BAB 5

Family Completed 1041

Aku tak sempat meminta ampun pada mak aku. Apakah sudah dihalalkan susunya untuk aku? segala salah aku padanya sudah bermaafkah? Mahu saja aku menjerit memanggil nama mak sekuat hati aku. Namun apa daya, aku hanya mampu meraung dalam hati aku.

Pintu kereta aku buka. Kaki aku lemah. Untuk berpijak saja aku sudah tidak punya kudrat. Apatah lagi mahu menapak ke pusara mak. Dalam kepayahan aku melangkah juga, melawan rawan hati.

Aku mencari satu persatu nama mak di pusara dan akhirnya ALMARHUMAH HAJIJAH BT MAT SAMAN. Besar nama arwah mak terpampang depan mata aku. Makin laju air mata yang dari tadi setia menemani aku.

Aku bersimpuh dihadapan pusara mak. Nisannya aku cium berkali-kali, ibarat itulah ubun-ubun mak. Melepaskan rindu dendam yang mencengkam hati aku. Aku menyesal.

``Mak, maafkan saya. Ampunkan segala dosa saya pada mak.’’ Aku memandang sepi pusara mak.

Sedang aku tenggelam dalam perasaan sebak, terasa bahu aku dipegang. Air mata aku sapu dengan hujung tudung. Dalam esak tangis yang masih bersisa, aku berpaling ke belakang.

Aku terpana. Di belakang aku kini, kakak-kakak aku dan juga ayah aku. Tanpa aku tunggu lebih lama, tangan ayah aku raih untuk disalami. Aku peluk ayah erat. Air mata makin galak mengalir, namun aku biarkan saja.

Aku memandang kak long yang dari tadi menundukkan kepalanya. Pandangan aku menghala pada lelaki yang berada disebelahnya. Hanya pandangan kosong aku hadiahkan. Perasaan marah dan dendam aku pada lelaki ini sudah tiada, itu yang aku pasti.

Pada Kak Marlia aku hanya tersenyum tawar. Bukan masih menyimpan marah tapi kejanggalan terbit antara kami. Aku sendiri tidak tahu bagaimana harus menegur mereka. Hanya air mata dan mata yang menjadi bahasa perantaraan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience