BAB 3

Humor Completed 32205

“Oit. Jauh menungnya. Fikirkan apa. Ni ada teh Tarik aku beli kat mamak area ofis aku.” Tegur Irfan kepada Nik. Nik yang leka termenung di balkoni sedikit terperanjat.

“ tak ada menungkan apa pun. Thanks bro for this teh Tarik.. by the way macam mana plan melamar Naz kau tu?” teh Tarik yang pekat lemak berkrim di hirup perlahan. Sedap!

“ everything goes really well. Alhamdulillah. Yang spoilnya boleh pula kotak cincin jatuh dari jambangan bunga aku. Siap masuk pinggan penuh dengan udang pula tu. Kenalah aku gali udang-udang bertimbun tu. Agaklah malu. Tapi fikir fikir balik quite funny. And the respond was really positive so so far I have no problem with that.

So aku ingat nak jumpa mama and ayahanda dia next week because her parents tengah ada trip.” Panjang lebar penerangan Irfan. Nik terangguk kecil seperti burung berlatuk.

“ err bro. aku nak tanya sikit ah. Kawan Naz yang kita jumpa 7 tahun lepas tu apa namanya?” Nik mula mencungkil rahsia. Bukan apa,dia kerap teringatkan kawan kekasih kawan baiknya tu. Dia pun tak tau kenapa. Padahal dia dah ada buah hati dah. Tapi bukan si buah hati yang di ingat orang lain pula yang singgah di otak dan hatinya. Haish. Nik mengeluh.

“ mengeluh apa tu? Well buddy,namanya Amirah Sofea,if im not mistaken. Tak silap aku dia dah jadi akaunten dekat apa ke namanya syarikat tu. Kenapa?” Irfan pelik. Jangan-jangan kawan aku ni dah jatuh lagi bergolek golek dengan si Amirah tu. “ nothing. Just asking. Aku macam nak kawan dengan dia. She looks cute and just too adorable. Ada twitter dia tak bro? or any social network?” jauh di sudut hati Nik berharap Irfan akan membantunya mendapat sebanyak mungkin informasi tentang gadis yang semakin hari semakin mendapat tempat di hatinya. “ aku dah whatsapp Naz Baby aku. Sat lagi dia balas aku forward kat kau. Relax la bro. muka macam ayam berak kapur macam ni kau ingat dia nak suka ke dengan kau?” amboi sempat lagi dia mengutuk aku. Aku ni handsome apa? Hakikat okay! Bukan perasan semata mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience