Bab1

Romance Completed 12561

Aku membetulkan kaca mataku sebelum membelek helaian buku itu. Entah kenapa aku tertarik sangat dengan jalan ceritanya. Malah susana kantin yang tenang pada tengah hari itu membuatkan aku begitu fokus membaca. Aku memilih untuk membaca novel sementara menunggu ibuku menjemputku pulang. Biasanya aku naik van. Tapi hari itu tidak kerana aku ada kelas tambahan sampai petang. Jadi ibu lah yang akan menjemputku.
Sekali-sekala aku menyedut minumanku dengan straw yang telah tersedia. Membasahkan tekakku yang mulai kering.
"Oi ! "bahuku ditolak kasar denfan tiba-tiba.
Aku terkejut spontan air yang masih dalam mulutku tersembur keluar mengena baju sang pemilik suara itu.
Siapa lagi kalau bukan si poyo lagi berlagak yang bernama Julio Stefan itu ? Ah.. padan la muka dia..biadap sangatkan..ambik ko!!
"Damn !! Kau ni tersampuk ke apa?!"marah Julio bengang.
Aku membuat muka tak bersalah seraya membetulkan kaca mataku.
"Eh..kau yang buat aku terkejut tadi kan? Mestilah aku akan tersampuk walaupun bukan tersampuk..."sahutku selamba dalam rasa menyampah.Sekali sekala aku memulas mulas rambutku yang diikat dua itu.
" Pandainya menjawab kan.?"Julio mengeluarkan sapu tangannya dan menyuakan pada gadis itu.
"Ni apahal ni?" soalku merenung sapu tangan itu.
Julio tersenyum sinis.Dia meletakkan tangannya di atas meja.Dia merenung tepat wajah gadis itu.
"Kau yang kotorkan baju aku ni kan?? So..aku nak kau lap baju aku ni sekarang.Do it now !" tegas Julio di hujung bicara.
Terlopong mulutku.What??Dia ingat dia tu siapa??Mengada sangat..Menyampahnyaaaa....
"Tak..! Aku tak kan buat untuk kau. Kau ada tangan kan? Tak cacat kan?So buat lah sendiri..erhh!!"aku menyahut dengan sinis.Segera aku mengemas barang dan terus berlalu pergi.
Julio cuba menghalang..namun dia biarkan saja.Malas mahu mengejar gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience