aku give and take aje dalam hal ni.Hati Aku pun senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience