BAB 4 - KKP - ISTIKHARAH

Romance Completed 124231

Apa lagi yang dapat Seri perkatakan lagi... Segala-galanya telah ditentukan Mummy dan Daddy... Andai Seri dan Qalish setuju, bermakna hanya ada 2 bulan dari sekarang... sebelum majlis berlangsung...

'Ah... Buntunya ni...!'

Sudah beberapa malam, Seri tidak dapat tidur lena kerana asyik memikirkan cadangan Mummy Daddynya... Seri tak sampai hati nak melukakan hati kedua-dua insan yang sudah bersusah payah membesarkannya... Namun, hatinya berbelah bagi saat ini... Nak melarikan diri pun... Seri nak ke mana...?

Akhirnya solat istikharah, jawapan tepat kepada segala persoalan... Seri pasrah andai ini jodoh dan ketentuannya... Sekurang-kurangnya terbalas jua sedikit jasa Mummy Daddy yang telah banyak berkorban untuknya...

Ketukan di pintu, mengejutkan lamunannya...

"Seri... Mummy ni...! Boleh Mummy masuk...?"
Tombol pintu dipulas...

"Eh, Mummy... Masuklah..."

"Seri dah solat?"

"Alhamdulillah... Seri baru selesai solat..."

"Alhamdulillah..."

"Seri ok?"

"In shaa Allah, Seri ok. Kenapa Mummy tanya macam tu...?"

"Mummy minta maaf...Mummy tahu Seri mungkin terkejut dengan keputusan Mummy Daddy... Tapi apa yang kami buat, adalah untuk kebaikan kita semua...!"

"Seri fahamkan...! Lagipun Along dah semakin meningkat usia... Dan Seri pula...?"

"Boleh Mummy tahu, kalau-kalau ada sesiapa yang bertahta di hati Seri?" Seri menggelengkan kepalanya.

"Mana tahu Seri nak jaga hati Mummy, Seri tak nak beritahu siapa yang Seri suka..! Betul kan...?

"Takde Mummy...! Betul!"

"Atau Seri sudah ada kekasih hati sendiri?"

"Tak, Mummy... Seri tiada sesiapa...! Takde siapa nakkan Seri ni...!" Sempat lagi Seri berseloroh.. tergelak kecil, sekadar menjaga air muka Mummynya...

'Saya dah lama sukakan Seri!' Rupanya ada telinga yang mendengar segala perbualan Mummy dan Seri di luar biliknya... Si pemilik hati tadi terus bergerak meninggalkan tempat itu...

"Kenapa cakap macam tu? Takkanlah anak Mummy yang cantik ni, takde orang nak... takde orang suka...?"

"Mummy ni...! Memang takde Mummy... Seri malas nak layan benda-benda tu semua... Lagipun, kat ofis tu banyak kerja... Nanti Along marah kalau Seri main-main dengan tugasan!"

"Betul ke ni... Atau Seri sekadar nak jaga hati Mummy ni...?" Seri memang tak nak Mummy terluka... Seri tiada siapa lagi disisi kecuali keluarga angkatnya, Seri tak nak Mummy kecewa dengan Seri...

"Betullah Mummy...! Apa yang penting sekarang ni, Seri nak jaga Mummy Daddy... Nak balas jasa Mummy Daddy...!" Sambil memeluk tubuh tua yang telah banyak berjasa padanya.

"Jadi, Seri setuju dengan keputusan Mummy Daddy...?"

Perlahan anggukan kepala Seri... Seri akui semua kata-kata Mummy benar... Namun, apa yang Seri mahukan, kebebasan memilih pasangan hidupnya sendiri... Dan tidak disangka-sangka, Along, yang sudahpun Seri anggap sebagai abang kandung bakal menjadi suaminya...

Orang yang sudah Seri anggap seperti abang kandungnya juga telah memusnahkan hidupnya... Lantaran dendam Along pada wanita. Hanya kerana dendam pada bekas tunangnya, Seri menerima kesannya... Seri dijadikan tempat melempias kebencian Along... Adilkah semua itu?

"Mummy sayang sangat Seri... Mummy tak nak hidup Seri terumbang-ambing lepas ketiadaan Mummy...!"

"Ish, Mummy ni! Kenapa cakap macam ni...! In shaa Allah, Seri sentiasa mendoakan kesihatan Mummy Daddy. Seri doakan Mummy Daddy dipanjang umur, diberi kesihatan yang baik, ditambahkan rezeki... Bahagia dunia dan akhirat..."

"Aamiin..." Tangan kedua-duanya diangkat dan diusap ke wajah mereka. Senyuman manis diberikan pada Mummy.

"Bertuahnya hidup Mummy dapat anak sebaik Seri...! Sejuk perut arwah ibu bapa Seri. Seri memang anak yang baik. Tak sia-sia Mummy Daddy jaga Seri."

"Mummy ni... Seri yang bertuah dapat keluarga bahagia. Ada Mummy, Daddy yang terlalu baik... Ada abang-abang yang penyayang...! Seri bersyukur sangat!" Walaupun hatinya memberontak, Seri tak mampu nak meluahkan segala-galanya. Tidak mahu hati tua itu bersedih kerananya...

"Mummy Daddy bagi pelajaran pada Seri... Bagi Seri kerja kat pejabat Daddy... banyak betul jasa Mummy dan Daddy yang Seri tak mampu nak balas."

"Takde apa yang Seri perlu balas... Mummy Daddy sayang Seri... Itu semua rezeki Seri...!"

"Terima kasih banyak Mummy Daddy!" Pelukan dieratkan.

"Oklah, Seri tidur ya... Mummy nak masuk bilik dulu. Mummy nak beritahu Daddy berita gembira ni. Selamat malam sayang."

"Selamat malam, Mummy!"

Pelukan dileraikan... Seri cukup terharu, Mummy dan Daddy terlalu sayangkan dirinya... Sanggup ke Seri nak lukakan hati mereka? Jawapannya tidak... Solat istikharah yang dilakukan cukup memberi jawapan buatnya... Seri nekad untuk memastikan harapan Mummy Daddy ditunaikan walaupun hatinya menolak...

Lagu Hero nyanyian Mariah Carey, berkumandang menandakan kemasukan mesej di telefon bimbitnya...

'Seri, kita perlu berbicara. Esok, pukul 10 pagi, kat office Along. Please...! Along harap kita dapat selesaikan secara baik.'

Haish...! Keluhan kasar dilepaskan... Qalish nak jumpa esok pagi. Mungkinkah Qalish nak Seri menolak permintaan Mummy Daddy. Andai ya, Seri orang yang paling bersyukur...

***********************************

'Seri, jangan lupa. Office Along!' Sekali lagi pesanan dari Qalish, mengingatkan Seri. Pada mulanya, Seri memang sengaja nak elak dari bertemu dengan Qalish, tapi ke mana lagi dia nak pergi...

Setibanya Seri di pejabat Qalish...

"Assalammualaikum, morning Puan Sarah! Tuan Qalish ada?"

"Oh, ya! Cik Seri... Tuan Qalish memang menantikan kedatangan Cik Seri... Sebentar ya!"

"Puan Sarah, janganlah panggil Seri macam tu... Seri orang biasa je... Panggil Seri je ya."

"Err, kalau macam tu, Seripun jangan panggil saya Puan Sarah! Panggil je Kak Sarah, boleh, kan?"

"Deal!" Sarah menghubungi Qalish.

"Baik, tuan!"

"Seri boleh masuk sekarang ni!"

Ketukan dipintu...

"Masuk!"

Kelihatan Seri di hadapan pintu. Seri memang cantik. Keayuan Seri terserlah pagi tu. Dengan berbaju kurung moden... Berbunga kecil, rambut lurusnya dilepas. Seri memang menawan. Walaupun dengan make-up yang tipis...

Qalish bangun, seraya itu meninggalkan pesanan buat Sarah.

"Kak Sarah, kalau ada sesiapa yang datang, tolong interkom saya dulu, ya! Saya tak mahu ada gangguan!"

"Baik, Tuan Qalish."

Pintu pejabat ditutup dan dikunci. Qalish perlu selesaikan segala-galanya hari ini. Qalish tak mahu ada gangguan. Tak mahu ada hamba Allah yang tiba-tiba menerjah masuk ke biliknya.

"Seri, silakan duduk." Seri mengikut arahan Qalish. Dari mula masuk, Seri masih berdiam diri...

"Seri..." Seri memandang wajah Qalish yang memandangnya dengan wajah yang berkerut.

"Seri dah sarapan ke...? Dah minum? Nak minum? Tiada jawapan hanya gelengan kepala. Qalish mengeluh. Qalish duduk di sebelah Seri. Seri merasa cukup tidak selesa dengan kelakuan Qalish.

"Seri..." Aduh, beratnya mulut ni...

"Seri, saya betul-betul minta maaf atas apa yang berlaku... Saya tak tahu macamana benda tu boleh berlaku!" Seri masih terdiam. Seri cuma terkejut... Tiada lagi bahasa 'aku' 'kau' yang biasa Qalish gunakan bila berhadapan dengan Seri.

"Saya betul-betul menyesal. Terlalu menyesal dengan apa yang berlaku. Saya tahu, susah Seri nak maafkan saya. Tapi, demi Allah, saya berani sumpah... saya takde niat nak buat macam tu!"

"Seri, tolong percayakan saya! Kalau boleh diundurkan masa, saya takkan lukakan hati Seri!"

"Sekarang, boleh ke Tuan undurkan masa? Boleh ke Tuan kembalikan kehormatan saya? Mampukah Tuan kembalikan segala-galanya kepada asal?" Qalish bungkam...

"Tak boleh, kan?" Seri bersuara lagi... Qalish yang mendengar suara bergetar Seri, bungkam... Tiada jawapan dari bibirnya yang selama ini cukup gemar memaki hamun Seri.

"Seri, tolong maafkan saya! Saya mengaku saya salah. Saya dah cuba nak minta maaf dengan Seri, tapi Seri sering mengelak dari bertemu dengan saya!"

"Tolong Seri, kalau Seri nak saya mengaku pada Mummy Daddy saya akan lakukan!"

"Terpulang pada Tuan, apa pun yang ingin Tuan lakukan, saya takkan menghalang. Itu keputusan Tuan bukan saya."

"Baik, kalau itu yang Seri mahukan... Saya akan lakukan demi Seri. Saya hanya mahu Seri bersetuju untuk berkahwin dengan saya. Kita tunaikan permintaan Mummy Daddy! Saya janji akan jaga Seri sebaik mungkin!"

"Jangan lakukan kerana simpati dan kerana perasaan kasihan Tuan pada saya... ! Saya bukan sesiapa! Saya hanya anak yatim piatu, yang bakal merampas kesenangan dan kekayaan keluarga Tuan." Seri memulangkan semula segala kata-kata yang menyakitkan hatinya.

Qalish sudah gelisah... Tidak tahu apa lagi cara nak memujuk Seri. Mungkin Seri mahu Qalish berterus-terang tentang kesalahannya pada Mummy Daddy. Baik, andai itu yang bisa memuaskan hati Seri... Bisa membuatkan Seri memaafkan Qalish, dia bersedia mengaku kesalahannya pada Mummy Daddy. Biar apapun berlaku... Qalish sedia...

"Seri..." Qalish duduk di rapat di hadapan Seri. Jari jemari Seri ditarik. Digenggam erat. Seri agak terkejut dengan tindakan Qalish. Seri memandang wajah sayu Qalish. Entah apa yang bermain dalam fikiran Qalish ketika ini.

"Seri, maafkan saya! Apa yang berlaku selama ini, memang tidak saya jangkakan... Saya cuma tak mampu melihat Seri dengan orang lain. Maafkan saya Seri." Seri tidak dapat menghadam segala ayat yang terpacul dari mulut Qalish.

"Apa... Apa maksud Tuan, saya tak faham!" Genggaman tangan Qalish, Seri cuba leraikan. Tapi, Qalish terlebih dahulu, menarik tangan Seri dan digenggamnya erat.

"Seri, sebenarnya saya dah lama sukakan Seri, saya menyintai Seri...!" Seri tergamam... Qalish menyukai Seri, cintakan dia?

"Apa yang Tuan cakap ni? Tuan mengarut apa ni?"

"Seri... Saya memang cintakan Seri, sukakan Seri... Cuma...!"

"Stop! Tuan mengarut apa...? Saya..."

"Demi Allah, Seri...! Saya tak tipu tentang perasaan saya...!"

"Maaf, Tuan! Saya tak boleh...!"

"Seri... nanti! Tolong dengar dulu penjelasan saya, Seri!"

"Penjelasan apa Tuan...? Tak cukup lagi dengan apa yang dah Tuan buat pada saya...?"

"Seri, tolonglah...! Saya merayu maafkan saya... Terima cinta saya, Seri...!"

"Cinta! Tapi, bukankah selama ini Tuan terlalu membenci saya, Tuan hina saya, Tuan tuduh saya macam-macam... Kenapa kini Tuan melafazkan cinta pada saya...?"

"Seri... Ya, saya akui kesalahan saya... Saya berdendam dengan perempuan...! Saya minta maaf Seri... Perasaan sayang ni hadir tanpa mampu saya tepis...!"

"Maaf...! Dendam...! Kerana dendam pada orang lain, saya jadi mangsa! Tuan nak saya tunaikan permintaan Mummy Daddy hanya untuk menutup kesalahan Tuan?"

"Seri, bukan macam tu! Saya memang dah lama sukakan Seri, cintakan Seri... ! Saya setuju bukan untuk menutup kesalahan saya pada Seri, tapi saya nak bertanggungjawab dengan apa yang telah saya lakukan pada Seri."

"Demi Allah Seri! Saya memang dah lama cintakan Seri. Percayalah Seri! Saya betul-betul sayang, cintakan Seri!" Air mata Seri mengalir jua setelah puas ditahannya...

"Setelah apa yang telah lakukan pada saya, Tuan nak katakan yang Tuan cintakan saya. Are you insane?"

Selepas apa yang berlaku, Qalish melafazkan cinta pada Seri...? Make sense? Begitu mudah membuat salah, begitu mudah juga melafazkan maaf... Segalanya bakal terungkai di chapter akan datang... Enjoy reading

Share this novel

rimatanti
2021-09-14 20:21:28 

tu lah manusia, kesiannya Seri tu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience