Bab 3

Romance Completed 12561

"Hai.." sapa satu suara garau. Aku yang tengah syok menikmati bread yang disapu mentega itu menoleh. Tidak berkelip mataku memandang si jejaka yang kini sedang berdiri di hadapanku. Rambutnya keperangan asli gitu , wajahnya...perrhhh... hensem, macho, segak dan semuanya lah...! Perfect gitu..!
Wait. Dia sapa aku ke?? Yalah!! Dia sapa aku!!! Dalam beribu-ribu awek sexy and hot dalam sekolah tu.. dia sudi tegur aku yang nerd and skema ni?! Boleh masuk diary ni nanti.
Jejaka itu mengerutkan kening bila melihat gadis itu tersengih lebar merenung wajahnya.
"Hallo..?" jejaka itu mengetuk meja menyedarkanku.
" Oh !! Err.. sorry. Yes, can i help you?" aiseh..awat speaking pula ni..?hahaa..lancar je lidah ni berbelit-belit.
Jejaka itu tersenyum simpul.
"Saya Jack." Jack menghulurkan salam perkenalan.
Sepantas kilat aku menyambut tangannya. Sambil tersipu malu.. aku membalas senyuman dia yang menawan itu.
"Owh.. Jack. " aku mengangguk perlahan. What ?? Dia berkenalan dengan aku lah!!!!
" Nama kamu?"soal jejaka itu lalu menarik tangannya.

"Ermm.. Yana. Yana Yasmine." sahutku ringkas.
Jack mengangguk.

DARI tadi Julio memerhatikan gadis itu yang berbual mesra dengan Jack. Tak guna.. menggedik pula dia dengan Jack. Kalau dengan aku..bukan main berang lagi dia..
Tanpa sedar, api cemburu meranap seluruh tangkai hatinya. Mimpi apa pula Si Buaya Darat tu mendekati Yana?? Ni mesti ada something ni... ahhh tak boleh jadi ni! Sudahlah duduk berdua pula...
Tanpa menunggu lama, Julio segera menghampiri mereka berdua.
"Wah... macam seronok je. Borak apa ya??" dengan selamba Julio mencelah diantara Jack dan Yana.Ditolak ketepi tubuh Jack.Mahu tak mahu Jack mengengsot ke tepi juga memberi ruang untuk Julio.
Aku mengeluh kasar. Waktu ni juga ke mamat labu ni nak datang?? Arhh...menyampahlah!!!
Aku menyiku kasar perut Julio. Julio mengetap bibir menahan sakit. Tahan je lah... nasiblah bukan berdua....bisik hati Julio.
"Eh ? Jack..?? Ni dah tukar selera baru ke?" soal Julio sinis.
Jack mengerutkan kening.
"Maksud kamu??" soal Jack pelik.
Julio menyinis.
" Hmm...macam mana relay kamu dengan Mimi?" soalan Julio membuat aku mengebam bibir. Alaa...dah ada kekasih rupanya mamat hot tu.. kecewa terus!!
Jack ketawa sinis. Tahu sangat itu taktik Julio supaya dia tidak mendekati gadis nerd itu.
"Hmm..biasa je." sahut Jack selamaba.
"Oklah..saya masuk kelas dulu."Jack terus berlalu pergi.
Aku pun mahu berlalu pergi tapi dihalang Julio.
"Oii.., gedik." panggil Julio selamba.
Aku mengebam bibir. Dia ni memang nak minta penampar lah kan!!
" Ya..kau nak apa? Penampar ke penyepak?" sinisku dingin.
Julio tersinis.
"Aku tak nak apa-apa dari kau."ujar Julio pula.
"Tapi aku nak ingatkan...jangan dekat dengan Jack tu. Jangan mudah termakan dengan kata-kata manis dia or what.. Aku cuma nak kau tahu..lelaki macam Jack tu..tak padan langsung dengan nerd macam kau tu."ujar Julio selamba.
Aku mengepal penumbuk. Ya Tuhan... cantiknya mulut dia... memang patut dicabai lah!!!
"Watch your mouth.. Cakap je kau jellous kan senang.."balasku pula.
"Aku jellous??"sinis Julio lalu ketawa sinis.
Dia menggeleng-geleng.
" Kau ni memang nerd yang acah cute gitu kan?? Hmm..muka perasan betul.." ujar Julio selamba.
Aku menghentak kaki geram. Tak tahan terus lama disitu,aku terus berlalu pergi.
Julio ketawa sinis. Tapi hakikatnya..kau memang cute pun..,Yana.bisik Julio dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience