KECOH SEKAMPUNG

Other Series 1645

9
******

Satu hari Aku ada bercuti kerana terasa rindu pula ke kampung halaman.Tambah lagi, bila teringatkan member member Aku tempohari.Aku cuma drive sendiri saja.Inilah pertama kali Aku sudi dan tergamak hati hendak menjenguk di kampung semenjak Aku bawa diri ke sini.Selama ini bukan tidak berani, cuma Aku malas nak jawab soalan spot dan malas pula nak melayan soalan songel yang bakal menimbun di kepala hotak Aku nanti.Ada juga sekali sekala Aku terfikir hendak pulang.Memandangkan Aku tidak pernah memberitahu ke mana Aku menghilang selama ini, jadi Aku lupakan saja niat Aku itu.Pada hari baik bulan di tengah tengah tahun ini, entah macamana Aku tergamak pula.Dalam hati Aku ni, Tuhan saja yang tahu apa yang sedang bersarang dibenak halaman kepala Aku di ketika ini.Aku sampai di rumah tepat jam tujuh malam.Mak dan Ayah Aku kebetulan ada di rumah.Aku memang jenis ikut suka hati Aku aje semenjak dari dulu lagi.Nak pergi Aku tak cakap sepatah haram dan kalau nak balik pula ikut suka Aku aje.Itu pasal Mak dan Ayah Aku dah tak hairan mana dengan sikap perangai Aku ni.Tambah lagi bila mereka dah tahu yang Aku sudah berjaya bergelar seorang bisnesmen dan kaya pulak tu.Sebelum bertolak Aku ada juga membeli barang sedikit hadiah buat ambil hati orang tua Aku berdua tu.Adik adik Aku, Aku decide nak bagi duit belanja aje.Lebih afdal lagi bagi mereka.Fikir Ku begitu.Mereka semua Aku nampak macam terperanjat bila melihat Aku tiba di rumah.Tambah tambah lagi Aku bawa pulang kereta baru Aku beli beberapa bulan lalu.Kereta ala klasik Mooster 1.8i.Mak dan Ayah Aku berlinang air mata gembira melihat Aku pulang ke rumah.Adik adik Aku pula, mereka macam tak percaya yang abang mereka ini telah mampu berdikari dan mampu hidup mewah sekarang.Jika dahulu, Aku ini hanya menjadi bahan leteran Mak Aku aje.Adik adik Aku sendiri tak nak respect sama Aku waktu tu.Hari jnj, hidup Aku sungguh bererti sekali kerana mereka semua telah membuka mata melihat gaya Aku berpakaian dan dengan bunyi enjin kereta Aku aje, sudah cukup buat mereka melompat lompat riang.Aku pun terasa terharu juga melihat nasib keluarga Aku tu.Aku buat tak reti aje asal mereka tak terasa kehilangan mana sangat tentang ketiadaan Aku selama ini.Bukan niat Aku hendak memperkecil kecilkan keluarga sendiri, tidak.Namun begitu, jauh di hati kecil Aku yang tak tak pernah hayat seumur hidup Aku nak berniat untuk meninggalkan keluarga, jauh sekali daripada mengingkari segala tuntutan kewajipan daripada mereka.Apa yang Aku musykilkan sekarang ialah bagaimana untuk Aku dapat menyesuaikan diri dengan environment serta keadaan cuaca di Kampung.Yalah, kan.Tinggal di bandar, segala galanya ada berbanding di Kampung Kampung seperti ini.Nak kata menyusahkan Aku, taklah jugak.Tapi,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience