‘’Assalammualaikum Razziah, maaf mengganggu, ini pakcik Rashid. Sihat ke? Khabarnya Razziah akan balik ke kolej sebab cuti semester dah nak habis kan? Pakcik sebenarnya ada hajat, kalau boleh nak jumpa Razziah di bandar sekejap hari ini, kita jumpa di Restoran Mutiara jam 1.30 tengahari. Boleh makan tengahari bersama-sama. Harapnya Razziah sudi ya? Pakcik akan ada di sekitar restoran tu nanti, apa-apa call pakcik.’’
Aku tidak tahu kenapa, secara automatik aku mencebikkan bibir selepas membaca sms dari pakcik Rashid yang menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan aku. Tanpa beritahu nit sebenar aku tahu yang dia pastinya nak memujuk agar aku benarkan dia dan mama berkahwin.
Yang buat hati aku lagi menyirap bila dia panggil nama aku sama seperti arwah ayah panggil aku.
Nak ambil hati aku atau nak menyakitkan hati aku? Aku tidak suka dia panggil aku dengan nama itu. Orang lain boleh tapi bukan dia. Ayah yang berikan nama itu padaku dan aku tidak suka orang yang mahu menggantikan ayah memanggilku dengan nama itu. Aku benci.
Sms itu aku biarkan sahaja tanpa sebarang balasan. Biar dia tahu yang aku tidak sudi.
Jam sudah menunjukkan jam 12.40 tengahari, aku masih mundar mandi, sekejap di ruang tamu sambil tekan-telan saluran tv, sekejap ada di bilik. Tuala mandi masih tergantung kemas di bahuku.
Aku sebenarnya sedang berkira-kira sama ada mahu pergi berjumpa dengan pakcik Rashid atau tidak. Separuh dari diri aku mahu berjumpa dengannya kerana kasihan yang dia barangkali menunggu, dan separuh lagi hatiku berat untuk melangkah kerana memikirkan yang aku akan mengkhianati ayah juga segala memori tentang kami.
Sedar tak sedar aku sudah berada di bandar, aku sendiri tidak tahu kenapa aku datang ke mari sedangkan aku sudah nekad tidak akan berjumpa dengan pakcik Rashid.
Ia berlaku dengan pantas, sebaik saja melihat jam sudah tepat satu tengahari, aku terus melompat ke bilik mandi, mandi dan bersiap dan segera memandu kereta ke arah bandar. Barangkali aku tidak sampai hati.
Jam di tangan menunjukkan pukul dua petang. Aku tidak masuk ke restoran tersebut sebaliknya berada di kedai seberang. Dari jauh aku dapat melihat pakcik Rashid duduk menungguku.
Sudah setengah jam dia menungguku, dari tadi aku dapat melihat dia membaca surat khabar, kemudian memesan minuman, sambung membaca akhbar, langsung tiada menghubungiku atau menghantar mesej kepadaku, mungkin dia tidak mahu aku tergesa-gesa. Sebaliknya dia terus sabar menunggu kehadiranku.
Aku tidak punya kekuatan untuk berjumpanya. Egoku yang melangit ini menghalang langkah kakiku.
Aku kasihan sebenarnya melihat wajah pakcik Rashid yang sedikit dimamah usia itu. Kalau arwah ayah masih hidup mesti rambut ayah beruban dan perut sedikit boroi macam pakcik Rashid.
Sudah jam 2.30, rasanya sudah terlalu lama dia menunggu, dan sudah lama aku membuang masaku memerhatikannya dari jauh dan gagal membuat keputusan sama ada perlu berjumpa dengannya atau tidak. Akhirnya, aku putuskan untuk beredar, sebelum pergi, aku menoleh ke belakang sekali lagi, pakcik Rashid masih duduk menunggu, tapi kali ini dia menyandarkan kepalanya di dinding, mula keletihan.
Ada rasa bersalah menjengah di hatiku namun sengaja ku biarkan ia berlalu kerana aku nekad untuk terus jadi jahat.
Aku berjalan ke arah tempat letak kereta. Agak jauh dari kawasan restoran. Menyesal sungguh letak kereta jauh-jauh semata-mata nak mengelak dari dilihat pakcik Rashid, dahlah jauh sunyi sepi pula.
Telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi, sambil berjalan aku membuka mesej yang diterima dan ia adalah sms dari pakcik Rashid.
‘’Salam Razziah, ada dekat mana? Pakcik dah sampai 20 minit yang lalu. Mungkin Razziah sibuk. Tidak mengapa kalau Razziah tidak berkesempatan berjumpa pakcik hari ini. Pakcik faham, lain kali kita atur lagi perjumpaan ya. Pakcik pun dah nak gerak, terima kasih dan maaf mengganggu ya, jaga diri.’’
20 minit dah tunggu? Aku percaya pakciik Rashid sengaja cakap begitu agar aku tidak merasa bersalah. Aku melihat dengan mata aku sendiri yang dia sudah sejam menunggu aku. Aku memilih untuk tidak membalas sms pakcik Rashid.
Ada beberapa blok lagi untuk sampai ke tempat letak kereta. Aku cuba untuk kekal tenang dan positif. Tiada apa yang akan berlaku di siang hari begini. Tapi memang sedari tadi aku agak cuak bila hendak melalui kawasan pembinaan bangunan yang terbengkalai. Ada beberapa kelibat di dalam bangunan yang ditinggal itu bersorak-sorak sebaik saja dia melalui jalan itu tadi, namun mereka tidak dapat melakukan apa-apa kerana tadi aku datang waktu makan tengahari, jadi ramai pekerja-pekerja pejabat yang berjalan bersama-samaku tadi. Tapi sekarang baru 3.20, ramai yang masih berada di pejabat jadi sudah tentu jalan ini sunyi.
Aku cuba memberanikan diri, beristighfar banyak kali saat melalui kawasan bangunan itu.
Tiba-tiba ada bunyi sorakan dari atas bangunan. Seorang lelaki bertuala bersorak melihatku dan di tingkat lain pula ada seorang lelaki dari tingkat dua bangunan yang sama berlari-lari keluar menjengukku. Aku mencuri-curi pandang dan aku lihat kedua-dua lelaki itu benar-benar teruja melihatku.
‘’Dia datang! Dia datang! Apa lagi? Ayuk mulakan!’’ jerit lelaki dari tingkat atas.
Mulakan? Mulakan apa? Tak boleh jadi!
Aku mula berlari menuju ke arah kereta, tetapi lelaki dari tingkat dua bingkas berlari lalu sudah berada di hadapanku.
Aku tercengang dan langkahku terhenti.
Di hadapanku ketika ini, aku dapat melihat dengan jelas lelaki tadi berdiri menghalang perjalananku dengan hanya berseluar dalam sahaja.
‘’Jangan takut! Adik manis cuma tengok abang okay?’’ kata lelaki itu seraya menurunkan seluar dalamnya dan menunjukkan kemaluannya dan mula bermasturbasi di hadapanku. Mulutnya terkumat-kamit memintaku ‘menonton’ aksinya.
Aku perlu segera lari dari situ. Dengan lelaki itu di hadapanku mana mungkin aku boleh berlari ke arah kereta, aku harus berpatah balik.
Baru saja aku berpaling ke belakang cuba mahu melarikan diri, lenganku dipahut oleh seorang lelaki.
Oh lelaki bertuala dari tingkat atas! Kedua-dua lelaki ini telah mengepungku.
Lelaki bertuala berang dengan tindakanku yang meronta-ronta minta dilepaskan.
‘’Jerit, saya terus rogol! Diam saja biar nikmati kami berdua!’’ arah lelaki bertuala tadi lalu menarikku masuk ke dalam bangunan. Dalam keadaan laluan yang sempit dan dikepung depan dan belakang, memang mustahil untukku meloloskan diri. Aku tiada pilihan.
Kedua lelaki itu tadi berkali-kali mengugutku untuk tidak menjerit. Mereka mengarahkanku untuk membuka tudungku. Aku enggan dan merayu dilepaskan.
Barangkali tidak mahu aku terus berbuat bising, mereka akhirnya beralah dari memintaku membuka tudung. Sebaliknya kedua-dua mereka kini sudah berbogel tanpa seurat benang dihadapanku dan memintaku memilih siapa di antara mereka yang aku suka.
Aku tidak menjawab. Berang dengan tindakanku tadi, lelaki bertuala itu menarik tudung dari kepalaku dan menolak kepalaku hingga terhantuk di dinding.
Saat itu hanya Allah saja mengetahui kesakitan da ketakutan yang aku rasai. Dapat aku rasakan keadaan semakin sukar dikawal, aku gagal dalam memujuk kedua lelaki yang semakin ligat bermasturbasi di hadapanku ini untuk melepaskanku.
Didorong oleh nafsu serakah, lelaki berseluar dalam tadi menghampiriku dan memintaku melakukan seks oral padanya. Aku menangis ketakutan. Ditariknya kepalaku namun ku kumpul kekuatan menolaknya hingga jatuh. Aku bingkas bangun dan hampir berjaya berlari menuruni tangga, namun skirt labuh yang ku pakai membuatku tersadung dan terjatuh ke lantai lalu kesempatan itu diambil oleh lelaki bertuala tadi.
Dengan ganas dia mengoyakkan baju kemejaku sehingga menampakkan baju singlet yang ku pakai.
‘’Saya sudah bilang tadikan, kalau jerit atau cuba lari saya rogol!’’ kat lelaki bertuala itu.
‘’Kasi habis saja anton! Rogol terus kasi selesai cewek ni,’’ jerit lelaki berseluar dalam.
Aku faham apa yang dibualkan mereka, aku sudah tiada cara lain!
Aku menjerit sepuas-puas hati meminta pertolongan, walau ditampar dan ditendang berkali-kali aku tetap menjerit.
Sumpah! Aku benar-benar menyesal tidak terus berjumpa dengan pakcik Rashid! Kalau aku berjumpa dengannya tadi tentu saja aku tidak mengalami saat genting ini. Tidak! Aku patutnya tak payah keluar langsung dari rumah! Arh! Semua ini salah pakcik Rashid! Kalau ada apa-apa jadi padaku aku akan salahkan packcik Rashid.
Kepalaku ditarik dan aku diseret untuk masuk ke sebuah bilik, aku mengeraskan badanku namun kedua-dua lelaki itu akhirnya bekerjasama mengangkatku lalu mencampakku di lantai.
Kedua-dua mereka sudah bersiap sedia untuk memperkosaku.
Tidak! Tidak! Bukan ini pengakhiran hayatku! Mak selamatkan Zie, Zie minta maaf mak! Zie tak sempat mohon ampun dari mak!
Aku masih menjerit minta dilepaskan namun tidak semena-mena satu tumbukan tepat mengena perutku membuatku tidak berdaya untuk bangun, pandangan mataku kabur.
Apa yang aku dapat lihat lelaki itu menaikkan skirtku dan aku dapat rasa cengkaman tangannya yang kasar memegang kedua-dua kakiku dari menendangnya.
‘’Woi! Binatang! Apa kamu buat? Lepaskan perempuan tu!’’
Satu suara menyergah menyebabkan kedua-dua lelaki itu terkejut.
Aku tidak cam suara lelaki itu tapi aku dapat melihat dengan jelas, itu adalah pakck Rashid!
‘’Kau siapa orang tua?! Jangan kacau kami. Biar kami buat hal kami! Kalau tidak mahu mati pergi dari sini!’’ jerit salah seorang lelaki tadi.
‘’Aku bapanya dan itu anak perempuan aku! Lepaskan anak aku! Aku dah panggil polis sebentar lagi tahulah nasib kamu berdua,’’ balas pakcik Rashid.
Bapa? Aku anaknya? Satu perasaan aneh menerpa, aku tidaak marah tapi merasa bangga dan selamat.
‘’Ar! Aku tidak percaya! Nah ambil ni! Pergi mati!’’ ujar lelaki bertuala tadi seraya menghayunkan batang kayu panjang ke arah pakcik Rashid namun berjaya ditepis oleh Pakcik Rashid.
Aku bingkas bangun, mengumpul segala kekuatan untuk mencapai tudung dan baju kemejaku lalu segera ku sarungkan dan segera berlari menuruni tangga untuk meminta bantuan ketika kedua-dua lelaki tadi bertungkus lumus melawan pakcik Rashid.
Aku segera menelefon polis dan kemudian meminta bantuan dari orang awam yang lalu lalang di kawasan restoran tadi. Aku tak pasti jika pakcik Rashid cuma mereka cerita saja dengan kedua-dua lelaki tadi tentang polis yang sudah dalam perjalanan atau tak, yang aku tau harus cepat minta bantuan selamatkan pakcik Rashid.
Polis tiba beberapa minit kemudian dan memberkas kedua penjenayah itu, tapi sebelum itu beberapa orang awam telah bergegas membantu pakcik Rashid menangkap kedua lelaki terbabit.
Aku menunggu di tingkat bawah, sebenarnya aku malu berjumpa dengan pakcik Rashid tapi tidak sopan rasanya aku pergi tanpa mengucapkan terima kasih. Aku merasa bahu ku disapa lembut oleh seseorang dan bila ku toleh, pakcik Rashid berada di belakangku.
‘’Alhamdulillah semuanya selamat, nasib baik ayah awak lalu belakang tadi cari awak, kalau tak, tak tahulah apa jadi,’saya gerak dululah ya encik Rashid,’’ ujar salah seorang lelaki yang datang membantu tadi kepada aku dan pakcik Rashid.
Apa? Pakcik Rashid lalu belakang tadi semata-mata mahu mencari aku?
Aku melihat pakcik Rashid senyum dan tunduk malu, dia medehem-dehemkan kerongkongnya barangkali cuba mengatur ayat untuk memulakan bicara namun aku pantas mengucapkan terima kasih kepadanya.
‘’Kebetulan saja Razziah, pakcik macam tak sedap hati tadi pakcik fikir mungkin Razziah lewat atau susah nak cari parking tapi masa lalu tadi pakcik dengar jeritan perempuan minta tolong, tak sangka pula itu Razziah. Pakcik sebenarnya nak minta maaf ya, kalau bukan sebab pakcik ajak keluar benda ni takkan terjadi. Razziah baru sampai ke tadi?
Aku teragak-agak untuk beritahu perkara sebenar yang aku dah lama sampai tapi sengaja tak mahu berjumpanya. Aku malu. Aku cuma mengangguk mengiyakan saja.
‘’Pakcik, minta maaf ya, sekali lagi terima kasih kerana selamatkan saya dan kalau boleh jangan beritahu mak tentang apa yang terjadi hari ni,’’ ujarku.
‘’Tapi kenapa Razziah, pakcik rasa bersalah tak beritahu mama Razziah,’’ tanya pakcik Rashid.
‘’Tak mengapa, tiada apa-apa yang terjadi, walaupun masih ketakutan tapi saya akan okay, saya cuma tidak mahu mama tahu dan risaukan saya,’’ jelasku.
Ya, benar, aku tidak mahu mama risaukan aku lagipun tiada apa teruk terjadi dan lagi satu, aku tidak mahu mama atau pakcik Rashid merasa bersalah dengan apa yang menimpaku dan seterusnya hubungan mereka renggang.
Pakcik Rashid mengajakku untuk duduk minum di kafe berhampiran namun aku menolak kerana letih dan mahu berehat, pakcik Rashid sebaliknya menemaniku berjalan ke tempat letak kereta.
Sepanjang perjalanan itu kami berbual tentang apa yang terjadi tadi, tanpa sedar aku bercerita mengenai perkara yang terjadi tadi seperti biasa seolah-olah kami berdua sudah lama kenal. Aku merasa selesa dan selamat.
‘’Razziah, walaupun kita tak sempat berbual lama tapi pakcik nak ucapkan terima kasih kerana sudi datang berjumpa pakcik, malang tak berbau ada halangan tadi kan. Entah bila kita dapat berjumpa lusa Razziah sudah balik asrama. Hati-hati balik nanti ya, dan lagi satu pakcik nak Razziah tahu yang pakcik sama sekali tidak berniat menggantikan tempat arwah ayah Razziah, dia tetap ayah Razziah dunia dan akhirat. ‘’
‘’Tapi pakcik mahu menjadi suami yang baik buat mama dan kalau diizinkan pakcik mahu menjadi seorang lagi bapa kepada Razziah dan adik, pakcik ikhlas. Jangan marah atau salahkan mama Razziah kerana dia menerima pakcik selepas pakcik berkali-kali memujuk dan memikatnya. Apapun, pakcik sanggup menunggu sehingga Razziah bersedia menerima pakcik, jangan paksa diri kalau tak dapat ya,’’ ujar pakcik Rashid lalu menghulurkan beberapa keping wang kertas RM50 kepadaku.
Aku menolaknya namun pakcik Rashid berkeras memintaku menyimpannya.
‘’Simpanlah Razziah buat belanja di asrama nanti, mama Razziah cakap yang tahun ni semester akhir dan banyak buat thesis dan kerja makmal, simpan dan guna bila perlu ya, tak banyak tapi harap dapat membantu. Jangan anggap pakcik nak ‘rasuah’ pula ya?’’ ujar pakcik Rashid berseloroh dan aku mengangguk lalu mengucapkan terima kasih.
‘’Pakcik pegang janji pakcik tadi ya, rahsiakan apa yang terjadi. Terima kasih sekali lagi dan panggil saya Zie saja pakcik, keluarga dan teman-teman rapat panggil saya Zie sahaja,’’ ujarku kepada pakcik Rashid sebelum beredar.
Tanpa sedar aku menguntum senyum. Hatiku tenang.
Share this novel