KETIGA
*********
Ragam hidup di kotaraya memang bermacam macam rupa dan gaya serta pesen di kalangan warga kota.Tidak kira usia muda atau pun warga berusia.Pendek kata ada saja pesen direka mereka dan kritif pulak tu.Tidak cukup dengan mereka cipta saja, ada pulak yang lebih jenius lagi.Mereka mencipta cetak rompak pesen serta gaya baru plak.Aku sendiri hampir hampir tertipu itu hari.Nasib seorang anak jiran sebelah rumah Aku ternampak tandanya.Katanya budak tu memang expert pasal bab mereka cipta ni. Ada jugalah kadang kadang Aku ke rumahnya, saja aje sebagai meraikan serta menambahkan jalinan kemesraan perhubungan diplomatik kejiranan.Lagi pun berkebetulan pula Encik Hashim tuan rumah tu seorang ajk jaksa keselamatan kampung di taman itu.Aku sengaja membuat baik sama dia pasal senang sikit nak minta dia tolong jengukkan rumah Aku ketika Aku tiada di rumah.Kadang kadang ada juga Aku outstation.Merendet tu, taksah ceritalah, dah macam kewajipan Aku pulak.Hai...Perempuan.Tapi nak buat macam mana, dah itu kewajipannya.Nanti bilang tak bertanggungjawab plak.
Hilang kisah gadis gadis kota, timbul pula perkara lain pula.Yang ni lah kes paling buat Aku sedih hingga sekarang.Payah betul Aku nak lupakannya.Mana Aku tak sedihnya, ada ke patut Aku disangka mereka sudah berbini anak lapan.Hai...Jahat betul kerja manusia rupa rupanya.Mentang mentanglah faktor usia menjadi ukuran hidup, Aku jugak teraniaya.Padahal Aku belum pernah lagi kahwin.Kenal pun tidak jurunikah, itulah ibarat perumpamaan hidup Aku selama lama ini.Ada juga untungnya plak, pasal Aku tak rasa segan mana sangat setelah sangkaan itu dianggap sunguh sungguh oleh sesetengah orang di situ.Aku memang taklah bercampur mana dengan mereka jiran jiran tetangga yang sememangnya sibuk memanjang setiap hari.Pernah Aku terfikir, apa ke menda kerja mereka sebenarnya.Rumahtangga kadang kadang terbiar bertahun pulak tu.Bila Aku fikir fikir balik, rupanya mereka memang ada bisnes dan Aku pun bisnes jugak.Jadi tak heran mana sangatlah pada Akunya.Aku tak tahulah entah kenapa lately ni Aku asyik berfikir tentang ini semua.Ada orang bilang, memang faktor usia penyebab utama mengapa jadi begitu.Aku tidaklah ambil pusing mana pasal Aku nak jaga hati Aku.Ada yang tu pulak, katanya seru sudah sampai.Aku dah hampir separuh abad dah usianya, takkanlah baru sampai seru kot.Entahlah...Aku heran betullah dengan manusia ni.Dunia sekarang memang dunia perlumbaan, kata bijak pandai pada satu ketika dahulu.Yang Aku heran sampai sekarang pun mereka semua tu tak habis habis lagi duk berlumba.Apa ke menda yang mereka buru, entahlah.Naik buntu Aku.Bukannya Aku suka jaga tepi kain orang, tidak.Aku cuma mengkaji sejarah hidup Aku selama lama ini pun masih tak jumpa jumpa jawapannya.Tapi, memang semenjak dahulu lagi, sungguh menghairankan Aku pasal takda noktah langsung dalam isu isu begini.Nak kata kewajipan ke atau tanggungjawab ke atau amanah ke, memang tak nampak gambaran langsung.Kejayaan demi kajayaan yang mereka perolehi pula seolah olah begitu abstrek.Orang menyimpan rahsia negara pun taklah sebegitu sangat.Aku heran betullah.
Makin hari makin sibuk hidup Aku dengan segala macam bisnes.Ada tu, Aku tak tidur hingga ke pagi pasal nak buat untung punya pasal.Pendek kata, hidup di kota memang begitulah ragamnya.Tak siap sini gali di sana.Tak siap sana gali di sini.Ada aje kerja yang tak disudah sudahkan.Macamlah Aku merancang begitu.Pada hal tak pernah terlintas langsung Aku nak buat semua itu.Begitulah hal ehwal kehidupan Aku sehari hari selama ini.Macam baru baru ini, waktu kerajaan wartakan nak baik pulih bangunan bangunan lama serta premis premis perniagaan yang dah agak uzur separuh tiang tu.Aku ada terima surat pekeliling daripada majlis bandaraya pasal cat kedai sudah lusuh benar rupanya.iAku cat semula kasi nampak baru sikit.Dah alang alang sangat, jadi Aku suruh tukang cat siapkan elok elok.Mahal sikit pun takpa, asal berbaloi.Sedar tak sedar pihak majlis memutuskan premis Aku punya dapat menang nombor satu.Rupa rupanya ada pertandingan melukis bangunan pula.Aku tidak semena mena mendapat perhatian serta pujian daripada oranf ramai padal kedai Aku punya cantik.Bangga Aku taksah ceritalah, tapi Aku jugak yang frust, pasal ada awet nak minta tolong Aku bantu dia.Entah siapa entah yang mereka cerita, kononnya Aku pandai menghias bangunan.Ada ke Aku plak.Tapi Aku syok juga, pasal memang awet awet tu cun betul.Anak dara pulak tu.Garu kepala Aku dibuat mereka semua.Aku pergilah bantu mereka apa yang patut.Mereka semua respect Aku macamlah Aku ni tukang cat profesional.Pada hal Aku tolong tolong begitu aje, yang sebenarnya budak budak Aku yang tolong settlekan.Mereka biarkan Aku buat sendiri dan bila siap mereka kasi upah aje.Apa lagi, Aku mana plak nak lepaskan peluang sebegitu.Kaya seketika budak budak Aku itu hari.Aku pulak apa yang dapat, mereka panggil Aku Pakcik dan mereka mengucapkan banyak banyak terima kasih kepada pakcik (Akulah orang tu) pasal membantu mereka semua selesaikan masalah besar dalam bisnes mereka.Awet awet belasan tahun tu memang berani betullah.Usia masih muda lagi dah bergelar bisnesweman.Anak orang kaya agak agak Aku, melihat pada gaya mereka berpakaian serta sikap mereka semua tu.Sejak hari itu hati Aku tersentuh dan Aku mulai sedar akan betapa dunia ini begitu kecil dan Akulah penumpangnya.Orang lain pun tumpang jugak, dan bukannya Aku sorangi saja.Awet awet pencuci rambut di Hazard Saloon Bold & Beauty, Aku harap kau orang berjaya pasal Aku rasa Aku dah mula sedar diri sekarang.Kau orang punya pasallah ni buat Aku jadi sunyi sepi.Aku jadi dah takda mood lagi sejak hari tu.Aku berminat pulak lihat kau orang budak budak muda mudi beriring ke sana ke mari bersama, cute cute plak tu.Ee...Geramnya Aku!
Oleh kerana Aku merasakan ada perlunya Aku membuat sesuatu sebelum apa apa, jadi satu hari Aku pergi berjumpa dengan seseorang.Tinggalnya selang beberapa blok dari rumah Aku di taman perumahan tempat Aku tinggal tu aje.Pak Hasan namanya.Mulanya Aku berasa segan juga nak bertemu muka dengan orang tu.Oleh kerana Aku sedikit terdesak waktu tu, jadi Aku ketepikan segala rasa segan dan malu demi sebuah kehidupan yang lebih baiklah pada kiraan Aku.Padahal lebih baik ke happa...sebaliknya dia kapor Aku betul betul.Waktu tu Aku dah dapat agak dah dia nak kelentong orang ramai.Lihat pada mukanya yang tak pernah senyum langsung tu, Aku dah dapat teka awal awal lagi.Tapi apa boleh buat, kena jugak!Kopak jugalah duit Aku adalah lebih kurang lima puluh ringgit.Aku tak taulah nasib orang ramai macam mana pulak.Walau pun tak banyak tapi pasal kena yang Aku takleh terima tu.Boring...betu lah!!Selepas tu, hilang habis mood Aku nak jadi baik.Aku nak tak nak terpaksalah balik jadi geng budak budak dekat dalam bandar ni.Mula mula Aku naik segan jugak, yalah maklum sajalah, hampir semua budak budak dekat situ tau Aku dah nak pencen waktu tu.Tapi alik alik kena join dia orang jugak.Oleh kerana atas permintaan yang tinggi jugaklah, Aku diminta mereka supaya menjadi bos dia orang.Sesuai dengan faktor usia Aku yang dah masak benar kata mereka.Budak budak tu usia mereka adalah sekitar dua puluhan baru, tak macam Aku yang dah hampir separuh abad ni.Dia orang bilang Aku ni still acceptable lagi dan boleh dibawa ketengah lagilah kalau ikut rekod rekod pencapaian dia orang semua.Aku set aje, dan lagi pun Aku nak berkawan sama mereka, nak tak nak terpaksa jugaklah Aku layan kepala hotak budak budak tu semua.Ramai woi!Bukan main sorang dua aje, dapat tubuhkan team bola lagi.Waktu tu Akulah goal keepernya.Yang Aku takleh lupa tu, time Aku jadi keeper, bola asyik bolos semacam aje.Jenuh jugak Aku kena belasah dibudak budak Aku waktu tu pasal mereka kata Aku terlalu berlembut.Waktu Aku dive dan tangkap hantaran bola tu lah.Aku naik garu kepala bila fikirkan budak budak tu semua.Apa...Dia orang ingat Aku ni budak budak macam dia orang ke happa.Dia orang lupa yang Aku ni dah hampir separuh abad usianya.Mana ada spirit lagi nak dive dive tangkap bola.Aku enjoy gak berkawan sama budak budak tu.Mana taknya, kalau orang tak tahu, mereka sangka Aku budak budak lagi pasal memang Aku tak nafikan fizikal tubuh badan Aku tak ubah seperti budak budak muda.Lagi pun Aku punya rupa pulak ala ala baby face sikit.Tak heranlah mereka sangka Aku budak budak sama baya mereka tu semua.Awet...Taksah cerita lagilah, tapi time kena kapor yang leceh tu.
Share this novel