BAB 3

Family Completed 1041

Kerana terkejut mendengar berita yang abang ipar aku cuba memperkosa aku, ayah diserang jantung. Dan disahkan kena serangan angin ahmar oleh doktor yang merawatnya. Macam manalah dia tak terkejut, menantu yang disanjungnya selama ini cuba membuat onar dengan adik ipar sendiri.

Aku mendekati mak. Memohon ampun dan maaf. Aku nekad keluar dari rumah itu dan pergi jauh dari mereka. Aku meninggalkan rumah yang syurga aku waktu kecil sehelai sepinggan. Apa yang aku bawa hanyalah kenangan.

Uhuk. Uhuk. Batuk yang makin galak meleraikan kenangan pahit itu. Sudah berapa minggu gamaknya batuk ini bermaharajalela. `Mungkin keadaan cuaca sekarang yang tak menentu,’ telah hati aku.

Setelah puas menikmati keindaham tasik, aku bangkit dari bangku dan memulakan langkah kembali. Menyusuri jalan sepanjang tasik.

Hati aku terhibur melihat telatah kanak-kanak dengan ibu bapa mereka. Sejujurnya aku amat merindui orang tua aku. Bagaimanakah keadaan mereka sekarang? Lama mata aku tertancap pada keluarga itu. Tanpa aku sedar air mata mengalir laju. Pantas aku berlari ke kereta. Melepaskan sebak di dada.

Setelah lima tahun berlalu inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke kawasan perumahan ini. Dari jauh aku melihat ayah yang sedang duduk di atas kerusi roda. Tapi aku langsung tidak nampak kelibat mak. Hati aku mula tertanya-tanya, dimanakah mak?

Bagaikan ada magnet yang menarik aku, ringan langkah aku susun. Namun langkah aku terbejat saat mata aku terpacak tepat pada satu susuk tubuh lelaki yang amat aku kenali. Lelaki yang menjadi penyebab aku jauh dari keluarga aku.

Melihat senyuman di wajah kak long, aku tersedar bahawa dia bahagia. Keluarga aku bahagia walau tanpa aku. Aku berpatah balik. Untuk apa aku muncul kiranya akan mencacatkan bahagia yang mereka miliki? Membuat luka lama berdarah kembali. Cukuplah senyum yang mekar di bibir tua ayah itu. Biarlah rindu yang bertamu untuk mereka ini aku abadikan disudut kenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience