Bab 10

Other Completed 14337

Mama balik dari pejabat seperti biasa. Sampai saja di rumah mama terus mengeluarkan ikan dan sayur dari peti sejuk untuk makan malam.

Mama menegurku dengan beberapa patah perkataan, barangkali letih dan aku mengerti. Tapi mama berkelakuan seperti biasa langsung tidak ada sebarang kerisauan dan sebagainya.

Nampaknya pakcik Rashid berpegang pada kata-kata, langsung tidak menceritakan perihal yang terjadi hari ini pada mama.

Aku cuba mencari topik untuk berbual dengan mama namun mulutku kering dari berbicara dan janggal selepas berminggu-minggu tidak bertegur sapa dan membuang muka dengan mama.

Malam itu sewaktu sedang menjamah makan malam di meja makan, adik mengoceh dengan mulut kepohnya.

‘’Mama, kenapa pakcik Rashid tak pernah telefon mama lagi? Bila dia nak datang rumah kita?

Saat itu wajah mama berubah memandang adik sekilas.

‘’Sedang makan tak baik bercakap tau?”” katanya tersenyum, dengan tidak sepenuh hatj.

Sejak kebelakangan ini mama memang tidak segembira seperti dulu. Sepulangnya dari kerja, selepas saja menyediakan makan malam dia terus menguncikan diri di dalam bilik.

Bila ku intai, ku dapati dia sedang bersembahyang dan kadang-kadang sedang menadah tangan begitu lama berdoa di atas sejadah.

Aku diselubungi rasa bersalah. Aku terlalu mementingkan diri dan mementingkan perasaan ku sahaja.

Selama ini aku diberikan sepennuh kasih sayang oleh mama. Aku harus sanggup berkorban untuknya. Mama telah lama bersendirian sejak ayah pergi. Mama perlu cari kebahagiaan yang menantinya sekian lama.

Aku tidak tahu bagaimana harus memenangi hati mama semula.

Pagi itu aku bangun awal dan menyediakan karipap yang resipinya aku rujuk dari Fac. Alhamdulillah percubaan pertamaku menjadi. Walau tak sesedap karipak Ikea tapi aku buat dengan penuh kasih sayang, terlalu banyak kasih sayang kucurahkan dalam karipap kentang yang gebu dan garing ini.

Mama agak terkejut melihat karipap yang masih panas telah bersaji di atas meja. Barulah senyumannya berbunga selepas sekian lama. Mama berkali-kali memuji masakanku, walaupun pedas namun lazat katanya.

Aku berharap dan berdoa harapan mama untuk kembali bahagia bersama impiannya secerah mentari pagi.

Tengahari itu, aku mengajak mama keluar membeli belah, kebetulan mama cuti di hujung minggu. Aku minta mama berbelanja barang dapur dan meminta mama menyediakan beberapa juadah makan malam yang menjadi kepakaran mama dengan alasan ingin menjemput teman lelakiku datang makan malam dan berkenalan dengan mama.

Mama teruja dan bersetuju. Sepanjang petang kami bertiga termasuk adik menyediakan makan malam buat teman lelakiku yang datang akan datang selepas maghrib.

Pintu rumah diketuk, aku dan adik yang memang sudah tahu siapa gerangan tetamu yang datang hanya tersenyum. Mama pula tiba-tiba gementar dan kalut memikirkan akan berjumpa dengan kekasih anaknya.

Adik berlari membuka pintu rumah, sementara itu mama pula berkali-kali membetulkan tudung dan blaus yang ku pakai, sempat lagi dipakaikan gelang tangan Kristal rona merah jambu di tanganku. Aku hanya tersenyum, tanganku juga tidak berhenti mendandan shawl yang dipakai mama.

‘’Assalammualaikum Rahimah, Razziah,’’ sapa suara tetamu yang baru sampai itu.

Mama terkesima mendengar suara itu, dia berpaling dan kemudian menoleh memandangku dan adik kemudian memandang semula ke arah lelaki tersebut.

Pakcik Rashid datang seperti yang kami berdua rancang. Aku menelefonnya pagi tadi dan meminta dia datang untuk buat kejutan pada mama dan Alhamdulillah dia bersetuju.

Mama tersenyum dan terus memelukku erat. Sinaran kebahagiaan terpancar di wajah mama dan pakcik Rashid. Malah kebahagiaan itu seakan memancarkan cahaya di segenap penjuru rumah yang dulunya suram dan sepi ini.

Alhamdulillah untuk kebahagiaan ini ya Allah.

TAMAT –

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience