BAB 7

Family Completed 1041

Aku tak mampu lagi menahan air mata. Aku menangis semahunya. ``Ya Allah, ampunkanlah dosa aku.’’ Salah akukah?

``Sabarlah dik. Bukan salah kamu, kami semua jugak bersalah dalam hal ni. Kalau bukan sebab kami, adik tak akan tinggalkan rumah. Dan mak tak akan menanggung rindu hingga sakit begitu.’’ Aku hanya mendengar kata-kata kak long begitu saja.

``Maafkan akak, dik.’’ Aku memandang Kak Marlia.

Aku tak mampu berkata apa-apa. Lidah aku kelu. Tidak tahu harus bagaimana. Apa yang aku tahu tika ini sesalan yang menggunung tinggi. Sesalan yang tak mungkin mampu aku tebus. Ungkapan maaf yang tidak bisa aku lafazkan. Yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa. Berdoa dosa aku diampuni dan arwah mak ditempatkan antara orang-orang yang beriman.

Ingin aku kongsikan satu kata-kata Hukama yang patut dikagumi semua. Ia jugak mendorong aku untuk hari ini cuma ego yang membataskan langkah dalam tindakkan aku.

Aku memaafkan supaya aku tenang

Aku diam kerana aku tidak ingin berdebat

Aku abaikan kerana tidak ada yang patut dilayan

Aku sabar kerana keyakinanku pada Allah tanpa batas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience