BAB 1 - KKP - MAHKOTA

Romance Completed 124231

"Lepaskan Seri! Lepaskan Seri! Kenapa buat Seri macam ni... Apa yang Along bencikan sangat dengan Seri...?" Seri meronta-ronta minta dilepaskan. Ini bukan kali pertama Qalish berkasar dengannya.

"Sebab kau...! Kau buat aku benci dengan kau! Mummy Daddy terlalu sayangkan kau...! Semua orang sayangkan kau!" Entah kenapa Qalish cukup membenci Seri. Dari awal kedatangan Seri, Qalish cukup benci padanya.

"Kalaupun Along benci pada Seri, jangan buat Seri macam ni! Lepaskan Seri, Along! Sakit, Long...! Tolong lepaskan Seri... Seri merayu... Lepaskan Seri, Long!" Berkali-kali Seri merayu minta dilepaskan.

"Siapa kau nak panggil aku Along! Kau bukan adik aku! Jangan berani panggil aku dengan panggilan tu! Kau tak layak!" Begitulah selalunya yang akan Seri alami ketika bersama Qalish. Rambut Seri yang direntap, dilepaskan...

Kesian Seri... Qalish cukup berbeza dengan Qabil dan Qarizh... Angah dan Alang cukup baik dengannya. Melayannya sebagaimana seorang adik. Pernah Seri meminta keizinan dari Daddy Mummy untuk tinggal bersama-sama kawan baiknya, di rumah sewa, namun ditentang hebat oleh Mummy. Apalagi yang mampu Seri katakan hanya berdoa agar hidupnya tidak berterusan terseksa.

"Ingat Seri... Jangan pernah bermimpi kau akan bahagia dengan keluarga aku! Kau tak layak!"

"Kenapa, Long? Kenapa Along benci sangat dengan Seri? Apa salah Seri?"

"Perlu ke sebab untuk aku benci kau?"

"Aku takkan biarkan kau seronok dengan kekayaan yang kau dapat... Jangan mimpi kau akan bahagia... ! Aku akan pastikan hidup kau terseksa selamanya!"

"Seri sedar siapa diri Seri selama ini! Seri tak pernah bangga dengan apa yang Seri miliki. Seri tahu Seri menumpang kasih Along sekeluarga! "

"Hah, sedar pun!"

"Seri tak pernah lupa asal-usul Seri! Tapi tak bermakna Along boleh hina Seri macam tu! Seri ada maruah Long! Bukan macam perempuan-perempuan yang selalu Along bawak ke hulu-hilir!"

"Oh, berani kau ya! Kau dah lama hidup ke? Mana kau tahu aku bawak perempuan?"

"Along tak payahlah berpura-pura! Angah, Alang pun tahu apa yang Along buat belakang mereka! Malah Mummy Daddy juga tahu!"

"Berani kau ya! Kau tak takut kena ...?"

"Hidup mati Seri bukan terletak kat tangan Along!"

"Jadi kau memang tak takut, ya...!"

"Takut apa Long...? Along nak pukul Seri? Pukullah, Long! Along nak pecat Seri dari kerja kat tempat Daddy! Silakan! Seripun dah tak tahan dengan perangai Along...! Along terlalu bongkak! Ego! Along...!" Qalish terus menarik rambut dan tangan Seri... Leher Seri dicekik... Hingga Seri hampir kehilangan nafas...

"A...long...! Le...pas...kan Se...ri...!" Tersekat-sekat suara Seri akibat cekikan itu. Air mata Seri mengalir menahan kesakitan. Terasa nyawanya dihujung tanduk ketika ini. Melihat keadaan Seri yang semakin lemah, Qalish terus mencempung Seri masuk biliknya. Seri diletakkan di atas katil king miliknya.

Entah syaitan mana yang merasuk Qalish, Qalish merentap pakaian di tubuh Seri... Seri cuba meronta dalam kesakitan... Nafasnya semakin tersekat... Dia bimbang Qalish akan melakukan sesuatu yang lebih teruk... Seri tidak rela diperlakukan sedemikian...

Qalish sudah hilang pertimbangan saat melihat tubuh Seri tanpa pakaian. Seri tidak berdaya menahan Qalish yang semakin dirasuk syaitan. Qalish semakin rakus menindih tubuh Seri...

"Along... ! Tolong... Tolong jangan buat macam ni, Long! Ingat Tuhan, Long! Lepaskan Seri!" Kedua-dua tangan Seri dicengkam. Tubuh tegap Qalish kini benar-benar di atas tubuh Seri. Qalish dengan rakus menggeser hidung mancungnya ke leher jinjang Seri. Puas sudah Seri melawan, namun kudrat seorang perempuan...

'Wangi! Seri, kau terlalu wangi... Seri terlalu cantik untuk dilepaskan begitu saja!' Suara syaitan cuba memujuk Qalish meneruskan niat jahatnya...

Qalish makin hilang keimanannya... Seri yang sudah tidak berdaya hanya mampu mengalirkan air matanya saat kehilangan mahkota yang dipelihara selama 23 tahun ini, diceroboh Qalish tanpa belas kasihan.

'Ya Allah! Ampuni aku, Ya Allah! Ampuni Hambamu yang lemah. Aku berdosa Ya Allah!'

Hanya air mata yang mengalir saat dirinya menjadi hamba nafsu Qalish... Hatinya terlalu sakit kini... Terlalu sakit... Tidak dapat digambarkan bagaimana bencinya Seri pada Qalish ketika ini...

Entah berapa lama ianya berlanjutan, tidak Seri ketahui... Dalam kesakitan yang amat sangat, Seri terlena... Terlena dengan linangan air mata yang masih bersisa...

Assalammualaikum... Salam berhujung minggu... Terima kasih pada yang sudi support NAR-tinta78 Terima kasih sudi baca dan komen... Terima kasih kerana menerima SETIAKU DI SINI dan CINTA GADIS KICK BOXER. Harap kehadiran buah tangan baru ini diterima ramai... KASIH KU PERTAHANKAN... Enjoy reading...

Share this novel

@Autumn Levander
2021-09-11 15:30:41 

Sama2 kak nurul sayang :)

@Autumn Levander
2021-09-11 13:08:48 

Tahniah kak novel baru... Remember I always support u. :)


NovelPlus Premium

The best ads free experience