Bab 5

Romance Series 10834

"Dady!! " Seorang budak lelaki sekitar umur 4 tahun berlari sambil tertawa gembira.
"Izzami"Izzaril mendukung kanak-kanak tersebut sambil mencium pipinya. Izzami memandang Izah. Dia tersenyum manis.Izah membalas senyuman anak kecil itu.
"Mamy? "Izzami memandang Izzaril.
"No. This is Auntie Izah. "Izzami turun dari pangkuan ayahnya dan melihat ke arah Izah. Izah membongkokan badannya sambil tersenyum dan mencubit lembut pipi Izzami.
"I'm Auntie Izah.I will take care of you from now"Izah membelai rambut Izzami. Izzami melonjak keriangan. Izzaril sendiri hairan melihat kelakuan anaknya itu. Selalunya, Izzami tidak suka jika dia mengupah orang untuk menjaganya.
"Jom,Kakak.Kita main. "Izzami menarik tangan Izah. Bulat mata Izah memandang anak kecil itu.

"Izzami, kamu pandai cakap melayu? "tanya Izah
"Sikit"Izzami mengeluarkan set mainan ultramannya. Izah memandang Izzaril yang baru saja ingin melabuhkan punggungnya di sofa depan mata Izah.

"Encik Izzaril, you orang melayu? "
"Ya. Why? You tak percaya? "Izzaril memandang Izah dengan pandangan mata yang tajam.
"How can you live here? "tanya Izah lagi
"Perkhawinan. "Izzaril tersenyum paksa.
"Okay, Encik. "

Izah hanya membisu selepas itu. Izzaril meninggalkan Izah bersama Izzami setelah waktu makan tengah harinya tamat. Seharian Izah melayan karenah Izzami. Mujur saja Izzami adalah seorang anak kecil yang tidak banyak songeh. Setelah puas bermain, Izzami mula mengantuk dan Izah menidurkannya. Setelah Izzami tidur, Izah turun semula dan mengemas mainan-mainan yang bertaburan di lantai. Rasa lelahnya makin terasa. Dia berbaring di sofa dan sedikit demi sedikit mata Izah mula tertutup dan dia tertidur. Jam menunjukkan pukul 7.00pm.Izzaril balik ke rumah. Masuk saja dia ke dalam rumah, dia merasa hairan kerana suasana sangat sunyi sepi.

"Izah! "panggilnya. Namun tiada jawapan. Izzaril berjalan ke ruang tamu dan terlihat Izah sedang tidur di atas sofa. Dia mengeleng sambil mendekati Izah.

"Cantik juga budak ni kalau tengah tidur."Izzaril menatap wajah Izah.
"Hei! Wake up, wake up. Amboi curi tulang ke you ni? "Suara Izzaril yang lantang dan kuat mengejutkan Izah dari lenanya.
"Ehhh tulang itu tulang ayam ehhh"Latah Izah. Hampir tertawa Izzaril melihat telatah Izah.
"Sedap jer you membuta. Zami mana? "
"Sorry, encik. Izzami ada kat atas. Tidur"Izah mengosok-gosok matanya.

"You boleh balik sekarang.Dah lebih waktu kerja dah ni. "Izzaril melihat jam tangannya.
"Baiklah."Izah berdiri dan mencapai beg tanganya lalu berjalan perlahan meninggalkan Izzaril.
"Izah, ada orang ambil? "Tanya Izzaril.
"I boleh minta tolong kawan I,Encik Izzaril. "
"No need to call me Encik lah. Just call me Zaril."
"Okay Encik ehhh Zaril. I balik dulu. "
"Hati-hati"pesan Izzaril dan Izah pun pergi meninggalkan Izzaril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience