BAB 6

Family Completed 1041

Aku duduk atas sofa diruang tamu. Segenap ruang rumah aku amati. Semuanya sudah berubah. Warna cat, susun atur dan juga perabot. Mata aku terpaku pada sekeping gambar keluarga berbingkai cantik tersangkut elok di dinding rumah.

Terasa asing dirumah sendiri. Lima tahun aku tidak jejakan kaki kerumah ini. Perasaan yang hadir ini terlalu asing. Aku mengeluh. Apatah lagi gambar yang tergantung cantik itu cukup sempurna cuma aku tiada di situ. Tidak pula aku berkecil hati. Cuma hati kecil aku terusik ketika mata aku jatuh pada gambar mak.

`Kurusnya mak’ desis hati aku.

``Itu gambar mak selepas setahun kamu tinggalkan rumah ni. Selepas kamu keluar dari rumah, mak kamu asyik menangis saja. Dia sangka merajuk kamu sekejap saja. Tapi bila masuk tahun kedua kamu masih jugak tidak pulang, kesihatan mak kamu mula berubah.’’ Hati aku tersentuh mendengar cerita ayah. Makin menebal rasa bersalah aku pada arwah mak.

``Bila mak meninggal, ayah?’’ aku kembali duduk di sofa.

``Mak kamu sakit selama setahun. Kesihatan dia makin merosot dan selera makan dia pun tidak memberangsangkan. Mungkin sebab terlalu rindukan kamu, risaukan kamu mempengaruhi emosi serta selera makannya. Setelah puas kami berubat sana sini, keadaan tetap sama. Masuk tahu kedua mak kamu sakit, kami terpaksa masukkan dia ke hospital. Dia langsung tidak boleh makan. Tiap hari dia hanya bertanyakan kamu. Menyebut nama kamu.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience