Bab 7

Other Completed 14337

Benci! Hatiku memberontak! Aku rasa ingin lari saja. Tak ingin aku keluar untuk berkenalan dengannya.

Adik dah kudengar tertawa riang ditingkah suara parau yang menusuk jantungku. Tentulah lelaki yang akan menggantikan ayah itu telah sampai lebih awal dari yang dijanjikan. Huh… Dasar!

‘’Rozie,’’ mama mengetuk pintu bilikku.

‘’Mari kita kita makan sama.’’

‘’Zie tak lapar! Orang nak tidur, letih.’’ Jawabku, pintuku rapatkan semula. Hatiku mendongkol marah.

Apa? Keluar untuk berjumpa dengan bakal bapa tiri? Tolong sikit. Jangan harap!

‘’Rozie!’’ mama memanggil lagi.

‘’Jangan degil tau, nanti mama hilang sabar!’’

‘Ah! Aku peduli apa? Hatiku memang sekeras batu. Aku tidak tidur hingga kedengaran kereta pakcik Rashid keluar daripada laman.

Selama seminggu aku di rumah soal pakcik Rashid tidak timbul langsung. Ia lenyap seolah-olah sebiji batu yang dicampakkan ke lubuk.

Dan sejak itulah hubungan aku dengan mama mula renggang.

Mama masih menegurku tapi sedikit janggal mungkin juga kerana aku sendiri yang mencipta halangan itu. Aku sering bermasam muka, mendiamkan diri dan berkurung di dalam bilik.

Cuti semester kali ini adalah yang paling suram bagiku.

Pada satu hari Mak Long, kakak arwah ayah datang bertandang, katanya untuk sehari dua kerana menemankan Pak Long kursus. Sambil-sambiil boleh juga dia cuci mata di Sogo katanya.

Kehadiran Mak Long sedikit sebanyak menceriakan rumah yang sunyi sepi dan sisa-sisa cuti semesterku yang paling bosan ini.

Mama sedaya upaya menutup perselisihan faham antara kami berdua dari diketahui oleh mak long dengan senyuman dan gurau senda. Arhh mama seperti biasa, pakar dalam menyembunyikan emosi.

Aku rasa bersalah dan dalam masa yang sama kasihan melihat mama tapi mungkin kerana aku mewarisi sikap ayah, aku tak pandai menipu dan menyorok mimic muka dan berlakon seolah-olah tiada apa yang terjadi antara kami.

Bila mama membelai-belai rambutku dan memuji-mujiku di hadapan mak long aku hanya diam tunduk dan menepis tangan mama lembut, bila mama memanggilku atau cuba bersembang aku cuma menjawab sependek yang mungkin.

Entahlah, bila mengenangkan saja wajah pak cik Rashid, aku jadi marah, dan sumpah aku seboleh-bolehnya mahu saja beritahu perkara sebenar pada mak long, biar mama lupakan pak cik Rashid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience