Bab 3

Romance Series 10834

Akhirnya setelah beberapa jam di dalam kapal terbang,mereka pun mendarat di Suvarnabhumi International Airport,Thailand.Turun saja dari kapal terbang, Janine mendapat panggilan dari ibu saudaranya. Izah hanya membisu bila mendengar Janine dan ibu saudaranya berbicara dalam bahasa Thailand. Mata Izah melilau memandang sekeliling. Sudah beberapa kali dia menjejakkan kaki ke tanah Thailand ini, tapi kali ini dia merasa berbeza.Dia teringat ayahnya, Mr Lee. Airmatanya mengalir lagi. Sampai di ruang menunggu, Izah terlihat kelibat Auntie Inn. Izah memang mengenal Auntie Inn kerana apabila Janine dan dia melancong ke Thailand, mereka akan menginap di rumah Auntie Inn. Malah, Auntie Inn sendiri sudah menganggap mereka sebagai anak kandung memandangkan dia adalah seorang janda tanpa zuriat atau anak. Janine memeluk Auntie Inn begitu juga dengan Izah. Izah tidak dapat menahan airmatanya. Auntie Inn menepuk-nepuk belakang Izah.

"Ma Pai(Mari pergi) "Ucap Auntie Inn dalam bahasa Thailand. Janine dan Izah hanya mengangguk dan mengikuti langkah Auntie Inn.


*****************

"Tolong!! Jangan tangkap saya!! Saya tak nak pulang!! "Tangan Izah digenggam kuat oleh Mr Lee.
"Ikut cakap dady!!" Jerit Mr Lee.
"No!! Janine help me!! "Izah merayu kepada Janine namun rayuannya tidak diendahkan kerana Janine telah di ikat dan mata nya ditutup. Air mata Izah semakin deras. Dia menjerit meminta tolong sekuat hati.

"Izah!! Wake up!! " Janine menampar lembut pipi Izah. Izah tersedar dari mimpinya.
"Janine"Izah memeluk Janine.
"It's okay. Kamu cuma mimpi buruk. "Janine membelai rambut Izah.
"Janine, teman saya please. "
"Okay, saya teman awak"Janine menepuk bahu Izah dan berbaring di samping Izah.


**************************

Hampir seminggu Izah dan Janine menetap di rumah Auntie Inn. Izah bersyukur kerana ayahnya tidak dapat menjejakinya. Petang itu, Janine membawa Izah berjalan di sekitar pekan. Kebetulan Izah terlihat sebuah iklan yang menawarkan pekerjaan.

"Janine, i think i need to try this"Izah menunjukkan iklan yang di ambil nya dri dinding sebelahnya.
"Are you sure? "
"Yes,saya kena berdikari sendiri. "
"Esok saya hantar awak ke tempat ni. Dah lah jom balik. Dah petang"Janine tersenyum lalu melangkah meninggalkan tempat itu bersama Izah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience