Bab 2

Romance Series 10834

Janine memandang sahabatnya yang sedang ketakutan itu.

"Izah, can you please tell me what happened?" Janine bersuara lembut.
"Dady.....dia.. dia... " Suara Izah tersekat-sekat.
"Dady kenapa? "
"Dady.... dia.... orang.. orang... jahatt"Izah menangis lagi.
"Hey, Izah.. Syutt jangan nangis. I will help you. Don"t worry" Janine kesian melihat Izah.
"Kita jangan balik rumah awak.Dady akan cari saya kat sana. "
"Okay, kita tak balik rumah saya.Kita balik Thailand. Tempat Auntie Inn. Teda siapa yang tahu kita di sana. "
"Yes, kita pergi rumah Auntie Inn. Kita pergi sekarang Janine ya??"
"Ya, Izah. Kita pergi sekarang. "

Janine menarik nafas dalam lalu menghembusnya. Mujur saja dia ada seorang ibu saudara yang menetap di Thailand. Tidak hairan lah kerana Janine memang mempunyai darah kacukan Thailand kerana ibunya merupakan seorang wanita berketurunan Thai. Malangnya,ibu Janine telah terkorban ketika melahirkannya. Ayah Janine pula, Mr Weigel selalu sibuk bekerja sehingga Janine dibesarkan oleh pembantu rumahnya. Tidak dinafikan Janine terlahir daripada keluarga yang berada. Janine berkawan rapat dengan Izah sejak sekolah menegah lagi dan hanya dengan Izah lah Janine meluah dan meluangkan masa bersamanya. Janine mendengus. Mata Janine liar memerhati keadaan sekeliling sebelum memberhentikan kereta nya tepat di hadapan KLIA.

"Kita dah sampai. Jom. " Janine membuka pintu Izah. Izah bergegas keluar sambil memerhati keadaan sekeliling. Bagasinya di bawa oleh Janine.
"Janine, tunggu sini. Saya beli tiket"Izah berlari ke kaunter pembelian tiket kapal terbang. Setelah membeli tiket tersebut.
"Jom, kita pergi dari sini" Izah menarik tangan Janine.


************************

"Maaf bos,kami tak jumpa Miss Izah. "
"Arggghhh!!!!!!! Cari sampai dapat. Kalau tidak saya bunuh kamu semua. "Mr Lee menjerit. Hanya beberapa saat saja, orang suruhan nya lesap kerana bertempiaran lari dan takut akan ugutan Mr Lee.

"Izah, kamu tak faham. Dady tak pernah mahu kamu larikan diri dari dady. Come back Izah. Dady sayangkan kamu."getus hati Mr Lee. Dia duduk di sofa sambil memicit dahinya. Fikirannya ligat memikirkan Izah.

********************

"Nah. Makan dulu. "Janine dan Izah sudah pun berada di dalam kapal terbang. Izah mencapai sandwich yang diberi oleh Janine. Selera makannya hilang namun Izah kesian melihat Janine. Sudah cukup dia risau dengan keadaan dirinya. Izah perlahan-lahan menyuap sandwich ke dalam mulutnya. Janine mengusap kepala Izah.

"Izah, awak kena kuat."Janine menggenggam tangan Izah. Izah mengangguk sambil tersenyum paksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience