Bab 6

Romance Series 10834

Pulang saja ke rumah,Izah terus saja menghempaskan badannya ke tilam yang empuk.
"Penat "omelnya sendiri.Janine menepuk punggung Izah.Izah terkesima lantas bangun menghadap Janine.

"Sakit tau"Izah merengek.
"Aiih, sejak bila pandai merengek macam budak kecik ni? "Janine tertawa kecil melihat telatah sahabat baiknya itu.
"Penatlah. "
"Tuelah saya dah cakap jaga budak tu susah. "
"Lebih baik layan kerenah Izzami dari bapa Izzami yang berlagak hensem nak mampos tu"
"Aiipp, buruk-buruk dia pun bos awak"
"Nasib badan.Janine,saya rasa macam nak sewa rumah yang dekat dengan rumah banglo Izzami tu lah. Senang nak pegi keja. "
"Dah taknak tinggal dengan Janine dan Auntie?"
"No. Cuma senanglah kalau nak pegi keja. Nanti cuti saya balik lah sini. "
"Yelah. Besok saya teman awak pegi tanya. Awak tu bukan fasih sangat cakap Thailand. Setakat tau ucap Sawadeekka jer"
"Ehhh jangan pandang rendah tau. Saya tau ucap benda lain juga"
"Ucap apa? Cuba ucap. Nak dengar"
"Chan Rak Ther(Aku cinta padamu) "Izah berbisik di telinga Janine.
"Yay!!!!!Geliii lahhh"Janine ketawa sambil mencubit bahu Izah.
"Sakit lah. "Izah merengek lagi namun melihat Janine tertawa dia langsung ikut tertawa bersama Janine.


***********
"Macam berhantu jer flat ni"Izah memaut tangan Janine. Suasana seram menyelubungi dirinya.
"Hissh, takdah lah seram. Awak ni. Awak juga yang nak tinggal sini kan. "Janine menyedapkan hati Izah.
"Janine, serius.Flat ni seram"
"Habis tu? "
"Jomlah turun. Saya dah lambat masuk keja balik ni. "
"Izah,habis tu awak taknak tengok? "
"Besok-besoklah. "Izah menarik tangan Janine.Janine hanya mengeleng kepalanya melihat perangai Izah.

Janine menghantar Izah ke depan banglo Izzaril.Kebetulan hari itu, Izzaril tidak kerja. Izah perlahan masuk ke ruang tamu. Izzami berlari mendapatkan Izah.

"Good morning"Ucap Izzami
"Good morning little prince. "Izah mengusap lembut rambut Izzami.
"Dari mana? You lewat 10 minit tau"Izzaril merenung jam di tangannya.
"Dari flat depan sana. Sorry encik.. i mean Izzaril"Izah tunduk.
"Untuk apa pegi flat sana?"Tnya Izzaril
"Nak sewa tapi macam seram jer flat tu"
"You takdah rumah? "
"Ada.Tapi jauh dari sini. Kalau tinggal dekat flat tu kan dekat nak pegi sini."
"Ohh.Tunggu sini" Izzaril berlari anak meninggalkan Izah dan Izzami. Izah hairan namun hanya membiarkan saja sikap majikannya itu.
"Izzami nak main apa hari ini? "Izah mengalihkan perhatiannya kepada Izzami.
"Hari ni Izzami nak keluar dengan dady. Ikut yer?"Izzami menarik tangan Izah.
"Tanyalah dady dulu. "
Izzami mengganggukan kepalanya. Tidak lama kemudian, Izzaril turun.Dia menghulurkan segugus kunci kepada Izah.

"Apa nie? "Izah tidak menyambut huluran Izzaril sebalik nya menanyakan soalan.
"Kunci rumah flat i. You tinggal lah sana. Lagipun flat tu takdah yang nak. I belikan untuk bekas wife i, tapi.. nevermind lah. You boleh pindah ke sana esok. I bagi u cuti satu hari. But today, you kena ikut i dengan little prince i ni pegi jalan-jalan. "Izzaril mengusap rambut Izzami.
"Yeayyy!!!! Kakak Izah ikut!! "Izzaril melonjak keriangan. Petang itu, Izzaril membawa Izzami dan Izah mengelilingi kawasan itu. Sampai di sebuah kedai, Izah terhenti seketika. Dia memandang sebuah loket emas yang di hiasi
dreamcatcher berwarna emas sebagai buah kalungnya. Izah tersenyum memandang loket itu.
"Izah, buat apa? Nak mencuri ye?? "Izzaril menyakat Izah.
"Ehhh tak adalah. "Izah memuncungkan mulutnya lalu berjalan meninggalkan Izzaril. Izzaril memandang loket yang dilihat Izah tadi,dia tersenyum dan mengejar Izzami dan Izah yang sudah jauh di hadapannya. Hari sudah hampir senja dan mereka pun mula pulang ke rumah masing-masing. Izzaril sempat menghantar Izah pulang dan kemudian berlalu pergi untuk pulang ke banglonya bersama Izzami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience