Bab 2

Romance Completed 12561

Aku menuju ke kantin dengan langkah yang ringan dan bersahaja. Perutku mengidam nak makan mi laksa yang sedap dan enak di kantin itu.
Ah..tinggal mangkuk terakhir je lagi. Sebelum mangkuk itu habis,lebih baik aku segera order satu.
" Cik, laksa satu !" serentak juga satu suara memesan laksa itu denganku.
Aku mengangkat wajah memandang si empunya pemilik suara garau itu. Dia lagi?! Aduh..menyampah betul la..sengaja nak susahkan hidup aku...
"Kau pun order laksa?" selamba Julio menyoal gadis itu.
Aku merengus.
"Aku tak faham la.. Sekali je tak menyusahkan aku.. memang tak sah lah kan?!"marahku bengang.
"Bila masa aku menyusahkan kau pula??"soal Julio selamba.
"Laksa tu aku yang pesan dulu ya.. jangan buat hal sangat nak rebut laksa aku." marahku lagi.
Julio ketawa sinis.
"Laksa kau?? Kau yang masak laksa tu ke?" soal Julio pula.
"Erhhh...menyampahnya.... Memanglah bukan aku yang masak..kalau aku masak..10 kali ganda lebih sedap dari laksa kantin ni." aku angkat bakul.
Julio menyinis.Iyalah tu...
"Oh ya ke? Entah-entah tak pernah masuk dapur pun.."sinis Julio tajam.
"Budak nerd macam kau ni..bukan biasanya berkepit dengan buku je ke?? Pandai masak tu ada juga ke??" soal Julio sengaja menyakitkan hati gadis itu.
Aku mengetap bibir menahan rasa.Memang minta penampar betul lah mamat ni.Kalau lah ada cili..mahu aku tonyoh tonyoh je mulut dia ni ... Errhh..
Belum sempat aku menyahut,acik kantin itu mencelah.

"Err..maaf.Siapa yang pesan laksa tadi?"soal acik tu.
" saya!"serentak juga aku dan Julio menyahut.
Acik kantin itu mengerutkan kening.Mana satu ni??
"Maaf .. tapi laksa tinggal satu je." ujar acik kantin itu.
Aku mengeluh.
"Takpalah cik...Mual tekak aku ni tengok muka hantu galah ni." aku menyepak kaki Julio melepaskan geram.Malas mahu bertekak lagi.Aku terus berlalu pergi.
Berkerut seribu wajah Julio.Tak guna.Mahu dikejar gadis tu tapi tak mampu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience