BAB 2 - KKP - SIAPA GADIS ITU

Romance Completed 124361

Sayup-sayup kedengaran azan subuh berkumandang... Seri terjaga... Walau dalam keadaan mamai dan masih terasa kesakitan akibat kelakuan Qalish, Seri kuatkan semangat untuk bangkit... Dia perlu beredar dari situ... Seri tidak mahu perkara begitu berlaku lagi padanya.

Tubuhnya dibersihkan, digosok, disental agar segala dosa-dosanya dapat ditanggalkan bersama-sama noda yang Qalish tinggalkan. Saat berteleku di hamparan sejadah, tangan diangkat... dengan deraian air mata yang mengalir tanpa henti... doa dipohon pada Yang Maha Esa...

"Ya Allah, Ya Tuhanku... Aku memohon padaMu Ya Allah... Kau Maha Pengampun, Maha Pengasih... Kau ampuni segala dosa-dosaku... Ampuni dosa arwah ibu bapaku, ibu bapa angkatku... Ampuni dosa Along, Angah, Alang walaupun mereka bukan darah dagingku sendiri... Ampunilah kami Ya Allah..."

"Sesungguhnya aku berdosa padaMu Ya Allah... Aku mohon agar Kau berikan aku kekuatan... Kekuatan menghadapi ujianMu Ya Allah... Aku mohon diberikan kekuatan dan kekentalan hati seperti hambaMu Sumayyah, agar aku mampu meneruskan kehidupanku sehingga maut menghampiriku..."

"Lembutkanlah hati mereka-mereka yang membenciku... Berikanlah aku peluang untuk membahagiaan mereka yang aku sayangi... Berikanlah aku secebis kebahagiaan sebelum mataku tertutup, nafasku terhenti..."

"Aamiin..."

Sesudah mengabadikan diri pada Yang Maha Esa, Seri bersiap untuk ke pejabat... Seri mahu keluar dari rumah itu secepat mungkin agar tidak bertembung dengan Qalish... Bukan tidak mahu keluar dari rumah agam itu... Bahkan sudah acapkali cadangan Seri ditolak Mummy Daddy... Mummy tak mahu Seri seorang diri diluar sana... Takut apa-apa yang berlaku...

Tapi, apa yang dapat Seri lakukan lagi... Seri tak mahu dituduh lupa diri, tak mengenang diri atau dituduh anak derhaka lantaran keputusannya untuk tinggal berjauhan dari Mummy Daddy. Bagaimana hendak Seri katakan pada mereka, tinggal dalam rumah sendiripun tidak selamat? Percayakah mereka akan kata-kata Seri?

********************************

Qalish tersedar dari tidurnya... Tangannya meraba-raba telefon bimbitnya, 8.15 pagi... Hah, 8.15... Dia ada meeting pagi ni dengan pelabur dari luar negara pukul 10 nanti...! Ah, sudah! Terasa lenguh-lenguh tubuhnya ketika ini.

'Seri, mana Seri... ? Apa yang aku dah buat pada Seri?' Qalish tersedar Seri tiada dalam biliknya...

"Seri? Seri...?" Qalish memanggil nama Seri, namun tiada sahutan... Qalish perlu bersiap... Memandangkan Mummy Daddy dan kedua-dua adiknya tiada di rumah, kerana menguruskan syarikat di utara tanahair, pembantu rumah mereka diberikan cuti.

Kelam-kabut Qalish pagi ini... Cuba mencari Seri di setiap ruang... Namun, Seri tidak kelihatan. Bagaimana tergamak Qalish melakukan sebegitu rupa pada Seri? Tentu Seri benci, marah padanya. Entah kenapa, dia begitu membenci Seri? Adakah kerana dendam pada bekas tunangnya?

Bagaimana kalau hal ini diketahui Mummy, Daddy dan kedua-dua adiknya?

'Ah, Seri takkan mengadu pada Mummy Daddy! Berani dia!'

Setibanya Qalish di pejabat, Seri masih tidak kelihatan. Kemana Seri pergi? Seri dah lari ke? Puas didailnya nombor telefon bimbit Seri, namun, tiada liputan. Qalish percaya Seri dah keluar awal dari rumah agam itu.

'Macamana ni? Mummy Daddy balik hari ni?'

Ketukan di pintu mengejutkan lamunannya... Terjengul kepala si Areef, sahabatnya...

"Qalish, meeting... Jom!" Areef melihat sekilas raut wajah sahabat yang merangkap bosnya. Wajah cemberut dan berkerut Qalish, dipandang...

"Woi... Qalish! Kau ni kenapa? Meeting dah nak start... Semua dah tunggu kat dalam meeting room. Tinggal kau je...!" Qalish terkejut dengar jerkahan Areef...

"Ish, kau ni! Yelah... Aku dengarlah!"

Meeting yang mengambil masa selama hampir 2 jam, berjaya memeterai perjanjian. Bukan senang nak meyakinkan pelabur asing buat perjanjian perniagaan. Jadi, bila peluang datang bergolek, jangan dipersiakan-siakan. Kata-kata Daddy, menjadi pegangannya sehingga hari ini.

Tanpa Qalish sedari, rupanya Seri ada di kalangan mereka dalam bilik mesyuarat tadi. Tapi, belum sempat Qalish memanggil Seri, Seri telah hilang dari pandangan... Tentu Seri terlalu marah dan membenci dirinya...

"Qalish, kau ada masalah ke? Dari tadi aku tengok kau, asyik kerutkan dahi je...!" Qalish memandang Areef, namun tiada sahutan.

"Kalau kau ada masalah, kau boleh cerita dengan aku, kan! Kitakan kawan..."

"Entah Reef! Aku tak tahu nak cakap macamana! Nak kata aku benci, tak pulak... Nak kata aku sayang, entahlah! Aku keliru...!" Areef pulak yang berkerut dahinya.

"Kau nak cakap dengan aku.... Pasal perempuan ke? Kau biar betul...? Perempuan mana yang dah berjaya buang ego kau ni?" Tersengeh-segeh Areef.

"Kau ni...! Aku seriuslah Reef!"

"Kalau ya, pun... Siapa perempuan malang tu? Aku kenal ke?"

"Celaka kau, Reef! Kau ingat aku teruk sangat ke?"

"Qal...Qal...! Selama ni, aku je yang faham perangai kau...! Dek pasal Hani, kau jadi macam ni! Kau ingat aku lupa ke?" Qalish terdiam...

"Sampai bila, Qal? Sampai bila kau nak benci perempuan? Umur kau dah 30, Qal!"

"Kau cakap aku! Kau...! Kau sendiripun belum kahwin!"

"Eh, hello...! Kau lupa ke, hujung bulan ni majlis aku?"

Qalish menggaru kepalanya yang tak gatal...

"Aku lupalah!"

"Tulah, kau! Dah tua, kan! Tu pasal cepat lupa!"
Areef menghentikan gurauannya, tatkala melihat wajah cemberut sahabatnya...

"Macam nilah Qal, kalau benar kau suka dia, terus-terang jelah!"

"Aku... Aku tak beranilah, Reef! Aku tahu dia dah benci aku!"

"Mana kau tahu?"

"Aku... "

"Aku apa, Qal? Kau jangan cakap kau dah buat benda tak baik, Qal?"

"Aku tak sengaja Reef. Sumpah aku tak sengaja! Aku hilang pertimbangan waktu, tu!"

"Allahuakhbar, Qal! Kenapa Qal? Kenapa kau buat macam ni! Jangan kau fikir semua perempuan macam Hani, Qal...! Allah!"

Ya, kerana Hani! Hani, kerana bekas tunangnya yang menjalin hubungan sulit dengan teman baiknya sendiri, Qalish berubah membenci wanita. Termasuklah Seri yang tidak ada kena-mengena dalam hal ini.

"Qal... Siapa perempuan malang tu?"

"Kurang ajar kau, kan! Blahlah! Dah takde kerja ke? Nak kena potong gaji ke?"

"Eleh... Kau sombong dengan aku, Qal! Takpe... Nanti-nanti aku tahu jugak! Takde siapa nak layan perangai kau melainkan aku je!"

Kisah Sumayyah Binti Khayyat, antara hamba Allah yang terawal memeluk Islam... Kisah perjuangannya menegakkan Islam walau sudah diseksa dan ahli keluarganya dibunuh dengan kejam... Boleh rujuk mana-mana buku agama atau google je! Qalish menagih kemaafan dari Seri setelah apa yang berlaku? Enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience