BAB 3 - KKP - KAHWIN

Romance Completed 124361

Selepas makan malam, Mummy dan Daddy memanggil semua anak-anaknya termasuk Seri. Memang menjadi kebiasaan di rumah agam itu, sekali seminggu Mummy Daddy akan mengarahkan mereka berkumpul. Berbagai-bagai hal dibincangkan, termasuk personal.

"Ok... Mummy Daddy sebenarnya ada hal yang nak dibincangkan...!" Masing-masing berpandangan sesama sendiri... Kecuali Seri... Seri sekadar menundukkan kepalanya... Qalish perasan...

Sejak kejadian itu, Seri sering mengelak dari bertembung dengannya... Baik di rumah, mahupun di pejabat...

Wajah lesu Seri direnungnya... Seri memang cantik, cukup cantik... Rupa parasnya seindah namanya...

Qalish sudah nekad untuk memujuk Seri... Dia perlu mencari peluang untuk bercakap dengan Seri. Qalish ingin memohon maaf, bertanggungjawab dengan apa yang telah dia lakukan pada Seri, namun keengganan Seri membantutkan segalanya...

Tentu Seri benar-benar kecewa dengan Qalish... Apa yang telah Qalish lakukan pada Seri, sukar untuk dimaafkan... Apa boleh buat, nasi dah jadi bubur... Andai dapat diputarkan masa, Qalish takkan mungkin buat begitu pada Seri...

"Mummy dan Daddy nak buat pengumuman..." Mummy membuka bicara...

"Pengumuman apa, Mummy? Macam serius je...?" Qabil cuba memberi reaksi pada apa yang bakal diumumkan Mummy...

"Mummy Daddy dah buat keputusan."

"Keputusan, keputusan apa ni Mummy, Daddy?"

"Mummy Daddy akan kahwinkan Qalish dengan Seri..." Terkejut Seri dengan kata-kata Mummy... dan seraya itu memandang tepat ke arah Mummy... Qalish hanya menundukkan kepalanya. Qabil dan Qarizh terkejut terus memandang wajah kedua-dua orang tuanya tanpa mengeluarkan sebarang suara...

"Kahwin...! Dengan Along...! Mummy, Daddy, tak bergurau, kan?" Qalish mengalihkan pandangannya pada Seri yang masih terkejut...

"Tak, Seri! Kami tak bergurau! Mummy dan Daddy dah buat keputusan nak kahwinkan korang berdua...!"

"Tapi...!" Terhenti butir bicara Seri... Qalish masih menanti sambungan kata-kata dari mulut Seri...

"Kenapa Seri...? Seri tak setuju ke?"

"Bukan... Bukan macam tu, Mummy! Along, Seri... Dah macam adik-beradik, kan?"

"Jadi...?"

"Tak rasa .... tak rasa janggal ke? "

"Apa maksud Seri...? Mummy tak faham...!"

"Along... Seri dah anggap macam abang kandung Seri sendiri...! Macam tu juga Angah dan Alang! Tentu Along pun macam tu, kan?"

"Seri, Mummy faham! Tapi ini semua untuk kebaikan kita semua..."

"Kebaikan...? Kebaikan apa, Mummy...?" Qarizh mula menyoal...

"Qalish, Qabil, Qarizh tentu fahamkan... Seri bukan darah daging kita... Mummy sayang sangat dengan Seri... Mummy Daddy tak nak terpisah dengan Seri... Jadi ini saja jalan terbaik buat kita semua... Seri sayangkan Mummy, Daddy, kan?" Seri mengangguk perlahan.

"Tapi, apa orang lain cakap nanti...? Seri ni... takde apa-apa Mummy... !"

"Seri... kenapa Seri cakap macam tu? Seri risau dengan kata-kata orang?"

"Mummy, bukan macam tu...! Seri... Seri...!"

"Seri, kenapa ni? Cuba Seri berterus-terang dengan Mummy, dengan Daddy...!" Kali ini Daddy pula bersuara... Entah apa yang Seri risaukan...

"Mummy Daddy dah banyak berjasa dengan Seri. Ambik Seri dari rumah anak yatim, jaga Seri, sekolahkan Seri, bagi Seri tempat tidur, tempat berteduh... Bagi Seri kasih sayang... Sekarang nak jadikan Seri menantu dalam rumah ni...! Seri tak fikir Seri layak, Mummy." Seri cuba mencari jalan untuk mengelak dari perkahwinan ini terjadi...

Qalish merenung tajam wajah Seri... Qalish faham kenapa Seri cuba menolak permintaan Mummy Daddy... Seri seolah-olah nekad untuk menolak Qalish dari hidupnya...

"Seri... Kenapa ni, Seri...! Seri tak sudi ke nak penuhi permintaan Mummy? Permintaan Daddy?"

"Tak Mummy... Bukan macam tu...!"

"Seri, kalau Seri ada pilihan sendiri... Bagitahu je Mummy...! Seri takut ke...?" Seraya jelingan tajam Qabil berikan pada Qalish. Jelingan Qabil dibalas tajam Qalish...

"Takut... Takut kenapa...? Seri ada masalah ke, sayang?" Mummy cuba nak dapatkan penjelasan.

"Bukan... Takde siapa yang Seri takutkan...! Seri cuma tak nak Mummy Daddy terkesan dengan kata-kata orang. Seri hanya anak yatim piatu, entah mana asal usul Seri, dapat jadi menantu Dato' Datin...!" Kata-kata Seri sedikit sebanyak menikam hati Qalish...

"Seri tak nak dikatakan menumpang kekayaan, kesenangan Mummy Daddy!" Seri memberanikan diri meluahkan segala isi hatinya... Dan sekali lagi Qalish terasa dengan kata-kata Seri. Ya, Qalish sedar... Itulah ayat-ayat pedih yang dia lontarkan pada Seri sebelum berlakunya kejadian yang meragut kesucian Seri malam tu.

Macamana hendak Seri katakan lagi... Yang dia benar-benar tak dapat menerima kehadiran Qalish dalam hidupnya... Selepas apa yang berlaku padanya tempoh hari... Seri cukup membenci lelaki ini...

"Seri, Mummy Daddy tak pernah terfikir macam tu sekali... Kami tak pernah fikir kehadiran Seri satu bebanan buat kami. Malah kehadiran Seri membawa rahmat buat kami sekeluarga." Terang Daddy lagi.

Ya, Seri akui dan Seri juga percaya, segalanya berkemungkinan satu kebetulan... Kesenangan yang diperolehi, datangnya dari Allah swt... Seri percaya, Daddy berusaha keras memastikan syarikatnya berjaya dalam perniagaan...

"Jadi, Seri rasa macamana...?" Mummy masih menantikan jawapan dari Seri.

"Boleh Mummy bagi Seri masa untuk Seri fikir?"

Mummy memandang sekilas Daddy. Daddy menganggukkan kepalanya...

"Baik, Mummy Daddy akan beri Seri masa... Ambiklah sebanyak mana masa yang Seri mahukan...!"

"Terima kasih Mummy, Daddy!" Tubuh Mummy dipeluk erat. Seri terlalu sayang kedua ibu bapa angkat.

"Qalish, macamana...? Mummy tahu Qalish dah banyak berubah lepas putus tunang dengan Hani... Tapi, sampai bila Qalish nak begini? Mummy Daddy ni, entah sampai bila umur kami? Sebelum mata kami tertutup, kami nak lihat ada orang jaga makan minum kamu, Qalish!"

"Mummy, jangan cakap macam tu"

"Sudah, sudahlah tu, long! Move on! Hani dah kahwin dah dengan Raykal. Dah ada anak, pun! Sampai bila nak membenci wanita? Sampai bila nak buat maksiat kat belakang kami?"

Tercengang Qalish saat mendengar kata-kata dari Papanya? Macamana Papa tahu?

"Jangan fikir kami tak tahu apa yang berlaku. Apa yang kamu buat belakang kami, kami tahu, Qalish! Jangan sampai Daddy buat sesuatu di luar jangkaan kamu!" Ugut Daddy.

"Apa jua keputusan Seri nanti, Daddy harap Qalish bersedia... kalau Seri tak setuju pun nanti, Daddy akan cari jodoh buat kamu... ! Lagipun umur kamu dah 30... Bila lagi nak berumah tangga?"

"Seri, Mummy Daddy harap sangat, Seri dapat tunaikan permintaan Mummy Daddy ni... ! Kami dah tua, Seri... Mummy Daddy tak nak hidup Seri disia-siakan...!"

"Seri ambiklah masa, fikirkan masak-masak. Cuma, Mummy harap sangat Seri tak hampakan harapan Mummy Daddy, ya!" Mummy masih lagi memujuk Seri. Besar harapan Mummy... Seri serba salah. Di telan mati emak, diluah mati bapak...

"Ingat ya Qalish! Lepas ni jangan cuba-cuba nak buat masalah! No more excuse! Ingat Qalish! Jangan buat hal lagi...!" Amaran keras dari Papa.

"Baik Mummy, Daddy! Qal ikut je... Selagi ianya dapat memuaskan hati Mummy Daddy, Qal setuju!" Seri agak terkejut dengan persetujuan Qalish...

'Apa maksud Qalish... Apa yang Qalish mahukan sebenarnya... Qalish bersetuju berkahwin dengan Seri atas alasan apa...? Untuk memudahkan Qalish menyeksa Seri?'

Bagaimana hidup Seri selepas ini...? Bahagiakah Seri bersama Qalish...? Ikhlaskah Qalish mengahwini Seri...?

Qalish bungkam seketika. Bagaimana penerimaan Seri...? Mampukah perkahwinan mereka bertahan...? Tapi, sekurang-kurangnya Qalish dapat bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan pada Seri...

"Qalish... Seri... Daddy harap sangat korang berdua tidak hampakan hasrat kami...! Daddy nak melihat kedua-duanya di atas pelamin... Daddy Mummy tak nak dengar sebarang masalah timbul!"

"Boleh ya sayang...?" Mummy mengusap lembut rambut panjang Seri.

"Kamu, Qalish! Daddy harap sangat kamu berbaik-baik dengan Seri... Jangan buat Seri macam musuh kamu... Ingat satu perkara! Seri bukan Hani...!"

"Qalish mana ada buat apa-apa pada Seri...!" Seri hanya mampu menundukkan kepalanya tanpa mengeluarkan sebarang bunyi... Biarlah Mummy Daddy bertekak dengan Qalish... Seri tak mahu campur urusan anak-beranak tu...

"Itu mungkin sekarang! Tapi, selepas kahwin nanti, Daddy tak tahu...! Daddy Mummy tak nak kamu buat Seri macam orang gaji, layan dia macam orang luar, faham?"

"Tapi, Daddy Mummy...!"

"Daddy Mummy juga nak korang berdua tinggal di sini... selepas kahwin! Daddy tak mahu korang berpindah keluar dari banglo ni...!"

"Stay sini...?"

"Ya, Qalish...! Tinggal kat sini...!"

"Qabil dengan Qarizh akan ke Pulau Pinang, jaga cawangan di sana...! Jadi rumah ni kosong... Sebab itu, kami mahu korang berdua tinggal sini selepas kahwin!

"Pulau Pinang...? Qabil, Qarizh...?" Kedua-dua beradik itu berpandangan sesama sendiri... Bagai ada batu yang menghempap batu di bahu mereka... Pulau Pinang... Jauh tu...!

"Ya... Dia orang akan ke sana... Selepas majlis perkahwinan kamu dengan Seri selesai...Itupun andai Seri setuju nak kahwin dengan kamu, Qalish!"

"Kenapa bukan Qalish aje yang pindah ke sana?"

"No! Qalish akan handle hal-hal di ofis besar. Head Office... Lagipun, selama ini, Qalish yang ambil alih tugas Daddy kat sini, kan...? Jadi, should be no problem...!

Qalish bungkam.. Kena kahwin dengan Seri... Kena tinggal dengan Daddy Mummy kat rumah agam ni...

Perlukah Seri korbankan hati dan perasaannya demi membalas jasa bik Mummy Daddy.. Apakah keputusan Seri... Mampukah Seri meneruskan permintaan Mummy Daddy.. Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience