Bab 6

Romance Completed 12561

Aku ketawa lucu. Yalah.. budak terlajak hot macam Julio ni cemburu?
"Kau cemburu ya.." usikku nakal seraya membetulkan kaca mataku.
Julio tertawa sinis.
"Aku tak cemburu la.." Julio berlagak tenang.
"Cuma nak kau tahu.. Jack tu bukan seperti yang kau sangka. Jangan termakan sangat dengan bicara manis dia tu.. " ujar Julio memberi amaran.
Aku mencebik.
"Apa masalah kau? Dengki sangat dengan dia.." marahku tak puas hati.
"Jack tu takkan mahu mendekati perempuan nerd macam kau ni.. Yaa.. kalau dia tiba-tiba nak dekati kau.. aku percaya itu pasti ada maksud lain." ujar Julio tegas.
Aku menutup telingaku. Tak mahu mendengar nasihat gila dia lagi.
"Arhh..sudah! sudah!" aku meningkah.
Aku terpaksa mendonggak memandang Julio kerana dia tinggi sangat. Yalah..spesies hantu galah..
"Aku tak nak kau burukkan Jack lagi. Aku tahu Jack siapa dan yang pasti aku suka dia. Okey?Aku suka Jack..dan kau jangan menyibuklah !" ujarku lalu berlalu pergi.
Julio mengeluh. Susahnya budak degil ni. Bengap betul ke?? Kau buta atau kau buat tak tahu?? Takkan kau tak nampak kehadiran aku ni..,Yana..?

JACK tersenyum senang melihat Yuda. Senang hatinya dapat berborak dengan Yuda.

"Yuda..kamu tahu tak?Kamu tu cantik.." manis sungguh bicara Jack.
Yuda tersipu malu.

"Ah..bodek kite nampak.." ujar Yuda cuba menutup rasa segannya.
Jack ketawa kecil.
"Malam nanti nak tak kita keluar..?"soal Jack pula.Yuda mengebam bibir. Kononya tengah berfikir.
"Hmm..bolehlah." sahut Yuda tenang.
" Okey...nanti malam saya jemput ya.." ujar Jack lagi.
Yuda mengangguk.

***********

JACK mengangguk saja bila gadis itu mengajaknya keluar.

"Serius ?! kamu sudi keluar dengan aku??" soalku teruja. Bercahaya wajahku kala itu.
Jack mengangguk saja.

"Ya.. kamu bersiaplah nanti malam.." ujar Jack lalu berlalu pergi.
Lebar senyumanku. Hehehh..nanti aku nak dandan cantik-cantik.
"Oi !" tiba tiba Julio datang lalu menampar bahuku.
Aku terkejut.
"Aduh !! Sakitlah bangang!!" marahku geram.
Julio buat tak tahu.
"Kau nak keluar dengan Jack nanti malam?" soal Julio terselit rasa cemburu.
Aku tersenyum malu.
"Ya...tak sangka dia sudi keluar dengan aku..." ujarku bagai dilamun cinta.
Merah padam wajah Julio menahan rasa cemburu yang mulai bertamu di hati.
"Kau tak boleh keluar dengan dia." tegas siara Julio.
Berkerut seribu wajahku.
"Kenapa pula tak boleh??" soal ku hairan.
Julio menggeleng.
"Aku kata tak boleh..tak bolehlah." ujar Julio pula.
Aku mencebik.
"Kai siapa nak halang aku??" sinisku penuh rasa meluat.
Julio mengetap bibir. Boleh gila dia kalau terus begini...!!

"Okey.. terserah kau lah. Tapi jangan menyesal nanti ya." ujar Julio sedikit kecewa kerana gadis itu enggan mendengar nasihatnya. Dia terus berlalu pergi.
Aku membiarkan saja.Peduli lah...

JULIO resah. Tak tenang jiwanya memikirkan gadis itu. Bodoh betul kah kau Yana?? Takkan kau tak nampak aku yang selalu disisi kau? Kenapa nak terhegeh-hegeh dengan buaya darat tu??

"Aku tak boleh biarkan ini berlaku. Aku kena halang Yana ke tempat ti!" nekad dia bersuara. Tanpa menunggu lebih lama, dia mencapai kunci motorsikalnya dan terus berlalu pergi.
Dari jauh dia sudah dapat melihat Jack sedang duduk semeja dengan Yuda. Yuda?! Bukankah Yana?? Julio menggeleng. Tak..Yana betul-betul tak boleh ke sin! Pasti Yana sedih bila melihat Yuda yang indah dalam gaun hitam itu bersama Jack. Sudahlah mesra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience