Bab 8

Romance Completed 12561

Sejak dari hari itu, hubungan aku dan Yuda renggang. Aku sentiasa mengelak untuk berbual dengan Yuda. Malah bukan Yuda seorang..aku mengelak dari Julio dan Jack. Aku memilih untuk memencilkan diri.
"Yana !" panggil Yuda namun aku buat-buat tak dengar.
Yuda mengejar dan terus menarik tangan adik kembarnya itu.
Terpaksa juga aku berhenti.
"Kau nak apa?" dingin suara ku.
Yuda mengerutkan kening.
"Kau dah lain lah. Kau bukan macam ni. Apa masalah kau sebenarnya?" soal Yuda pula. Ya.. memang dia selalu bergaduh dan menyakiti perasaan kembarnya itu..tapi tak bermakna dia mahu mencipta permusuhan antara mereka berdua.
"Anggaplah kau tak pernah ada saudara kembar. " tajam mataku menikam wajahnya.
Kemudian aku terus berlalu pergi.
Yuda terkedu. Kenapa pula..?

" Yuda.. kau bergaduh dengan Yana ke?" tiba-tiba Julio muncul.
Sedikit tersentak Yuda dibuatnya.
"Entahlah..tapi dia dah lain macam je dua tiga hari nj.." ujar Yuda pula.
Julio mengiyakan.
"Ya.. kenapa eh?? Selalunya dia akan lawan balik kalau aku kacau dia. Tapi ini tak... dia buat tak dengar. Lebih teruk..dia mengelak dari aku.." ujar Julio pula.
Yuda mengeluh.
"Kau tahu ke kenapa dia macam tu?" soal Yuda lagi.
Julio menggeleng walau hakikat yang sebenar.. dia tahu sangat puncanya apa.
Yuda mengeluh perlahan.

"YANA ..!" puas Julio mengejar gadis itu.
Aku mempercepatkan langkahku. Malas mahu berbual dengan dia.
"Tunggulah Yana!" terpaksa Julio meninggikan suaranyaa.
Aku berhenti. Aku menoleh ke arahnya.
"Apa yang kau nak dari aku?!" bentakku geram.
Julio mengeluh. Parah ni... garang sangat ni!!
"Kau mengelak dari aku kan? Kenapa?"soal Julio lagi.
"Apa salah aku? Kenapa kau lari dari aku?" soal Julio lagi.
Aku mengeluh perlahan. Ni yang aku malas ni...
"Aku tak sa masa nak cakap benda bodoh ni dengan kau.. Aku nak masuk kelas." ujarku mahu segera beredar tapi dihalang Julio.
"Aku tak kan benarkan kau pergi sebelum kau bagitahu aku kenapa kau mengelak dari aku... Aku tak fahamlah!!" ujar Julio bengang.
Aku mengetap bibir. Budak ni memang dari dulu tak nak bagi aku hidup senang kan..Ada je nak cari pasal dengan aku.

"Dah lah... aku malas nak cakap dengan kau lagi. Aku bosanlah tengok muka kau tu...berambuslah!" marahku lalu terus berlalu pergi.
Julio terkedu. Benarkah begitu ?? Ini semua kerana Jack ! Tak guna !!

"Puas hati kau sekarang?" ujar Julio lalu menghadiahkan penumbuk ke muka Jack.
" Hei.. kurang ajar !" Jack tersentak diserang mengejut begitu. Dia bangun dan membalas balik. Berlaku adegan saling menumbuk antara mereka. Kedua-duanya enggan mengalah.
"Aku tak kan maafkan kau atas apa yang kau dah buat!" kata Julio penuh amarah.
"Budak tu yang terhegeh-hegeh kat aku! Nerd tak sedar diri.." kutuk Jack lagi.
" Jaga mulut kau ! Dia takkan tertipu kalau kau tak mulakan dulu. Ayat kau bukan main manis lagi .." sinis Julio pula.
Dan adegan saling bertumbuk itu tidak akan berhenti sampailah pengawas datang meleraikannya.

JULIO mendengus geram .Hatinya tak puas. Sakit di bibir akibat luka bergaduh itu tidak setimpal dengan sakit hatinya dekat Jack.
"Macam mana rasanya?? Bergaduh seb perempuan nerd yang tak special langsung tu? " soal Alisa yang tiba-tiba muncul.
Julio mencebik. Minah gila ni lagi..
" Kau ni dah tak de kerja lain ke selain menyemak kat sini?" soal Julio jengkel.
"Wah...kalau budak nerd th menyemak kat sini..kau okey je kan?? Kalau aku...kau ada heartattack pula ke?" pedas bicara Alisa.
" Hah...jangan nak samakan dia dengan kau lah..,Alisa. Aku kan? Kalau diberi pilihan nak pilih dia atau kau...semestinya aku akan pilih dia.. Kau ni..erhh..menyampah je aku tengok!" ujar Julio lalu terus berlalu pergi.
Alisa terlopong. Berani dia kutuk aku depan - depan???!! Shit !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience