Bab 9

Romance Series 10834

Izah menyandar pada kerusi malas milik Izzaril. Izzami masih sibuk bermain dengan robot baru pemberian Izah. Izah tersenyum. Kelibat Izzaril tidak kelihatan. Masih di pejabat agaknya. Mata Izah melilau melihat kolam renang di hadapannya. Petang-petang begini, pasti seronok bila dapat merendam badan di dalam kolam. Lamunan Izah terhenti apabila terdengar suara Izzami menjerit memanggil ayahnya.

"Dadyy..!! "jeritnya sambil meminta untuk di dukung.
"Little prince. Dady rinduu"Izzaril mendukung Izzami sambil mencium pipi anaknya berulang kali. Izah tersenyum melihat kasih sayang Izzaril pada Izzaril. Izzami menoleh melihat Izah yang masih duduk di kerusi malas.
"You dah makan.? "tanya Izzaril
"Belum lagi. I takdah selera sangat lah. "Izah menjawab soalan Izzaril. Izzami perlahan menuju ke arah Izah. Izzaril duduk di pangkuan Izah sambil tangannya bermain jari Izah.
"Kenapa you tak makan? Nak tunggu i suapkan?"
Izzaril membuka blazer yang disarungnya dari pagi tadi sambil meletakkan briefcase nya d tepi kerusi malas.
"Apalah you ni. I takdah selera jer."Izah memandang Izzaril.
"Dah takpayah nak buat alasan. Pergi siapkan Izzami. Kita keluar pegi makan. I naik atas, i trun balik you msti dah siap kemaskan Izzami.Faham?"
"Fahamm boss. "

Izah berdiri sambil mendukung Izzami ke bilik persalinan. Malam itu mereka keluar makan di sebuah restoran Jepun. Izah tidak tertarik untuk menikmati sushi di hadapan nya.

"You tak nak makan? "tanya Izzaril
"I tak suka makan sushi. Mentah. "jawab Izah.
"Hbis tu,you nak makan apa? "
"Nasi lemak,laksa,sate"Izah menelan liur. Tekaknya ingin sekali merasa makanan Malaysia.
"Makcik, kat sini mana ada tu semua."
Izah mendengus. Sushi di hadapan nya di pandang kosong. Langsung tidak menyelerakan. Namun kerana ingin menjaga hati Izzaril dia mencapai Sushi tersebut dan menyumbat ke dalam mulutnya.

"Takpayah lah nak paksa kalau memang tak suka makan. Makan takoyaki tu. Yang tu sedap. Tak. mentah. "Izzaril menghulur Takoyaki kepada Izah. Izah memandang saja. Izzaril mengambil takoyaki di hadapan Izah menggunakan Chopstick.
"Buka mulut. "Izzaril mengarah
"Ehhh i boleh makan sendiri. "
"Bukaa Mulut. "Izah perlahan-lahan membuka mulutnya. Izzaril menyuap takoyaki ke mulut Izah. Izah mengunyah perlahan. Sedap. Izzaril tersenyum sambil menggeleng kepalanya.Selesai makan, Izzaril menghantar Izah pulang ke flat.

"Hadiah i kelmarin you dah buka? "tanya Izzaril
"Belum lagi. Kenapa you? "Izah membuka tali pinggang keselamatan dari badannya.

"Saja tanya."Izzaril tersenyum.
"Okaylah you. I nak naik ni. Nak tidur. I mengantuk. "Izah tersenyum dan perlahan pergi meninggalkan Izzaril. Sampai saja,dia l
angsung membuka baju dan mandi. Selesai itu, dia menyarung baju tidurnya dan duduk di birai katil. Matanya tertancap pada bungkusan pemberian Izzaril. Perlahan dia mencapai lalu membuka bungkusan itu. Seutas rantai dreamcatcher berwarna emas dan sebuah kotak muzik berwarna pink. Izah memang menyukai rantai dreamcatcher itu. Tidak pula dia menyangka Izzaril akan menghadiahkan rantai itu kepadanya.Dia masih ingat lagi apabila Izzaril menuduhnya mencuri rantai itu di kedai masa Izah melihat dari luar kaca. Hendak dibeli namun pada masa itu kewangan Izah tidak mencukupi. Sejak meninggalkan Malaysia, kad kredit Izah semuanya dibekukan oleh Encik Lee. Izah mengalungkan rantai pemberian Izzaril ke lehernya. Cantik. Kotak muzik berwarna merah jambu di bukanya. Izah memutar kunci tepi kotak muzik itu. Terdengar sayup-sayup suara kecil mengalunkan muzik yang menidurkannya. Izah berbaring. Memandang kotak muzik yang masih berbunyi. Perlahan-lahan ingatannya mula hilang. Dan dia terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience