BAB 2

Family Completed 1041

``Kalau kau tak layan, tak akanlah jantan tu boleh tergilakan kau. Sebelum kau balik, kak long dengan abang long baik saja. Memang kau pembawa masalah!’’ tambah Marlia lagi.

``Ya Allah, sumpah saya tak pernah terfikir macam tu. Mak! Kak long! Sayalah orang paling bahagia kalau kak long bahagia. Kenapa pulak saya nak hancurkan rumah tangga kakak saya sendiri.’’

Aku pandang mak dan kak long, masing-masing berdiam diri. Ayah samatelah lah sudah tidak mampu untuk membela aku lagi. Yang aku perasan air jernih yang mula bertakung dikolam mata ayah.

Kenapa aku dimarah dan kata yang bukan-bukan? Sedangkan disini akulah mangsa yang sebenar. Bukan kak long atau jantan tak guna tu! aku yang hampir diperkosa oleh dia! tapi kenapa keadaan sekarang seolah-olah aku yang menjadi penyebab dan mereka adalah mangsa. Sungguh tidak adil! Ahli keluarga aku sendiri menganggap aku seperti ini.

``Oooo… kau nak kata yang kau ni baiklah. Kita orang ni salah dalam menilai kau. Eh, kau dah lama kat luar negara. Manalah tahu kau dah terikut dengan budaya sana.’’ Aku nampak pandangan sinis Kak Marlia pada aku.

``Ya Allah,’’ aku mati kata. Hanya mampu menyebut nama-NYA.

Niat hati aku ingin membela diri aku simpan kemas dalam hati aku. Melihatkan keadaan sekarang, kesenyepan mak dan kak long juga tanggapan Kak Marlia, berpuluh alasan yang aku bagi pun belum tentu mampu menjernihkan suasana. Membubar tanggapan mereka pada aku.

Aku cuba kuatkan hati untuk tidak menangis namun aku terluka. Hancur. Seorang ibu yang mengandungkan aku dan menjaga aku dari kecil hingga besar juga tidak bangkit untuk membela aku. Iya, aku cuba fahami situasi mak sekarang. Mungkin mak tersepit antara aku dan kakak-kakak aku.

Aku mendekati ayah. Air jernih yang tadi hanya bertakung kini sudah merembes keluar. Aku lihat mulut ayah yang herot itu seakan ingin berkata sesuatu kepada aku. Aku memeluk ayah. Kata maaf aku ungkapkan kerana menjadi penyebab kepada keadaan dia sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience